Ana memegang tangan Mimi.Dia berasa bersyukur kerana Mimi sanggup mengambilnya sebagai anak angkat.
"Mama,terima kasih sebab sudi mahu ambil Ana dan Humairah sebagai anak mama."
"Sama-sama sayang."
"Mama,mama kan masih muda..mama tak menyesal kalau ambil kami sebagai anak angkat?"tanya Ana,gadis berusia 14 tahun itu sudah mula menyayangi Mimi.
"Mama lagi menyesal kalau tak ambil Ana dan Humairah sebagai anak mama."Mimi mencubit lembut pipi gebu Ana.Ana tersenyum.
"Mama...mama seorang perempuan yang baik sangat.Ana berharap,mama akan sentiasa bahagia bersama orang yang mama sayang."
"Aminnnn...terima kasih anak mama."
"Mama...mama boleh janji satu perkara?"
"Apa?"
"Jangan tinggalkan kami seperti mana ayah tinggalkan kami macam tu saja."rintih Ana.
"Syhhh...tak mahu nangis.Ya,mama janji mama takkan tinggalkan anak-anak mama.Walaupun..suatu hari mama sudah ada anak sendiri!Ewahh..hahahah."
Ana tersenyum bahagia.Dia berharap sangat agar mamanya tidak akan tinggalkan mereka.Dia tidak mahu lagi menangis mengenangkan hal itu.Mulai hari ini,Ana berjanji pada dirinya dia akan mulakan hidup baru dan membalas jaga mamanya itu.
'Terima kasih Ya Allah kerana kau hadirkan seorang bidadari yang cantik lagi baik hati untuk aku dan Humairah.Ibu..Ana rasa bersyukur sangat sebab mama sudi jaga Ana dan Humairah.Mama baik dan cantik seperti ibu.'
✨
Setelah Kak Nina membenarkn Mimi membawa pulang Ana dan Humairah,Mimi terus membawa kedua-dua anaknya itu pulang ke rumah emaknya.Dia belum beritahu pada emaknya.Mimi berharap wanita yang sudah berusia itu dapat menerima kehadiran Ana dan Humairah.
Nazrinah agak terkejut dengan kedatangan seorang remaja perempuan dan bayi yang didukung oleh Mimi.Siapa mereka?
"Mak..yang ni Ana Dalisha.Yang baby comel Mimi dukung ni pula Lily Humairah."Mimi memperkenalkan anak-anaknya kepada Nazrinah.
"Sedap nama...nanti bawa Ana pergi salin baju.Mak ada masakkan nasi.Nanti kita boleh makan sama-sama."kata Nazrinah.
Mimi menunjukkan bilik tidurnya kepada Ana.Apabila Ana masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian,Nazrinah menarik tangan Mimi.
"Anak siapa pula tu kamu bawa balik?Kenapa dia panggil kamu Mama?"tanya Nazrinah.
"Mak...sebenarnya..."
"Sebenarnya apa?"
"Sebenarnya Ana dan Humairah anak angkat Mimi.Mimi kasihankan mereka dua beradik.Mereka anak yatim.Ibu mereka berdua sudah meninggal,ayahnya pula menghilangkan diri.Boleh mak terima mereka sebagai cucu mak?"
Nazrinah tersenyum lebar.
"La..yang tadi tu cucu-cucu mak la?"
"Ye mak."
"Alhamdulillah..."
"Mak tak marah kan?"
"Buat apa mak nak marah.Mak suka.Lagipun niat kamu tu baik,kamu nak didik dan bantu mereka."
Mimi tersenyum lega.Alhamdulillah..emaknya menerima Ana dan Humairah.
YOU ARE READING
Cinta Luar Biasa✨
RomantiekBercinta di zaman sekolah dan masih muda ketika menyulam cinta tidak pernah dijangkakan oleh Mimi dan Haikal.Malah,mereka juga tidak menyangka akan berpisah!8 tahun tidak bersua muka dan akhirnya mereka ditemukan di dalam suasana yang mereka tidak p...