Teeya hanya pandang dari jauh kelibat Han yang sedang sibuk bergelak ketawa menghiburkan kanak-kanak di parti harijadi adik Ahmed yakni salah seorang rakan kuliah mereka. Air ribena diteguk.
"Sejak bila Han pandai buat lawak?" tanya Ahmed menyiku Teeya dari belakang.
"Entah." Jawab Teeya malas.
"Dia dah lain." Tutur Ahmed perlahan.
"Kan?"
"Yeah but in a cool punya lain. Aku tak tahu pula dia ada side macam ni. Untunglah kau dapat dia." Ahmed laga bahu Teeya.
'Cool?' Teeya renung jauh Han yang sedang bergelak ketawa. 'Eh lagi kau gelak, lagi sakit hati aku.'
Han tarik satu belon panjang yang akan dia putar kiri dan kanan untuk dijadikan bentuk.
"Abang! Nak pedang!" jerit seorang kanak-kanak berusia empat tahun itu.
"Nak pedang? Sure! Kejap eh." Tangannya lincah membelit. Sudah beberapa kali dia cuba belajar dari Youtube. Nyata usahanya tidak sia-sia.
"Nah!" belon berbentuk pedang itu dihulurkan.
"Abang! Abang tak boleh buat magik ke?" soalan itu entah daripada siapa. Dia tidak terlihat wajahnya kerana terlalu ramai kanak-kanak yang mengerumininya.
"Magik?" Han terpinga-pinga sebentar. Dia ingat lagi sewaktu kecil dia pernah lihat bapanya membuat silap mata pada sepupu kecilnya.
Syiling dikeluarkan dari poket seluar. "Tengok ni. Abang letak syiling ni dekat telinga Akil." Han mendemonstrasi cubaan magisnya pada Akil yang baru berusia lima tahun.
Syiling itu ditepuk ke telinga kanan Akil. Poof! HILANG. Han terkebil-kebil. Di tangannya juga tiada syiling yang cuba dia sorokkan.
Mana dia pergi?
"Waaa! Syiling tu dah hilang!"
"Syiling tu dah masuk dalam kepala kau, Akil!"
"Dalam kepala Akil ada duitlah!"
Pelbagai reaksi kanak-kanak kedengaran. Han sengih sumbing. Masih mencari ke mana perginya siling lima puluh sen itu.
'Tepuk telinga kiri.' Bisikan itu seakan dekat sekali dengan telinga Han. Dia tidak pasti daripada siapa. Tapi dia cuba juga untuk menurutinya. Pap!
"Hebat!!!"
"Terelnya abang ni!"
"Aku dah cakap, duit tu dalam kepala Akil. Kau tak nak percaya!"
Bunyi riuh kanak-kanak hilang seketika di corong telinga Han. Dia lihat syiling di tapak tangannya. Dia sendiri terkejut dengan kehadiran syiling itu.
Akil memegang telinga kirinya dengan dahi berkerut. Han pandang Akil.
"Kenapa?" tanya Han.
"Sakit lah abang." Akil menggosok telinganya yang terasa perit.
"Sakit sebab syiling keluar ke?" Han mula gelabah.
"Sakit abang tepuk kuat sangat!"
Blergh. Budak ni buat pankreas aku nak meletup betullah.
YOU ARE READING
The Red Nose
KorkuHan, Teeya, Wan dan Bee ke Jepun untuk short vacation selepas tamat semester untuk ijazah. Atas rayuan Wan untuk ke Nara Dreamland yang sudah 11 tahun ditinggalkan begitu sahaja di Jepun, mereka berempat akhirnya menjejakkan kaki ke sana. Niatnya un...