Chapter 4 : My First Time

261 20 1
                                    


“Belum selesai..” bisikan itu bermain di telinga Han dari pagi hingga ke malam. Dari minggu lepas, hingga ke hari ini. Jantungnya berdegup lebih laju daripada biasa. Dia tak tahu kenapa. Panggilan untuk temu duga tiga hari lepas, membuahkan hasil. Nampaknya dia sekarang sudah ada pekerjaan tetap. Badut?

Han mengemas almari pakaiannya. Beg kertas berisi baju badut di sudut hujung almari diambil. Disebabkan baju ini, hubungannya dengan Teeya pun bermasalah. Dia tak pasti kenapa dia menjadi seorang yang baran tiba-tiba. Walaupun Teeya masih menghubunginya hingga ke hari ini, tapi perbualan mereka sudah tidak seperti lalu. Hanya perkara penting yang Teeya cerita. Selebihnya, gadis itu lebih selesa bekerja dari pagi hingga ke malam.

Han duduk di lantai sambil membelek baju itu. Dia perasan sesuatu di bawah katilnya. Pantas tangannya menarik bebola itu.

“Lah, kat sini ke kau? Jenuh aku cari.” Bola merah itu diambil dan diletakkan bersama-sama bajut badut.

“Belum.. selesai..” suara itu berdengung lagi di telinganya. Sekejap-sekejap dia terasa seperti suara itu membuai. Membuatkan dia rasa khayal untuk beberapa saat. Perasaan yang sukar digambarkan.

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Isi rumah kosong untuk hari ini. Ibu bapanya ke luar negara sejak semalam, manakala Hanani mengambil peluang ini untuk tidur di rumah kawannya. Katanya ada assignment yang nak disiapkan.

Han letak semula beg kertas itu ke dalam almari dan pantas menutup pintu almari. Dia ambil tempat di katil. Telefon dicapainya. Mesej dari Teeya dibaca.

Teeya : I dah balik. Penat. Goodnight.

Hanya itu yang dihantar Teeya. Han garu kepala. Tidak tahu macam mana nak memujuk. Adalah dia cuba untuk memujuk dua tiga hari lepas, tapi Teeya tetap begitu.

Han hela nafas berat dan berbaring. Kipas syiling berputar perlahan. Matanya rasa berat tiba-tiba. Sedangkan baru jam 10 malam.

Dia terlelap untuk beberapa minit.

“Han..”

“Han…” suara itu seakan berbisik di telinganya.

“Hm?” Han menjawab sedikit tanpa membuka mata. Dia masih mamai.

“Belum selesai Han..” kata suara itu.

“Hm?” Han buka mata perlahan-lahan.

“Sakit..”

“Sakit…”

“Sakit!!” suara Akil kedengaran jelas di telinga Han, menyentak tidur Han. Dia diberitahu Ahmed yang salah seorang kanak-kanak di parti hari jadi tempoh hari masuk ke dalam hospital akibat pendarahan di telinga. Doktor masih tidak ketemu puncanya.

Han rasa tidak senang hati. Dia bangun dan mencapai beg kertas berisi baju itu. Mungkin Akil perlu dihiburkan sekejap kot?


HAN menapak ke lobi hospital. Waktu melawat sudah tamat. Tapi dia yang tidak senang hati, perlu cari Akil. Baru hatinya boleh lega dan dia boleh tidur dengan aman.

Keadaan kaki lima hospital sedikit lengang di kawasan wad. Mungkin banyak pesakit sudah mula tidur dan para jururawat dan doktor yang bertugas tidak seramai waktu siang.

Han berjalan perlahan-lahan supaya tidak tertangkap. Dia terhendap-hendap masuk ke wad pesakit kanak-kanak. Wajah Akil dicari. Jumpa. Malangnya kanak-kanak itu tidak ditemani oleh sesiapa pun. Atau mungkin ibunya pergi ke tandas? Han tidak pasti.

“Akil.” Suara Han mengejutkan Akil yang baru hendak terlena.

Mata kuyu Akil tiba-tiba membulat dan bibirnya mengukir senyuman.

“Eh abang badut hari tu!” sengih Akil.

“Shhh.” Han letak jari telunjuk di bibir tanda suruh senyap.

“Abang datang melawat Akil ni. Abang nak buat magic trick untuk Akil lagi. Akil nak tengok tak? Tapi tak boleh kat sini.” Kata Han.

Akil mengangguk. Lantas Han memegang tangan Akil supaya membuntutinya. Mereka sama-sama menghendap keluar dari kawasan wad. Han menolak pintu berat di salah sebuah ruang di dalam hospital.

Akil tidak membantah dan hanya mengikuti. Tak sabar untuk lihat lebih banyak aksi silap mata ini.

Pintu terkatup rapat.

BILIK MAYAT.

Akil terasa kesejukan yang mencucuk disegenap tubuhnya ketika memasuki ruang bilik mayat itu. Tapi dia tak tahu dia di mana.

“Kat sini takde orang. Abang boleh buat magic trick.” Senyum Han. Dia menyeluk poket seluar dan mengeluarkan bebola merah sebelum di letakkan ke hidungnya sendiri. Akil sudah tidak sabar.

Han boleh rasa tenaga yang separuh terisi tadi kini menjadi lebih banyak. Dia lebih bertenaga dan kepalanya tiba-tiba kosong. Satu perasaan yang seronok sedang bermain di jantung.

Berdentang-dentung macam kanak-kanak riang. Terasa seperti di awang-awangan. Bibirnya mengukir senyuman seperti sedang khayal. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum memandang semula ke arah Akil dengan pandangan tajam.

“Hai.” Kata Han. Dia seolah-olah bukan Han yang sebenar.

“Cepatlah abang. Kata nak tunjuk magik.” Gesa Akil.

“Magik?” kening Han terjungkit sebelah. Dia senyum jahat hingga menampakkan gigi taringnya.

“Kau nak tengok magik apa?” soal Han memancing.

“Hmm. Hari tu abang hilangkan syiling. Cuba abang buat macam tu juga.”

“Syiling lagi? Tak bestlah. Abang boleh hilangkan kau. Nak try?”

“Serius? Nak!”

“Pejam mata.” Kata Han.

Akil menurut dan cepat-cepat memejamkan mata.

“Jangan curi-curi tengok.” Pesan Han sambil berjalan ke belakang Akil. Dia berdiri tegak di situ, menyedut udara dingin hingga oksigen memenuhi paru-parunya sebelum dilepaskan perlahan-lahan.

“It’s been a long time.” Bisiknya sambil tersenyum.

Jemarinya ditekan-tekan hingga bunyi letupan-letupan kecil hadir dari tulang jari.

“Abang mula tau.” Kata Han. Dia bawa keluar sesuatu dari poketnya. Barang itu kecil. Nipis. Dan. Tajam.

Han menekup mulut Akil dan melarikan pisau nipis ke kerongkong kanak-kanak itu tanpa rasa kasihan. Akil menggelupur dan automatik matanya terbuka luas. Tapi dia tak mampu untuk bersuara mahupun melawan bila tenaga lelaki dewasa di belakangnya lebih hebat darinya.

Akil meronta-ronta dalam masa yang sama, darah memancut keluar dari saluran paip darahnya. Hanya beberapa saat sahaja, tubuh kanak-kanak itu terkulai layu sudah tidak bernyawa.

Tekupan dimulut dilepaskan dan tubuh Akil terjelepok jatuh. Han bercangkung di hadapan mayat Akil. Dia sedut bau hanyir darah yang masih aktif keluar dengan rakus. Perasaan puas menyelubungi dirinya. Darah pekat itu dicalit dengan tapak tangan sebelum disapu ke wajah dan badannya. Kepuasannya tidak terkira.

Bunyi roda dari luar mengejutkan Han lantas dia menoleh ke belakang. Dia sedar dari khayalannya. Bila dia memandang semula ke depan, matanya membulat. Terkejut melihat wajah Akil yang sudah pucat dengan darah meleleh keluar. Tangannya terketar-ketar melihat darah membuak-buak. Jantung tidak usah kata. Macam nak terkeluar dari larian track!

Kenapa dia kat sini? Macam mana dia boleh ada di sini? Kenapa Akil dalam keadaan macam ni. dia pantas berdiri dan sudah berkira-kira hendak lari untuk meminta tolong. Tapi kakinya tidak mahu melangkah.

“Kau..”

“Kau bunuh..” kata suara itu.

Han menggeleng. “Bukan aku.” Ujarnya perlahan. Masih dalam keadaan terkejut.

“Pisau. Kau. Darah. Buk…ti…”

Han takut untuk memandang sekujur tubuh Akil, tapi dia pandang jua. Pisau di lantai membuatkan dia terkebil-kebil. Dia telan air liur. Bila dia angkat kepala, dia lihat jelas refleksi dirinya sendiri melalui pintu besi peti mayat yang berada di tepi dinding. Pakaian badut, dengan bebola merah di hidung, wajah yang awalnya dimekap dengan cecair putih kini melekat warna merah darah yang nyata hanyir.

Han raup rambutnya ke belakang. Dia tak mahu jadi pembunuh. Dia tak mahu masuk penjara. Pantas dia mengemas kawasan kejadian. Habis dipunggah satu bilik mayat itu untuk mencari cebisan kain.

Nasibnya baik bila batang mop bersama bekas diletakkan di penjuru dinding. Tubuh kaku Akil diangkat dan dia cuba hilangkan kesan bukti. Lantas tubuh itu dimasukkan ke dalam salah satu peti walaupun mayat didalamnya sudah memakan ruang. Dia tak peduli. Dia sumbat juga.

Peluh merenik di dahi. Dalam hati dia berdoa supaya tiada siapa pun yang masuk ke ruangan itu hingga dia selesai.


HAN lempar tubuh ke atas katil. Tercungap-cungap dia dibuatnya. Air mata menitis. ‘Aku bukan pembunuh. Aku bukan pembunuh.’ Berulang kali perkataan itu diteriak kuat di dalam mindanya. Tapi perkata itu sudah terjadi.

‘Aku patut dengar cakap Teeya. Aku patut dengar cakap dia!’ Han bingkas bangun dari katil dan mengambil pakaian badut dan hidung merah itu sebelum membuangnya ke tong sampah di luar.

Suasana pekat malam sedikit sebanyak membuatkan bulu roma Han menegak ketika dia hendak mencampakkan beg itu ke dalam tong sampah. Han angkat kepala melihat ke kiri dan kanan. Kalau-kalau ada orang yang memerhati dari jauh.

“Nikmatnya..”

Suara itu kedengaran lagi begitu hampir dengan cuping telinga Han. Han menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang berbisik kepadanya. Tiada siapa.

“Darah yang mengalir..”

“Panasnya darah mengalir..”

“Nikmat..”

Han seakan terbuai dengan suara itu dan secara tak langsung dia terasa seperti ada cecair pekat yang mengalir ditubuhnya dengan lembut. Rasa itu tidak sama macam air yang mengalir. Air lebih laju menitis dan sejuk. Manakala darah.. ia turun secara perlahan, lembut dan hangat.

“Simpan.” Suara itu keras memaksa.

“Simpan!” tegas.

Han buka mata. Dia tutup semula penutup tong sampah dan berlalu naik ke biliknya semula dengan beg kertas masih dijinjit.

Kuku ibu jari digigit lembut oleh Han. Terasa dirinya betul-betul diawangan. Gambaran pembunuhan sebentar tadi di bilik mayat bermain di dalam kepala dalam keadaan dia separuh sedar. Semuanya berjalan seperti slow-motion. Bila darah terpancut keluar.. tanpa sedar Han tersenyum merasai nikmat pembunuhan pertamanya.

The Red NoseWhere stories live. Discover now