.
" Jeremy! Apa you buat di sini? " Bella terpaku melihat Jeremy berada di depan pintu rumahnya.
" Temankan you " Jeremy menjawab selamba.Tanpa di suruh dia melangkah masuk ke dalam rumah serta tanpa segan dia membuka bajunya yang basah kerana di simbahi air hujan ketika dia berusaha membuka pintu pagar. Hujan lebat serta pancaran kilat menyukarkan Jeremy membuka pagar dengan mudah.
" Adoii lain kali bersopanlah bah sikit.." Bella menarik muka masam.Dia tidak begitu menyukai sikap Jeremy seperti itu. Padanya ada batas yang perlu di jaga di antara mereka.
" Opps sorry! Boleh kasi pinjam saya tuala ?" pinta Jeremy sambil tersengih.
" Kejap! saya pigi ambil" Bella bergegas masuk ke dalam biliknya.Berberapa minit kemudian dia keluar semula dengan membawa sehelai tuala dan baju T shirt miliknnya.
" Nah tuala sama baju sekali.."
" Thanks!" ucap Jeremy sambil menyambut tuala dan baju yang di hulur Bella.
" Saya pigi buat air panas nanti demam kesian pula..."
ujar Bella.Lelaki itu hanya mengangguk.Dia meninggalkan Jeremy sebentar untuk ke dapur.Hujan masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.Bella merapatkan langsir dapur yang tadinya sedikit terselak.Sementara menanti air di panaskan Bella termenung sejenak.Hatinya tertanya-tanya kedatangan Jeremy pada lewat malam begini.
" Lama juga buat teh tu! " Kedengaran jeritan Jeremy dari ruang tamu.Bella tersentak! lamunannya terhenti.
" Siap sudah bah..." Sahut Bella dari arah dapur.Dia segera membawa cawan berisi teh panas itu ke ruang tamu.
" Nah minum dulu.." Pelawa Bella.
" Thanks '' ucap Jeremy
Air teh dihirup perlahan.Terasa hangat tubuhnya selepas menghabiskan secawan teh panas tersebut.Bella hanya memerhatian tingkah Jeremy.Suasana menjadi sunyi seketika.
" Are you okey Bella.." Jeremy bersuara memecah suasana sepi.Dia merenung wajah Bella.Semakin berseri wajah itu di lihatnya.Mungkin kerana dia bakal menjadi seorang ibu.Gembira melihat Bella boleh tersenyum semula.
“ Kenapa tanya soalan pelik macam tu?”
" hurm teda apa-apalah .Oh ya kenapa nda bagitu saya yang Cherry balik kampung? "" Saja! lagipun saya nda mahu susahkan sesiapa apa lagi you.."
" You dah lupa kah syarat saya setuju bantu you dulu?".
“ Saya nda lupalah semua tu Jeremy.Tapi kalau boleh saya nda mahu terus bergantung pada you lagi.Saya rasa saya boleh teruskan kehidupan saya sendiri tanpa bantuan sesiapa.Saya nda mahu susahkan sesiap lagi..” Luah Bella.
Bagi orang lain mungkin syarat begitu mudah tapi bagi dirinya syarat yang di tetapkan Jeremy cukup menguji hatinya.
" Syarat apa?"
" Saya boleh bawa you keluar dari sini kalau you setuju ikut semua rancangan saya dan you setuju untuk saya jaga you..! "
" Tapi...!"
" Terpulang pada you Bella!"Bella tidak pernah lupa! Malah lelaki itu tidak mahu segala bantuan yang di beri sebagai satu beban.Memikirkannya pun dia tidak boleh.Jeremy mahu Bella menerima semuanya tanpa sebarang rungutan.
“ Termenung lagi! Hurm kejap-kejap ... kenapa tiba-tiba cakap macam tu? ada masalah lagi?’’ teka Jeremy.
“ Teda apa-apalah! cuma saya fikirkan apa yang sepatutnya saya patut fikir.."
" You fikir apa? Daniel?''
" Kenapa tiba-tiba sebut nama dia?'' Tersentap Bella bila lelaki itu tiba-tiba menyebut nama Daniel.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...