Assalammualaikum...
Buat sahabatku, seandainya Aiman mendapat surat ini maka itu menandakan bahawa Aishah sudah tiada lagi. Aishah ingin meminta maaf seandainya Aishah ada membuat kesalahan. Aishah sentiasa mengharapkan kemunculan Aiman menceriakan Aishah. Salah ke kalau Aishah meminta sedikit ruang dihati Aiman untuk menjadi seorang sahabat yang paling penting dalam hidup Aiman? Siapa Aishah dalam hidup Aiman? Apa-apa pun ucapan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang paling Aishah sayang.
Hanya air mata yang mampu berlinangan dipipi. Surat dari sahabatnya yang baru sahabatnya yang baru pulang ke rahmatullah. Terdapat dua surat yang diberi oleh keluarga Aishah secara berasingan sampul. Namun, sampul yang pertama sudah cukup menyentuh hati.
Tiada guna menyesali kesilapan lalu kerana semuanya telah terjadi dan tiada guna untuk menangis kerana masa tidak akan pernah berpusing kembali.
Ikatan persahabatan antara mereka berdua terputus gara-gara fitnah. Sikap Aiman yang lebih mengutamakan kekasih daripada sahabat telah memakan diri. Siapa tahu, seseorang yang kita rasa sangat sayang itu adalah racun dalam kehidupan.
Selama ini Aiman menyangka Nadia adalah gadis yang paling suci, baik dan lemah lembut namun pada hakikatnya dialah gadis yang tidak bermoral. Nadia berpura-pura baik dihadapan Aiman demi mendapat sokongan dan belaan untuk menutup segala kesalahannya. Kebetulan, Aiman merupakan ketua pelajar.
Pada awal Aishah tidak mengetahui cerita mengenai Nadia. Setelah mendapat khabar angin, Aishah nekad untuk menyiasat sendiri. Malah Nadia telah meminta bantuan dari sahabat karib yang boleh dipercayai untuk menyiasat.
Setelah mendapat bukti yang kukuh, Aishah cuba menunjukkan bukti itu, namun tidak diendahkan oleh Aiman. Aishah kecewa bertambah kecewa apabila Aiman mengatakan bahawa Nadia tidak akan pernah mengkhianati cintanya.
Perbuatan Aishah ini diketahui oleh Nadia. Nadia merasakan Aishah akan mengugat kedudukannya, dengan rancangan yang teratur, Nadia telah menfitnah Aishah. Nadia mengatakan bahawa Aishah sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Aiman. Oleh itu, Aishah telah mencuba untuk menrenggangkan hubungan mereka berdua. Selain itu, Aishah juga telah mengugut Nadia agar meninggalkan Aiman.
Kata-kata Nadia yang disangka benar itu telah menaikkan kemarahan Aiman. Aiman telah membawa Aishah ke sebuah taman di tengah kota. Sangkaan Aishah, Aiman ingin meluangkan masa bersamanya. Tanpa syak wasangka, Aishah menerima permintaan Aiman untuk berjalan bersama di taman sambil melihat pemandangan.
Sesampai di tempat yang dimaksudkan, Aiman menengking Aishah. Teruk Aishah dimarahi. Aishah cuba mempertahankan diri, namun tidak diendahkan oleh Aiman. Kata-kata Aiman yang mungkin Aishah tidak akan lupa telah melukakan hati Aishah dan tidak akan mungkin mempunyai penawarnya.
“ Aku tidak sangka kau sejahat ni. Sanggup kau cuba musnahkan hubungan kitaorang. Kau ni memang sahabat yang tak berguna. Kalau kau nak tahu antara kau dengan Nadia, jauh beza. Nadia lebih baik dari kau. Kau jangan muncul dalam hidup aku. Aku tak kenal kau lagi.”
Aiman terus memecut kereta. Tinggalah Aishah sendirian bertemankan air mata. Kebetulan hari itu,hujan turun dengan lebat. Dan semenjak hari itu jugalah, Aiman hilang akan pengkhabaran tentang Aishah.
Peristiwa dia memarahi Aishah ditasik masih terbayang-bayang dibenak fikirannya. Jujur Aiman akui bahawa dia menyesali perbuatannya itu. Barulah dia sedar bahawa nilai persahabatannya lebih mahal berbanding cinta.
Segala maklumat yang Aishah beritahu adalah benar belaka. Menyesal kerana tidak mempercayai kata-kata Aishah dulu. Aiman telah melihat sendirian kecurangan Nadia terhadap cintanya, malah Nadia mengakui bahawa dihati tidak ada sedikit pun calitan tulisan namanya. Untuk apa disesali, setahun berlalu dan selama itu jugalah dia ditipu hidup-hidup oleh gadis yang disangka penghuni hidupnya.
Aiman cuba mendapatkan khabar Aishah melalui sahabat-sahabat. Namun, mereka juga kehilangan maklumat. Mereka juga tidak tahu dimana Aishah sekarang. Nombor telefon juga telah ditukar.
Aiman cuba menghantar mesejnya melalui e-mel namun tidak berbalas. Tetapi, Aiman tidak berputus-asa, tiap-tiap minggu, Aiman akan menghantar mesej kepada Aishah. Dia sentiasa berdoa agar terbuka pintu hati Aishah untuk membalas mesejnya.
Alhamdulilah, berkat kesabaran dan doa Aiman, akhirnya Aishah membalas mesejnya. Namun mesej yang diterima telah menyebabkankan Aiman dirundung kebimbangan.
Aiman,
Jika matamu berat memandangku, ringankanlah kakimu pergi dariku.
Jika bibirmu terpaksa tersenyum kepadaku, relakanlah mukamu untuk berpaling dariku,
Jika sukar buatmu untuk melupakan kesilapanku, senangkanlah lidahmu untuk menghinaku.
Tetapi, seandainya suatu hari nanti telingamu mendengar berita tentang kematianku, maka pintaku agar kau hadir dan mengikhlaskan tanganmu untuk mengusung jasadku.
Seandai kau sudah memaafkanku, bisikkanlah ke telingaku moga ia kalimat terakhirmu itu menjadi pelita dikuburku gelapku, menjadi bantal dilena panjangku.
Moga ukhuwah akan terus terjalin dan tidak akan pudar dimamah waktu..
Aiman cuba menghubungi rakan karib Aishah. Pada awalnya, rakannya tidak mahu membantu, tetapi setelah dirayu, dipujuk. Rakannya itu akur jua. Rupa-rupanya, Aishah sedang berperang dengan penyakitnya yang dijangka tidak mempunyai peluang untuk sembuh.
Kalau diikutkan, Aishah sudah sepatutnya meninggal lebih awal. Tetapi kerana semangatnya, Aishah telah melawan penyakitnya dan hidup hampir 2 tahun. Dalam dua tahun itu, Aishah menulis sebuah buku bertajuk ‘Erti Sebuah Persahabatn’. Siapa tahu, disetiap cerita itu mengandungi kenangan manisnya bersama Aiman sepanjang mereka bersahabat.
Diakhir ceritanya, Aishah berharap dapat menemui Aiman sebelum matanya tertutup. Aishah tidak mampu untuk membuka e-melnya kerana dia takut berhadapan dengan khalayak ramai dan tanpa disedari, Aiman mencarinya.
Aiman telah mengatur masanya untuk berjumpa dengan Aishah. Dia perlu meminta maaf atas segala perbuatannya terutamanya peristiwa dia meninggalkan Aishah di tasik. Sebenarnya, Aiman tidak jadi untuk terus pulang ke rumah, dia berpusing balik kerana hatinya terasa tidak sedap. Kerisauan menghantuinya.
Dia akui, tidak sepatutnya dia meninggalkan Aishah kerana dia menjemput gadis itu dihadapan rumah, diambil dari keluarganya untuk seketika dan menjadi tanggungjawabnya untuk menjamin keselamatan anak gadis mereka.
Sesampai ditempat berkenaan, Aishah tiada. Dicuba hubungi tetapi tidak diangkat. Hujan semakin lebat. Aiman cuba mencari dimana Aishah tetapi tetap tidak dijumpai. Sehingga kini tiada siapa yang tahu ke mana arah tuju Aishah setelah ditinggalkan.
Seperti yang dijanjikan, Aiman menuju ke hospital tempat Aishah dirawat. Ditangannya disertakan coklat dan bunga mawar putih kegemaran Aishah. Aiman tahu Aishah meminati bunga mawar, dan hatinya tertarik untuk membeli mawar putih.
Rupa-rupanya bunga mawar putih yang dibawanya bernandakan bahawa tiada denyutan dan nafas oleh Aishah dan bunga itu menunjukkan bahawa Aishah sudah tiada lagi didunia. Aishah telah menghembuskan nafas terakhirnya tanpa sempat Aiman bertemu dengannya.
Tiada apa yang mampu diucapkan, tiada apa yang mampu dikatakan. Aiman seharusnya redha dengan ketentuan ilahi. Bunga ditangan jatuh bertaburan dilantai. Air mata Aiman mengalir. Mengapa begitu cepat kau pergi Aishah tanpa sempat kau mendengar kata-kata maaf dariku?
Aku bersalah Aishah. Kalaulah masa boleh diundurkan semula, aku tidak akan meninggalkan kau. Aku akan pertahankan persahabatan ini. Aku tidak akan biarkan kau keseorangan. Aku akan menjadi peneman hidup kau. Aku minta maaf Aishah.
“Aiman tiada sedikit ke ruang dihatimu untuk menjadikan aku sebagai seorang sahabat yang paling penting dalam hidupmu. Siapa aku dalam hidupmu? Dikala kau susah siapa yang berada disebelahmu? Dikala kau kecewa, siapa yang memberi dorongan padamu? Tahukah kau, aku sentiasa berusaha memberi semangat kepadamu, tetapi aku cuba mengubati hatiku sendiri tanpa meminta sedikit semangatmu kerana aku tidak mampu untuk melihatmu bersusah payah kerana aku. Aku menunjukkan yang aku kuat padahal aku tipu diri sendiri. Aku menangis sendirian kerana aku tidak mahu kau melihat air mataku walau setitik. Tetapi apabila kau menemui kebahagian kau, aku yang kau caci, aku yang kau marahi, adilkah begitu? Dimana kau dikala aku dalam kesusahan. Dimanakah kau dikala aku memerlukanmu? Aiman, aku sakit. Aku merinduimu Aiman. Aku tidak mampu untuk menghubungimu kerana aku takut untuk mendengar kata-kata bencimu terhadapku. Aiman sejujurnya aku amat menyanyangi persahabatan ini. Tidak mengapalah, aku sudah melupakan segala kisah silam kita. Aku ingin meminta maaf darimu seandainya sepanjang persahabatan ini aku banyak melukakan hatimu. Siapalah aku untuk menjadi seorang sahabat yang sempurna buat dirimu. Aku terima atas semua yang terjadi walaupun perit akan aku hadapi. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang sentiasa mengembirakan aku kerana kau merupakan semangatku untuk berjuang. Percayalah tidak sekali aku membencimu.
Salam persahabatan buat Aiman yang dirindui...”
Surat kedua jatuh ke tanah. Aiman mengetap bibir menekup mukanya. Tangisan yang cuba ditahan akhirnya bolos jua. Aiman merenung sayu ke kubur Aishah. Jauh disudut hati agar dapat peluang kedua untuk menemui Aishah. Senyuman Aishah, tawaan Aishah menjadi satu kerinduan.
Dihari yang redup berserta angin lembut tanpa tanda menunjukkan bahawa mahu hujan cukup menyayukan hati sesiapa sahaja. Aiman cuba berjalan mendekati pengkuburan Aishah. Tangan ditadah, al-fatihan dilafazkan dengan harapan agar bersemadilah dengan tenang. Iringan doa akan ditujukan buat Aishah untuk menandakan setiap saat, Aiman sentiasa mengingatinya.
“YA ALLAH SAMPAIKANLAH SALAM RINDUKU BUAT SAHABATKU YANG KINI MENYAHUT SERUANMU”
YOU ARE READING
MEMORI TERPENDAM
Randommengenai seorang sahabat yang terlalu mempercayai kekasihnya tanpa menyedari dia telah melukai hati sahabat baiknya...