"Ya Allah, jauhkan lah aku daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Jauhkanlah aku daripada perkara yang Engkau murkai. Jauhkan lah aku daripada menapaki jalan-jalan menuju kemaksiatan. Ampunkan dosa aku, ampunkan kelalaian diri ini yang sentiasa tewas pada pujukan nafsu. Sesungguhnya aku adalah hamba Mu yang kerdil dan hina. Ya Allah, Bantu aku untuk mengikis karat-karat jahiliyyah yang masih ada dalam diri ini. Ya Allah yang Maha Pengampun, Maha menerima taubat, ampuni lah aku dan terima lah taubatku. Terima lah amal ibadatku ya Allah. Terima lah doa-doa yang Ku pohon ya Allah."
Manusia takkan pernah lari daripada berbuat dosa. Mohon lah ampunan Allah atas dosa yang kita perbuat. Allah ,Maha menerima taubat. Kalau kita buat dosa hari ini, cepat-cepat mohon keampunan. Kerana kita tidak mengetahui kapan ajal mendatangi. Jangan lengah-lengahkan taubat.
Hayati bait-bait lirik nasyid kumpulan hijjaz ini. Dunia merupakan fatamorgana semata-mata. Dunia ini pentas ujian, akhirat tempat penilaian.
Hijjaz - Fatamorgana
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
AllahSudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan IlahiDeras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicariBegitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utamaSabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagiaPulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah"