village head

24 5 6
                                    

Metro Town

Disebabkan jarak antara tempat mereka tinggal dan Metro Town sangatlah jauh,ianya mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke Metro Town.Disebabkan itu,mereka semua jarang pergi ke pekan kecuali mereka ada urusan penting untuk dilakukan.Namun begitu,mereka semua masih peka dengan hal isu semasa yang berlaku di pekan itu.Setibanya di pintu masuk Metro Town,Hikari berhenti sebentar untuk berehat.Dia kemudiannya menoleh ke arah budak-budak itu sambil menundukkan sedikit badannya.

"Okey..abang benarkan korang semua buat apa-apa yang korang.Tapi ingat jangan mencuri,jangan tarik perhatian orang ramai,jaga keselamatan satu sama lain dan paling penting jangan sesekali berpisah.Kita tak tau macam mana perangai orang-orang dekat sini.Faham?!"

Budak-budak itu tersenyum sebelum menjawab pertanyaan Hikari secara serentak.

"Faham Hikari-nii san!!"

"Baiklah..kalau macam tu,korang semua boleh pergi.Pastikan berkumpul dekat sini sebelum senja."

Setelah itu,budak-budak itu pun pergi berlari meninggalkan Hikari seorang diri sambil tergelak.Hikari hanya tersenyum sambil memerhatikan gelagat budak-budak itu.Setelah ditinggalkan seorang diri,Hikari mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar bandar.Sebelum itu,dia membetulkan kembali jubahnya supaya dia tidak menarik perhatian penduduk kampung.Hikari hanya memerhatikan reka bentuk bangunan dan rumah di sekelilingnya.Sedang dia khuysuk memerhatikan,tiba-tiba dia terlihat seorang pak cik tua yang memilik wajah  seperti seseorang yang dikenalinya.Pak cik tua itu seolah-olan sedang bersembunyi daripada orang ramai di sebalik tong sampah yang berada di lorong itu.Pada mulanya Hikari bercadang hendak meninggalkannya.Namun hatinya seolah-olah berkata supaya mendekati Pak cik tua itu.

"He..hei..Pak cik okey tak?"

Pak cik tua itu terkejut dengan sapaan Hikari dan secara tiba-tiba,terus berlari arah bertentangan dan meninggalkan Hikari di situ .Hikari yang  masih lagi  terkejut dengan kelakuan  pak cik tua itu,tanpa berfikir panjang terus mengejarnya.Pak cik tua itu mempercepatkan langkahnya apabila melihat Hikari yang sedang mengejarnya.Sementara itu,Hikari yang sudah mula kepenatan mula memperlahankan larianya tetapi dia masih menjerti untuk menyuruhnya berhenti.Namun hampa.lelaki tua itu telah hilang daripada pandangan Hikari setalah dia memasuki kawasan yang dikerumuni oleh orang ramai.Pada mulanya,Hikari bercadang untuk berpatah balik menuju ke pintu utama Metro Town.Namun,suasana bising dihadapannya menarik perhatiannya.Di sana,Hikari melihat terdapat pentas kecil di hadapan dan di atas pentas itu kelihatan beberapa orang lelaki sedang berdiri.Salah seorang daripadanya pula seperti sedang tersenyum sambil bersalaman dengan penduduk kampung.Hikari cuba untuk melihat dengan lebih jelas wajah-wajah orang itu.Namun disebabkan ketinggiannya yang tidak seberapa dia tidak dapat melihat dengan jelas.Dia cuba untuk berjengket sedikit tetapi hakikatnya masih sama.Dia mula berasa geram.

"Urgh!tak guna betullah!aku tak dapat nampak muka-muka yang berada di depan!Apatah lagi dengar apa yang mereka katakan!Dahla asyik kena himpit je!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Metro Town(DISCONTINUED)Where stories live. Discover now