Aku menyelongkar beg aku, tiada! Di bawah meja, tiada! Aku mencari diary aku. Sepatutnya ade bersama aku tapi sekarang hilang! Loceng sek sudah lama berbunyi tanda waktu pulang. Hampir semua murid di dalam kls aku sudah balik.
"Kau cari ape lagi tu? Dari tadi sampai sekarang" Lisa yang sudah siap kemas berdiri di depan meja aku. "Diary aku lah. Hilang! Kau ambik eh?" Kata aku lalu tunjuk ke arah Lisa. Lisa dengan laju mengangkat kedua belah tangan seolah olah seorang pencuri yang akan ditembak oleh polis.
"Aku tak ambik. Kau salah letak agaknya" Lisa menurunkan tangannya. "Tapi aku rase buku tu tak kemana pon. Ade je dengan aku" aku mengeluh. Dah macam nak nangis pon ade. Sudahlah banyak tentang Winwin di dalamnya kalau orang lain baca mesti terbongkar rahsia aku.
"Sudahlah tu. Dah lewat ni tak elok kalau kita stay kat sini. Bahaya, jom balik" Lisa menarik tangan aku. Aku cuma mengangguk dan kemas barang barang aku.
Aku menyuruh Lisa balik dulu sebab aku masih lagi nak cari buku aku. Mula mula memang Lisa berdegil tak nak tinggalkan aku sebab dia takut ade ape ape berlaku tapi selepas beberapa kali dipaksa akhirnya dia akur.
Sudah beberapa minit mencari akhirnya aku mengalah. Kene pulak hari dah lewat. Mesti aku kene marah dengan ibu. Hmm masaklah aku hari ni.
Aku berjalan menuju ke pintu keluar sek. Langkah aku terhenti bile Winwin sedang berdiri di situ. Dgn itu, dada aku mula berdegup kencang. Mahu tak mahu aku terpaksa melintasinya. Aku berjalan laju.
Baru saje aku nak lepas daripadanya dia terlebih dulu memegang tangan aku. Aku toleh ke belakang. "Lepas. Saya nak balik" aku menarik tangan aku tapi gagal.
"Lepaskan lah!" Aku menjerit. "Tunggu" dia mengeratkan lagi pegangan. Alangkah terkejutnya aku bile buku diary aku dikeluarkan dari begnya.
Dia menunjukkan buku itu pada aku. Aku memandangnya hairan. Baru aku teringat, buku aku terlepas daripada tangan aku saat aku terjatuh dengan Winwin dan aku pula bodoh sebab melarikan diri macam tu je.
'habislah aku. Dia baca ke?' soal hati aku. "Awak baca ke?" Dia menundukkan kepalanya dan menjawab "maaf, saya tak sengaja baca. Mula mula saya memang nak simpan tapi saya terbaca muka surat kedua tu dan itu membuatkan saya nak baca lagi" dia mengangkat kepala.
Dari segi riak wajahnya aku dapat rasakan yang dia memang rase bersalah. "Sebenarnya, saya tak ade niat pon nak tulis tentang awak dalam buku tu. Maafkan saya" kali ni aku mula menunduk.
"Saya tak kesah" dengar saje dia berkata begitu aku terus angkat kepala. Aku pandang dia dengan riak wajah yang terkejut. Dia pula hanya tersenyum. Dia meletakkan buku itu di lantai dan kedua dua tangannya memegang tangan aku.
"Anna, setiap hari saya perhatikan awak cuma awak yang tak perasan." Aku cuma fokus pada dirinya. "Setiap hari, saya akan pastikan saya dapat lihat muka awak walaupun dari jauh. Kalau tak dapat lihat muka awak mesti saya rindu pada awak. Saya malu untuk tegur awak sebab saya ingatkan awak tak suka saya" jelasnya.
Aku pula menggeleng "Mana ade saya benci awak. Awaklah orang pertama yang ajar saya ape itu rase menyukai seseorang" aku dan dia tersenyum.
"Anna, I love you" ucapnya lalu dia mencium bibirku lama. Aku pula sudah terkejut dan lama kelamaan aku membalas ciumannya.
Dia melepaskan bibirnya dari bibirku. Dia merapatkan dahinya pada dahi aku. Kami bertentang mata. "I love you. So much" ucapku pula. Dia tersenyum lalu mencium dahi aku.
Dia merapatkan lagi jarak antara kami dan dia memeluk aku. 'Tuhan, adekah ini mimpi? Jika Ya tolong jangan sedarkan aku' bisik hati aku.
"Anna, will you be my girlfriend?" Dia bisik di telinga aku. Aku cuma mengangguk. Teringat pula aku pada kejadian Crystal mencium pipinya. "Winwin, Crystal?" Tanya aku. Aku terdengar dia gelak dan meleraikan pelukan.
"Mesti awak nampak dia cium pipi saya kan? Sebenarnya kami sepupu. Dia lebih tua dari saya jadi saya anggap dia sebagai kakak. Dia juga menganggap saya sebagai adik" aku mengangguk faham.
"Jom balik. Saya hantar awak sampai depan rumah" pelawanya. Aku mengangguk laju. Dia mengambil begnya dan buku aku pula diberi pada aku. Dia memegang tangan aku erat.
Kami berjalan seiringan sambil berpegangan. Jujur aku katakan, inilah hari yang paling terindah bagi aku.
"I love you and I will always love you"
•THE END•
Saya nak ucapkan terima kasih pada sesiapa yang baca. Wow jujur saya ckpkn part kiss tu saya rase mcm "Oh my god" 😂😂 sorry klu cite ni tk best, saya dah sedaya upaya untuk buat cite ni btw akhirnya tamat juga cite ini. Kita jumpa lagi pada lebaran yang akan datang.
Once again,
🖤 Thank you 🖤
YOU ARE READING
CRUSH | Winwin Nct
Fanfic[ completed ] ❝ I have a crush on you ❞ Start: 21/08/2018 End: 23/08/2018 ✴: 100% my idea ☣: Don't copy!