Pertama Dan Terakhir

595 24 2
                                    

Sneak Peak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sneak Peak

*****

Bau ubat yang agak tajam dan kuat menusuk hidung Ulayya. Suram suasana di ruangan menunggu Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar walaupun sebenarnya sesak dengan manusia. Ulayya menjenguk-jenguk ke dalam bahagian ICU beberapa kali tetapi kelibat Bad belum muncul. Salah satu sebab dia tidak suka ke ruangan ICU kerana perlu menunggu lama. Resah, risau, sedih, marah, penat semuanya bercampur baur. Dia dah sedarkan diri ke? Ahhh, susah hati betul. Muka Tariq muncul setelah beberapa minit, muka dia tidak seperti yang Ulayya harapkan. Matanya merah, nafasnya tertahan-tahan.
"Dia dah tak ada." Ayat yang mudah itu terus menusuk ke hati Ulayya bagai peluru. Menggeletar lutut Ulayya mendengarkannya. Terduduk Ulayya di situ. Fikirannya menjadi kosong serta-merta. Tiada apa yang tertinggal di otaknya untuk dikatakan.



Antologi Cerpen HazzieWhere stories live. Discover now