Satu - Melangkah
Rizal ini lah nama diberikan oleh "Batt" gelaran seorang ayah dan ibu "Ma" yang disayangi. Di besarkan dengan sepenuh kasih sayangi oleh kedua-dua ibubapanya. Panggilan nya abang dijamah mesra oleh empat adik beradiknya lain. Dia merupakan seorang lelaki yang amat disayangi oleh ramai kenalan dan ahli keluarganya sendiri. Perwatakanya amat sopan dan berlembut dari sisinya yang menampakan ketegasan seorang lelaki yang bertanggung jawab dan penuh dengan persoalan. Berjaya menamatkan pelajaran di peringkat tertinggi di sebuah IPTS di ibukota merupakan detik bahagia, menemui apa yang dikatakan cinta dan kehidupan yang diibaratkan melangkah kedalam sebuah kehidupan yang sebenarnya.
Bermula 2008 merupakan detik yang tidak dapat dilupakan oleh Rizal kerana Berjaya masuk ke alam universiti betul-betul berada di ibu kota Kuala Lumpur. Dengan perasaan bercampur kegembiraan dan takut untuk melangkah ke ibu kota yang asing bagi dirinya dan menempuhi persaingan untuk belajar di sebuah universiti terkemuka di kuala lumpur walaupun mengambil jurusan "Diploma In Information Technology" adalah satu tindakan nekad untuk melangkah pergi dari keluarga dan mengejar cita citanya untuk terus berjaya.
Pada minggu pertama adalah sesi yang mendebarkan hati rizal yang mana rizal terpaksa menempuhi segalanya keseorangan berteman kan rakan-rakan yang baru dikenali semasa Orentasi. Bermula sebuah cerita kehidupan Rizal pada minggu terserbut. Berteman seorang rakan yang diangap boleh masuk kepala bersama iaitu seorang remaja lelaki berbadan besar diberi dan dikenalkan sebagai "Bob". Yang dimana Bob merupakan seorang berperwatakan seorang ceria dan selalu mengiburkan hati si Rizal.
Hari pertama di universiti dan memasuki kelas pertama selepas pendaftran sesi pelajar baru di dewan bersama-sama Bob, mata Rizal melilau melihat dan memerhati setiap kelakuan dan tingkah laku mereka sama ada perempuan mahupun lelaki sama ada mahu dijadikan kawan atau lawan. Rizal boleh dikategorikan seorang lelaki yang mempunyai karisma tersendiri yang mampu dilihat oleh orang sekelilingnya sebagai seorang lelaki yang segak dari segi airmuka, penampilan mahupun pergaulan dan percakapan. Setiap langkah masuk kedalam kelas pertama berjaya mencuri perhatian orang sekelilingnya dengan hanya memakai Shirt hijau berseluarkan denim jeans dan berkasutkan Sneaker. Tiba-tiba "Rizal Haris" nama dipanggil untuk tampil ke depan oleh petugas universiti untuk mengambil Kad pelajar, tersentak dari lamunan Rizal terus melulu dengan cemas dan takut Rizal bangun dan berlari kedepan kelas . mengambil kad pelajarnya yang terpampang nama dan gambarnya.
Semasa mengambil Kad Pelajar nya , Rizal terpandang seorang perempuan yang duduk didepan dia memakai baju kurung hijau dengan rambutnya melepas dan matanya melirik melihat Rizal. Rizal kaku tanpa membalas pandangan perempuan tersebut disebabkan Rizal seorang yang pemalu. Malah perempuan berbaju kurung hijau itu juga tersenyum kepada Rizal membuatkan hati Rizal berdebar-debar sehinggakan lulut Rizal menggeletar akibat senyuman manis dan manja dari seorang perempuan yang bagi Rizal seorang perempuan yang cantik dan ayu. Senyuman itu berjaya mencuri perhatian Rizal dan membuat dia seolah-olah berada dalam dunia nya tersendiri. "Oittt" panggilan keras Bob terhadap rakanya . Rizal terperanjat dan mula sedar dari lamunan terhadap perempuan berbaju kurung hijau tersebut. "Engkau dah kenapa Zal? Engkau Nampak hantu ataupun engkau sudah Berjaya mimikat perempuan " usik Bob berseloroh sambal melihat Rizal senyum kambing. " Eh, Mana ada lah aku niat nak belajar la Bob! Tiada masa aku untuk mencari teman wanita" ujar Rizal menafikan pertanyaan bob. "Bob aku nak cakap something dekat ko ni Bob" "Apa dia?" "Tadi masa aku didepan aku ada terpandang dan melihat seorang perempuan cantik ayu dan sedap je mata memandang Bob!" terang Rizal. Bob tergelak "Hahaha, kan aku dah cakap aku dah tengok ko dari tadi lagi Zal" "Engkau perhatikan je perempuan baju hijau tu kan" "Yes Bob" jawab ringkas Rizal. "Macam ni jika engkau berminat engkau pergilah tanya nama dia mintak No talifon ke". "Ok Bob dah sekarang ni aku nak pergi makan jom Bob , aku pun nak kenalkan sepupu aku sambung belajar dekat Uni ni jugak" . Setelah keluar dari kelas yang yakini hari pertama untuk pendaftran sahaja. Rizal dan Bob melangkah ke café untuk makan tengah hari sambil ingin berjumpa dengan sepupu Rizal yang mereka telah berjanji untuk makan bersama. Selepas melihat café di kawasan university penuh. "Kring-kring" bunyi handphone Rizal. " Hello" jawab Rizal sambil melekatkan handphone ke telinga sambil Bob memerhati dengan khusyuk. "Hello, Zal aku ni Ayu . Zal kita jumpa café depan universiti café sebelah Bank Islam sebab café dekat kawasan Uni tu penuh . Ko datang sekarang jugak taw sebab aku nak kenalkan kawan aku " Zal cukup mengenali suara lunak dan petah bercakap adalah sepupunya Ayu. Membalas dengan singkat " Ok ,Ayu aku datang sekarang". Terus talian dimatikan. Rizal menerangkan perbualan tadi dan Bob bersetuju.
YOU ARE READING
Hancurnya Sekeping Hati Suami
RomanceHancur nya sekeping hati seorang suami yang setia terhadap perkhawinanya ,isterinya, hubungan 10 tahun.