PERASAAN bersalah semakin berselubung di hati. Aku melihatnya bersama temannya yang lain. Rancak mereka berbual. Aku mengeluh perlahan.
Selepas trial SPM hari itu, hubungan bersahabatan aku dan syafiq semakin renggang. Entah. Mungkin salah aku, aku yang menjauhkn diri semata-mata kerana aku dah bersuami? Aku rasa alasan itu tak sepatutnya aku guna untuk jauhinya.
"Babe, kau rasa patut ke aku tegur syaf? Aku dah lama tak cakap dengan dia." Aku memandang Yasmin yang ralit membuat homework.
Dia memandang aku dengan senyuman sinis. Aku tahu, mesti dia nak perli aku.
"Aku rasa kau patut tegur dia. Daripada kau duk menahan hati taknak cakap dengan dia, baik juga kau tegur dia. At least, mintak maaf ke dengan dia."
Aku terangguk-angguk dengar pendapatan Yasmin. Betul juga kata Yasmin. Mungkin aku perlu minta maaf kepada Syafiq.
"Nak suruh aku minta maaf sekarang ke?" Tanya aku lurus. Entah apa yng aku fikirkan sekarang ni. Pemikiranku berkecamuk.
"Eh, tak! Raya tahun depan. Sekarang lah! Yang kau bengap ni kenapa?" Yasmin menggeleng kepala melihat muka bingung Nadhirah. Asal loading sangat minah ni.
"Tapi, aku takut dia taknak cakap dengan aku." Aku mula pamer muka gelisah. Tangan Yasmin aku goyang.
"Sendiri buat sendiri tanggung la. Baik kau buat sekarang. Waktu rehat dah nak habis weh. Nanti ustaz kesayangan kau masuk."
Yasmin menarik tanganku dan berjalan menghampiri Syafiq di belakang kelas. Aku hanya mengikuti.
"Syaf."
Syafiq berhenti daripada berbual dan memandang pelik ke arah kami. Aku menyorok dibelakang Yasmin. Perasaan takut masih menguasai diri.
"Ada apa?"
Yasmin tersenyum dan menarik aku berhadapan Syafiq.
"Ada sorang ni, malu nak cakap dengan kau."
" So, Nad. Aku pergi dulu eh. Aku banyak lagi kerja nak disiapkan."
"Weh, jangan pergi dulu!" Aku menarik tangan Yasmin.
"Aku banyak kerja. Sorry, babe. Goodluck." Yasmin menepuk tanganku berkali-kali sebelum dia pergi.
Aku memandang Syafiq di hadapan aku.
"Syaf, aku nak bercakap dengan kau boleh? Kita berdua je." Pinta aku perlahan. Senyuman pahit diukir.
"Ermmm.. Okey." Syafiq bangun daripada tempat duduknya di belakang kelas dan berjalan menghampiri pintu belakang kelas.
Aku mengikuti langkahnya. Dia memandang aku dengan tajam sekali. Dia tersandar di pintu kelas sambil memeluk tubuhnya. Aku berdiri dihadapannya. Dia mengangkat keningnya.
"Kau nak cakap apa? Dah 5 minit kita bercegat kat sini tahu?" Aku tergaru kepala. Dah 5 minit berlalu dan aku masih belum lagi berkata apa.Aku tersenyum nipis.
"Aku. Aku tak tahu nak mulakan macam mana?" Kataku perlahan.
Syafiq melepaskan keluhan. Dia memandang aku lama. Dia juga ingin katakan sesuatu, tetapi dia juga tidak tahu bagaimana dia mahu katakan kepada Nadhirah.
"Nad, kau nak cakap apa sebenarnya?" Syafiq memandang ke dalam mataku. Aku semakin takut mahu katakan kepadanya.
"Aku.. akuu na..nakk min..mintaa...."
"Semua bangun.."
"Ustaz dah masuk. Kita cakap lain kali." Syafiq segera beredar dan kembali ke tempatnya.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...