19✨

2.6K 103 0
                                    

Matanya terpandang dua susuk tubuh yang sedang berbual mesra sambil menjamu selera di sebuah restoran seafood di Ipoh.Kebetulan juga dia ke situ untuk bertemu dengan rakannya.

Disebabkan dia kenal akan lelaki itu,dia segera menuju ke meja pasangan itu.Haikal menegur.Harap-harap tidak salah orang.

"Hai."

Zulfaq memandang ke arah gerangan suara yang menegur mereka.

"Hai.Eh!Haikal!"

Sebaik sahaja Mimi mendengar nama itu,dia terkaku.Dia tidak mampu memandang lelaki itu.Jantungnya tiba-tiba sahaja berdegup laju.Dia hanya menundukkan kepalanya.

"Er..ni Mimi.Kau kenal lagi kan?"tanya Zulfaq.

'Jadi betul lah dia lah gadis yang bekerja di kedai roti tu.Betul lah,dia Mimi.'kata Haikal di dalam hatinya.

"Mestilah kenal.Hai Mimi!"tegur Haikal.

Mimi memberanikan diri memandang Haikal.Ya Allah!Rindunya!

Saat Mimi memandang Haikal,hatinya tidak keruan.Ada gembira,ada sakit.Hatinya pedih apabila melihat Zulfaq dan Mimi duduk berdua di meja makan.Mereka berdua seolah-olah rapat.Ya!Dia cemburu!Haikal tidak mahu kehilangan Mimi sekali lagi.Cukuplah dulu dia yang melepaskan Mimi.

"Hai."bergetar suaranya saat dia membalas teguran lelaki yang pernah mencuri hatinya dan melukai hatinya juga.

Zulfaq perasan akan perubahan riak wajah Mimi yang pada mula tidak lekang dari senyuman namun sejak Haikal datang,senyumannya menjadi kelat.

"Duduk lah sekali."pelawa Zulfaq.Haikal hanya menurut saja.Dia ada perkara mahu bertanya dengan Zulfaq.

"Zul..saya pergi tandas sekejap."kata Mimi,lalu dia beredar dari situ dan menuju ke tandas.

Haikal memandang Mimi dari jauh.Dia terasa seolah-olah kehadirannya tidak wujud di mata Mimi.'Adakah Mimi bencikan aku?'

Mimi memandang cermin di hadapannya.Airmatanya mengalir laju.Entah tiba-tiba hatinya terasa sebak yang amat sebaik saja memandang Haikal.Dia rindu!Pelbagai perasaan muncul dihatinya.Ada rindu!Ada sakit!

Dia perasan wajah Haikal sedikit kecewa apabila melihat Zulfaq dengannya makan berdua-dua.Ah!Bukan kah Haikal yang melepaskannya?Jadi Haikal sudah melupakannya kan?

Mimi serabut.Dia mengelap air mata yang mengalir.

"Haikal....saya rindukan awak."rintih Mimi.Sekali lagi air matanya mengalir.Puas dia menahan sebak,tetapi bayangan Haikal sentiasa muncul di mata menyebabkan Mimi tidak mampu menahan air matanya agar tidak mengalir.

Vote🌠

Cinta Luar Biasa✨Where stories live. Discover now