PART 21

162 16 4
                                    

.
.
" Kak Bella oh my God.....!! "

Kedengaran suara jeritan kecil Sarah sebaik saja melihat Bella turun dari teksi.Andy yang tadinya berada di dalam bilik juga bergegas keluar untuk menyambut kakak yang sudah lama tidak melawat mereka.

Melihat dua adiknya menyambut kepulangannya,Bella rasa ingin menangis.Dadanya berombak menahan sebak. Selepas meminta cuti kecemasan pagi tadi dia terus sahaja bertolak ke kampung dengan menempah Teksi.Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang tiga jam jika menaiki bus menjadi lebih singkat dengan hanya menaiki teksi.Yang berbeza hanya kadar tambang.Dalam keadaan perutnya begini dia tidak mungkin mengambil risiko dengan menaiki  Bus.

" Kak Bella...sejak bila? " Soal Sarah,dia teruja melihat Bell.Tangannya  mengusup lembut perut Bella.

" 8 bulan Sarah "
" Saya ingat kakak bergurau pasal ni?"
" Sarah yang nda mahu percaya.."
" Bah sudahlah kamurg bercerita sana ladang tu.Cepat naik rumah" Celah Andy.

Bella tersenyum pada adiknya Andy.Sarah mengheret Luggage Bella masuk ke dalam rumah.Bella yang mengekori langkah Sarah semakin berdebar.Entah bagaimana riaksi ibunya melihat dirinya.

" Kak pigilah masuk bilik mama,dia di dalam bilik  tu.." ucap Sarah.Suaranya berubah sayu.

"  Iya kak..mengkali mama tu rindu kakak bah tu itulah sebab dia demam!" Andy pula bersuara.

" Bah yalah, kaka pun rindu dia.." 

Bella melangkah menuju ke arah bilik tidurnya ibunya.Pintu bilik itu tidak tertutup rapat.Bella menolak perlahan daun pintu bersama debaran yang semakin kuat di hati.Tapi sebaik sahaja pintu dudah terbuka luas hilang sudah debaran tadi.Yang ada kini perasaan bersalah mula menyelubungi diri.Bella terkedu melihat sekujur tubuh yang  sedang berbaring di atas katil.

Terketar-ketar tangan kanan Bella menyentuh dahi insan kesayangan yang semakin  berkedut  itu.Panas! Demamnya masih belum kebah.Bella memanggil ibunya perlahan.

" Ma...bangun ma..Bella datang ni.Jum kita pigi klinik ma? " bisik Bella perlahan.Suaranya bergetar menahan sebak.

Perlahan-lahan kelopak mata ibunya terbuka.Dia tersenyum memandang Bella.Pandangan mata ibu tua itu terhenti di perut Bella.Dia kelihatan terpingga-pinga.Dia segera mengangkat kepala dan cuba untuk duduk.

“ Pelan-pelan Ma….” Bella membantu ibunya duduk,batal di letakkan di kepala katil.

“ Bila kau sampai Bell? Kau saturang saja? Laki ko mana nda ikut? Cucu mama tu berapa bulan sudah..’’ Soal ibunya bersama senyuman.  

“ Baru saja ni ma.. mari kita pigi klinik dulu ma..” Soalan ibunya  di biarkan tanpa jawapan.Baginya tidak penting untuknya menjawab sekarang.Kesihatan ibunya lebih utama.

“ Eh tiapayahlah mama sihat sudah ni nampak kau..”

“ Mama ni…saya baliklah ni ..” Bella pura-pura menarik muka masam.

“ Bah iyalah kita pigi klinik lah sekejap.Panggil tu uncle kau suruh dia bawa mama pi jumpa duktur..” 

“ Alahai mama ni!! “

“ Kau nda payah ikut…ko di rumah saja, lagipun kau baru baru saja jalan jauh kau rehat dulu.Biar si Andy sama uncle kau saja yang kas kawan mama ’’ arah ibunya.Tanpa di suruh dia sudah bankit dari katilnya.

“ Bah iya lah ma..”

Bella mengeleng-geleng kepala melihat telatah ibunya. Andy pula sudah bersiap sedia,dia sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya.Awal-awal lagi dia sudah menghubungi uncle Ed untuk datang ke rumah mereka. Tidak sangka uncle Ed sampai tepat  pada masanya.

BENARKAH KERANA CINTAWhere stories live. Discover now