Buku ini jelas menggambarkan kekalutan masyarakat hari ini yang selalu dimomokkan dengan cerita-cerita dan hikayat makhluk halus . apabila berbicara soal makhluk halus, Pelbagai cerita pasti akan kita dengar bahkan tak kurang juga ibu bapa yang ingin mendiamkan anak lantas menakut-nakut kan anak mereka dengan hantu dan sebagainya sehingga apabila kanak-kanak ini dewasa, perasaan takut sentiasa menyelubungi mereka.
Hal yang berkaitan perkara ghaib ini benar. Syaitan ,iblis merupakan makhluk Allah, cuma kerana kesombongan dan keangkuhan mereka menyebabkan mereka dimurkai. Jin iblis ini wujud, tetapi jangan dibesarkan Sgt ketakutan kita terhadap mereka. Mereka ini sekadar ujian untuk menguji umat manusia. Besarkan titik kekuatan kita. Baru lah kita sedar makhluk itu semua lemah sahaja. Manusia ini lebih kuat daripada mereka dengan izin Allah. Janji jaga amal ibadat kita dan jaga hubungan kita dengan Allah.
Buku ini sedikit sebanyak membuka mata kita sebagai manusia untuk tidak merasa lemah dan takut dengan jin dan iblis. Seterusnya menerangkan kepada kita tentang tindakan yang seharusnya kita lakukan apabila berhadapan rasa ketakutan dengan perkara sebegini. Ketakutan sebegini seharusnya menjadi titik tolak untuk kita semakin mendekatkan diri kepada Allah. Ilmu, iman dan amal perlu lah seiring dan perlu sentiasa ditingkatkan supaya kita dijauhkan dari rasa takut yang berlebihan kepada makhluk Allah. Rasa takut dan berharap ,perlu lah hanya kepada Allah semata - mata.