Part 10

191 19 2
                                    

Tajuk: The Right Guy For Me (S2)
By: Ed'Lynn Vee

Part 10

Ann

Edward bawa saya masuk satu restoran dekat dengan tempat parking kereta saya. Dia terus oder minuman untuk dia dan saya sekali. Dia masih ingat rupanya minuman kegemaran saya apabila Ed, tanpa bertanya kepada saya langsung memberitahu pelayan tadi untuk memberi saya satu milo panas dia pula black coffee. Ed ni memang suka minum tu, entah apa juga sedap dengan tu coffe. Saya pernah rasa tu coffee tapi langsung tidak sedap, pahit adalah.

Mau 10 minit gitu kami diamkan diri tanpa berkata apa-apa. Ed pula balik-balik tunduk pastu senyum dengan saya. Mulalah saya hairan tengok gaya Ed ni, macam orang yang baru jumpa cinta hati sahaja. Eh!! bukan Ed suka saya kah tu. Hehe

"Riss!! Macam mana hidup ko sekarang? ok sudah?" Nah buka mulut juga akhirnya, ingatkan bisu sudah.

"What do you mean by that?" tanya saya kehairanan.

"Yalah, manatau kan ko belum lupa dengan Renn lagi."

Terus berkerut dahi saya. Macam mana kalau Edward tau, yang sebenarnya saya sudah kahwin dengan Renn. Apa reaksi dia nanti.

"Sebenarnya Ed..."

"Riss taukah kenapa saya balik sabah?" bilang Ed, tapi masa dia bercakap tu dia tundukkan muka langsung tidak memandang muka saya.

Belum pun saya habis bercakap kena putung cakap saya sudah.

Ed...!!!

"Riss, saya masih berharap ko terima saya. Janji Riss dulu, akan bagi peluang dengan saya. Saya pun berjanji dengan Riss akan balik sini dan cari Riss nanti. Masih ingatkan?"

Aduh!! Ed langsung tidak bagi peluang untuk saya bercakap, mau dia saja. Tambah saya tidak keruan. 'Tidak boleh gini ni,  saya kena terus terang dengan Ed.' Getus hati saya.

Saya pegang tangan Ed, lepas tu saya renung mata dia dalam-dalam. Saya mau Ed tau, saya tiada niat nak sakitkan hati dia apabila saya berterus terang nanti.

Ed...

Ring.. Ring..

Tiba-tiba hp saya berbunyi...

Payah jaga saya mau berterus terang dengan Ed ni, ada saja halangan dia. Kali ni, apa pula. Siapa juga yang telefon saya ni. Saya ambil hp di dalam bag, tengok screen hp terbesar mata saya apabila nama My Husben Renn terpapar disitu. Saya terus berdiri dan meminta diri pada Ed. Saya tidak peduli dengan Ed sudah, saya percepatkan langkah pergi kereta saya.

Sesudah saya sampai saya terus masuk didalam kereta baru saya sambut panggilan dari Renn. Saya bagitau Renn, saya masih di luar tapi mau balik sudah. Dia pula sedang siap-siap untuk balik. Renn bagitau untuk saya balik sebelum dia. Saya siap bagi pesan dengan Renn untuk beli makan dari luar sebab saya tiada masak saya bilang. Renn cakap ok, on the way balik nanti saya beli kata dia. Saya matikan telefon lepas tu simpan dalam bag, dahi saya dekatkan di atas stering kereta

Tokk...

Tokk..

Saya dengar ketukan dari luar, apabila saya angkat muka Ed ada disitu sedang berdiri di luar kereta saya. Ed suruh saya keluar, dengan langkah malas saya buka juga tu pintu kereta dan berdiri depan Ed. Tanpa amaran Ed tiba-tiba memeluk saya membuatkan diri saya kaku langsung tidak dapat bergerak macam kena kejutan elektrik.

Ed berbisik pada saya langsung meninggalkan saya sendirian disitu. Saya yang masih bingung masuk kedalam kereta semula memulakan perjalanan saya.

Sampai di rumah saya perasaan Renn belum balik lagi. Selepas memakir kereta saya terus masuk kedalam lalu duduk diatas sofa. Kata-kata Ed tadi masih saya boleh dengar macam Ed bercakap didalam kepala saya.

The Right Guy For Me(S2) CompletedWhere stories live. Discover now