.
BELLA terjaga dari tidur kerana dikejutkan dengan deringan telephone bimbitnya.Terkulat-kulat matanya mencari telephone bimbitnya.Tanpa melihat nama pemanggil dia terus menjawab panggilan itu.“ Kak Bella… mama demam teruk ni.Baliklah pujuk mama pigi hospital ” Suara Sarah di hujung talian sana kedengaran cemas.
“ Kenapa sampai macam tu sekali?..” keluh Bella.Teringat akan wajah sayu ibunya melalui gambar yang di kirim Sarah semalam.
“ Saya nda dapat pujuk dia kak.Andy pun sama.Kakak minta cuti dulu lah bah kesian mama tu selera makan pun tiada.Macam-macam sudah saya cakap dia kak tapi dia nda mahu dengar..”
“ Bah iyalah tunggu kaka balik.Pagi ni kakak masuk pejabat dulu minta cuti..”
“ Bah okey kak…”
Talian di putuskan.Bella menarik nafas panjang.Entah bagaimana dia harus menjelaskan pada ibunya tentang keadaan dirinya yang sedang mengandung.
Bella bangkit dari katil perlahan-lahan.Serta merta dia teringat akan Jeremy yang ada di ruang tamu rumahnya.Sempat dia mengerling jam dinding yang sudah menunjuk angka 7.30 pagi.Bella bergegas keluar.Sebaik keluar dia sudah tidak melihat kalibat Jeremy di ruang tamu..Bella melangkah pula menuju ke ruang beranda untuk melihat kereta Jeremy.Keretanya juga sudah tidak ada di luar pagar.!
“ Balik pun nda bagitahu” omel Bella di dalam hati.Dia masuk semula ke dalam rumah dan terus menuju ke ruang dapur.Matanya tertumpu pada meja makan.Seingatnya semalam meja itu kosong dan tidak ada tudung saji di letakkan di atas.
Bella mengalihkan tudung saji tersebut.Dia tersenyum melihat isi yang di tutupi tudung saji itu.Sebungkus mee hoon goreng dan berberapa jenis kuih di sediakan Jeremy sebelum pulang.Bella menarik kerusi dan duduk.Ada sekeping nota kecil di tinggalkan.
Makan sarapan sampai habis baru pergi kerja.Oh ya thanks tumpangkan saya tidur di atas sofa.Sakit badan pun nda kisah asalkan dapat kasi kawan you.
Bella tersenyum! Nota kecil itu di limpat kemas dan di masukkan ke dalam tong sampah berhampiran singki.
JEREMY memakai pakaian serangam kerjanya di hadapan cermin.Rambut yang kusut sikat rapi.Setelah berpuas hati dengan kekemasan diri dia mencapai telephone bimbit dan kunci keretanya.Dia singgah memberi ciuman dan pelukan buat Danish yang sedang menonton rancangan kartun kegemarannya di ruang tamu.
" babaii.." Ucap Danish tanpa memandang Jeremy.
" baii..papa pergi kerja dulu okey.." balas Jeremy sambil melangkah ke pintu utama.Ketika Jeremy sedang memakai kasut,Sofia datang menghampiri.Jeremy hanya memandangnya sekilas.
“ Sayang makan tengahari di rumah hari ni okey,saya masak sedap-sedap lagipun lama sudah kita nda makan sama-sama kan..” Sofia bersuara di bersama senyuman manisnya.
“ Hurmm nda janji saya sibuk hari ni banyak kes mahu di urus..” balas Jeremy acuh tak acuh.
“ Kalau macam tu saya pi hantar di tempat kerja lah.Kebetulan saya mahu pi keluar beli barang nanti..”
“ Inda payah susah-susah Sofia.Belum ada lagi saya nampak bini pegawai yang datang Balai hantar bekalan untuk laki diurangLagpun banyak masih banyak lagi masa kan…macam yang you bilang donts be rushing…” .
Sofia terkedu! Sekali lagi dia rasa terpukul dengan kata-kata Jeremy.
“ Hurmmm bah saya jalan dulu take care Danish..” pesan Jeremy sebelum masuk ke dalam perut keretanya.
Sofia masih berdiri kaku di hadapan pintu utama rumah teres dua tingkat yang di huni mereka.Kata-kata Jeremy masih terngiang-ngiang di ingatannya. Namun dia berusaha memujuk hatinya agar tidak terlalu memikirkan kata-kata Jeremy.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomansaMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...