Metro Town...merupakan sebuah pekan yang sentiasa hidup di dalam harmoni dan keadilan.Begitulah pandangan orang luar terhadap pekan itu.Namun,hakikatnya pekan itu hidup dengan memandang status dan harta kekayaan.Mereka yang berstatus rendah akan dipinggirkan dan dipandang hina.Pada hari itu, merupakan hari perayaan Metro Town yang disambut sekali setiap tahun.Dan pada masa yang sama hari melantik pemerintah yang baru.Pada hari itu,mereka semua bekerjasama menghiasi pekan mereka dengan kain rentang yang pelbagai warna di setiap sudut.Mereka juga membuka pelbagai gerai jualan di setiap sisi jalan
.
.
.
Di dalam hutan yang terletak jauh daripada Metro Town,kelihatan sebuah rumah agam yang sudah usang seperti sudah bertahun-tahun lamanya ditinggalkan pemilik asalnya.Rumah agam itu telah menjadi tempat perlindungan gelandangan dan mereka yang dipinggirkan oleh ahli keluarga sendiri.Di dalam rumah agam itu, kelihatan seorang remaja duduk menghadap tingkap sambil tangan sebelahnya digunakan untuk menongkatkan dagunya.Dia seperti sedang mengelamun sehinggakan tidak perasan bahawa rambut hadapannya yang panjang itu ditiup angin yang datang daripada lubang-lubang kecil pada tingkap dihadapannya.Secara tiba-tiba dia terasa seperti bahunya ditepuk seseorang sehingga menyebabkanya terkejut.Dia segera menoleh ke belakang."Hei jauh mengelamun nampak.Ingatkan kekasih kau ke?"
"Heh..siapa yang nak dekat orang macam aku ni?"
"Eh,mesti adalah.Kau kan idola dekat kawasan ni.Bukan tu je,kau jugak dah jadi 'abang' contoh untuk budak-budak"
"Hmm..kau nak apa sebenarnya Owen?"
"Apa maksud kau?"
"Heh..kau fikir aku tak tau ke?kalau kau nak sesuatu kau mesti akan puji-puji orang tu.Lagi-lagi aku"
"Hahaha!hebatlah kau ni!Sebenarnya aku nak minta tolong kau"
"Tolong apa?"
"Boleh tak kau tolong bawak budak-budak tu pergi tengok festival dekat pekan tu(sambil tunjuk ke arah tiga orang budak)
"Kenapa kau suruh aku?kenapa tak suruh orang lain je?aku dan bagitau yang aku tak akan ke pekan pada hari perayaan ni"
"Alah kau ni..tolonglah bawak diaorng..kesian diaorng..Dahla festival tu setahun sekali.Lagipun aku dah tanya orang lain.Tapi diaorang semua sibuk hari ni.Kau seorang je yang boleh aku harapkan"
Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan berjalan menuju ke arah remja itu sambil merayu-rayu.
"Tolonglah bawak kami nii-san.."
"Hah(mengalah)baiklah..aku bawak diaorng."
Selepas mendengar jawapan remaja itu,ketiga-tiga budak itu berasa sungguh gembira dan berlari menuju ke arah remaja itu lalu memeluknya dengan serentak.
"Terima kasih Hikari-nii san!!"
YOU ARE READING
Metro Town(DISCONTINUED)
FantasyKejam..itulah satu-satunya ayat yang boleh menggambarkan keadaan di Metro Town.Memandang tinggi kepada orang yang berstatus dan memandang hina kepada orang yang lemah.Seorang remaja lelaki yang mempunyai sejarah hitam cuba untuk bangkitkan kembali k...