21✨

2.8K 99 1
                                    

Hari ini Mimi dan Nazrinah serta Fariz meluangkan masa bersama-sama dengan mengemas di luar rumah pula.Mereka menyusun pelbagai jenis bunga yang baru sahaja dibeli oleh Mimi.Dia tahu emaknya memang meminati pelbagai jenis bunga terutamanya orked dan ros.

"Terima kasih lah Mimi sebab belikan mak bunga-bunga ni.Cantik!Segar pula tu.Warna dia tu lah yang menceriakan rumah kita."kata Nazrinah.

"Hihihi sama-sama,mak."

"Nanti akak beli lah pula cat!Boleh kita cat rumah ni sementara akak belum balik."kata Fariz pula.

"Okay juga tu.Nanti temankan akak pergi kedai cat."

"Assalammualaikum!"mereka bertiga memandang ke arah seorang wanita yang mereka begitu kenali bersama rombongan.

"Waalaikummusalam,Dibah."jawab Nazrinah.

"Eh mari lah masuk."pelawa Nazrinah.

Dibah dan beberapa ahli keluarganya serta saudara mara lain masuk ke dalam rumah.Fariz dan Mimi pula berada di dapur.

"Kakak!Buat air untuk tetamu."arah Nazrinah.

"Okay."

Nazrinah duduk bersimpuh.Dia tersenyum manis melihat kehadiran Dibah,rakannya.Cuma,dia agak pelik kerana kali ini Dibah datang ke rumahnya dengan membawa saudara mara.

"Kami datang di rumah Naz ni sebenarnya ada hajat."kata Dibah.

"Hajat apa?"

Dibah memandang suaminya,Ahmad yang duduk di sebelahnya."Saya dan Ahmad berkenan sangat dengan Mimi.Kami berhajat lah nak meminang Mimi untuk Zulfaq,anak lelaki kami yang sebaya Mimi tu.Dia sayang sangat pada Mimi.Katanya dia tidak mahu lah melepas."

"Ooo ye ke.Saya tak kisah siapa pun bakal menantu saya.Cumanya,saya kena tanya tuan punya badan dulu lah."

Setelah air milo panas siap dibancuh,Mimi membawa dulang ke ruang tamu.Dia melakarkan senyuman untuk tetamu yang hadir itu.

"Mimi,mereka datang nak meminang Mimi untuk Zulfaq.Mimi setuju tak?"tanya Nazrinah.

Mimi terdiam seketika.Dia tidak tahu mahu memberi jawapan apa.

"Assalammualaikum."

"Waalaikummusalam."jawab Nazrinah.Kali ini Zana dan rombongannya pula datang untuk meminang Mimi.

"Mari lah duduk.Amboi ramainya.Ada apa datang?"

"Saya datang ni ada hajat.Hajat saya..saya nak meminang anak dara Naz lah,Mimi untuk anak tunggal lelaki kami,Haikal."Zana memandang Mimi yang sopan saja duduk di sebelah Nazrinah.

"Hah?La..kiranya harini ada dua pihak lah yang nak jadikan anak saya sebagai menantu."kata Nazrinah,dia mula pening.Aduhaii

"Nampaknya macam tu lah."

'Dugaan apa lagi ni?'Mimi merintih.

"Makcik Zana..makcik Dibah..beri saya masa untuk hal ini.Saya akan beri keputusan secepat mungkin,InsyaAllah.Apa pun keputusan saya,saya minta maaf kalau apa saya putuskan untuk kebaikan saya akan melukakan hati salah seorang pihak.InsyaAllah saya akan buat solat Istikharah."Mimi bersuara.

"Baiklah.Makcik Zana terima saja apa keputusan Mimi."kata Zana.

"Makcik juga."kata Dibah pula.

"Saya minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak beri keputusan sekarang."

"Tak mengapa."kata Zana dan Dibah serentak.

"Ya Allah..bantu lah hambamu ini mencari kekuatan untuk menempuh setiap dugaan yang satu per satu datang.Aku bersedia menerima setiap takdir dan ketentuan yang telah kau tentukan untukku."

Mimi memandang ke luar tingkap.Dari petang tadi dia asyik memikirkan siapakah yang layak menjadi imamnya nanti?Yang akan membimbingnya ke jalan yang benar.

Zulfaq atau Haikal?Dua-dua lelaki itu dia sayangi.Dia cintai.Namun dia akur kerana harus memilih salah seorang diantara mereka.Zulfaq,dahulu mereka pernah menjalinkan hubungan cinta.Namun,hubungan mereka hanya sementara setelah Mimi semakin rapat dengan Haikal,dia melupakan Zulfaq.Dia mengakui,dia curang.Mimi meminta dilepaskan.Dan akhirnya terlerailah cinta mereka sehingga Zulfaq membawa diri ke luar negara.Mungkin dengan menerima Zulfaq akan menebus kesilapannya yang lalu?

Berlainan pula dengan Haikal,mereka juga pernah menyulam cinta.Lama.Namun,kebahagiaan mereka tidak kekal lama apabila Haikal tiba-tiba meminta untuk putus dan meninggalkannya.Hatinya terluka dan saat itulah dia sedar betapa sakitnya apa yang Zulfaq rasa ketika dia meminta untuk putuskan hubungan.Namun,patutkah dia beri peluang kedua kepada Haikal?

Atau...dia pergi membawa diri agar tiada hati yang terluka?

Vote🌠

Cinta Luar Biasa✨Where stories live. Discover now