"Abanggg... Sofi nak balik dah ni..laung ibu memanggil ayah yang berada di dalam biliknya...
Ayah kulihat menolak kerusi rodanya perlahan
Aku perlahan menuju ke arahnya
Walaupun ayah boleh menguruskan dirinya sendiri tetapi aku tidak sanggup membiarkan ayah terkapai-kapai bersendirian.
"Takpa Sofi ayah boleh ni...ujarnya lembut memandang kepadaku
"Ala tak apa la ayah bukan selalu Sofi boleh tolong ayah, ni Sofi nak balik dah tak tau lagi bila Sofi ada chance nak balik kampung jenguk ayah..
"Kalau Sofi rindu kat ayah atau ada masalah apa-apa Sofi call je ayah..Ayah ada je kat sini..takpayah la susah-susah nak balik kampung ayah tau Sofi sibuk kerja..
Entah mengapa ayat ayah itu tidak seperti yang selalu diperkatakannya...hatiku seakan sedih mendengarnya
Adakah ayah sudah mengetahui keadaan sebenar diantara aku dan Adam?
Aku tersenyum mendengar katanya...
"Bawak kereta tu elok-elok kalau penat ke apa berehat dulu..jangan nak kejarkan cepat sampai.. ayah mula memberi nasihat kepadaku seperti selalu.
"Baik..aku menjawab laju sambil mencium tangan dan pipi ayah seperti selalu...
"Hah ibu lupa...ada sikit dodol yang Mak Teh bagi haritu..nanti kejap ibu ambil kat dapur...ibu bergegas mengambil dodol yang dikatakannya tadi
"Jaga diri baik-baik Sofi jaga Adam hormat dia macam Sofi hormat dekat Ayah dan ibu..apa pun yang terjadi jangan sesekali salahkan takdir percayalah Allah itu mendengar setiap doa-doa umatnya..
Jangan berhenti berdoa Sofi..ayah memberi nasihat sambil tersenyum kepadaku.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum mendengarnya.
Ayah yang kukenali memang suka menasihati anak-anaknya terutama sekali aku..
"Nah ambik dodol ni nanti bagi Adam..ibu menghulurkan seberkas dodol kepadaku..
Aku mengambilnya tanpa berkata apa-apa..
"Okeylah..Sofi pergi dulu ya Ayah..Ibu..
"Hah..baik-baik bawak kereta tu...ibu menasihat aku..seakan sudah biasa mendengar nasihat itu aku hanya mampu mengangguk sahaja..
"Bye..assalammualaikum.......aku melambai tangan kepada ayah dan ibu
***
Di dalam perjalanan pulang itu aku berfikir apakah maksud nasihat ayah dan kenapa ayah menangis bila Adam menelefonnya kemarin?..
Apakah yang dibualkan oleh mereka berdua.
Tanpa disedari kereta ku berada betul-betul dihadapan rumah saat ini..
Tiga jam memandu tanpa henti dirasakan sekejap sahajaYa allah, aku sendiri tidak percaya sudah sampai di hadapan pagar rumah..
Apakah tadi aku terlalu kuat berfikir...? Sofiea..sofiea..
Aku membuka perlahan pintu grill hadapan..
Aku pergi ke bonet kereta dan mengeluarkan barang-barangku dan bekalan yang dibekalkan oleh ibu.
Setelah mengeluarkan semua barang dan beg pakaianku aku duduk di sofa melepaskan penatku...
Baru aku menyedari kepenatan akibat memandu tadi.
Mataku kuhalakan ke segenap ruang tamu rumah saat ini..begitu sunyi sekali aku rasakan..
Entah mengapa sejak akhir-akhir ini aku merasa seperti seorang yang kesepian.
YOU ARE READING
En Doktor VS Cik Nurse
Random"Kahwinlah Adam,saya izinkan!!!.Dengan sepenuh hati saya.Saya rela bermadu asalkan awak bahagia.Keputusan ditangan awak samaada awak ingin kekalkan saya sebagai isteri awak atau sebaliknya,saya redha!!-AISHA SOFIEA "Saya sudahpun memikul tanggungjaw...