Chapter 5 : Do You Trust Me?

471 27 9
                                    

Sebulan berlalu. Dada akhbar terpempan kes pembunuhan Akil yang masih belum selesai. Nasib Han baik tidak dipanggil oleh mana-mana pegawai bertugas untuk disoal siasat. Mungkin kerana tiada bukti daripadanya.

Han meliuk-lentok lehernya yang terasa lenguh akibat terlalu lama duduk menegak di hadapan komputer. Matanya naik juling melihat nombor-nombor yang perlu dia kira. Dia capai telefon bimbit untuk merehatkan mata dan mindanya sebentar.

Mesej dari Teeya dibaca senyap.

Teeya : Kita tak ke mana. Let's just end this.

Han ketap gigi. Mana mungkin dia putuskan Teeya. Semenjak dia berpindah ke rumah sewa untuk hidup sendirian dan dekat dengan tempat kerja, hubungannya dengan Teeya lagi bertambah renggang. Mungkin faktor jarak juga tidak terkecuali dalam perhubungan mereka.

Han tarik nafas dalam-dalam.

Han : Kita kena settle kan ni depan-depan. Lets just meet up malam ni.

Teeya : Untuk apa lagi?

Han : We have to decide together.

Teeya : Hmm. Okay. Nak jumpa kat mana?

Han : I ambil you kat rumah jam 8 malam.

Teeya : Alright.

Han merenggangkan otot-ototnya. Dia termenung sejenak melihat wallpaper telefon bimbitnya. Gambar dia dan Teeya ketika masing-masing di hadapan Dreamland, Jepun. Wajah gadis itu diamati dalam-dalam. Cantik. Gadis itu terlalu cantik.


TAMAT aje waktu bekerja, Han terus memandu laju keretanya ke rumah Teeya. Lagi cepat dia bertolak, lagi banyak masa yang boleh diluangkan bersama. Dia tak mahu melengahkan untuk selesaikan masalah ini.

Setibanya Han di hadapan rumah Teeya, dia menghantar pesanan ringkas kepada gadis itu supaya keluar.

Tak sampai beberapa minit, Teeya muncul di pintu utama sambil menyarung kasut sebelum melangkah perlahan ke kereta Han. Gadis itu mengambil tempat di sisi Han.

"Kita nak ke mana?" tanya Teeya. Hari sudah gelap.

"My house." Kata Han sambil memijak padel minyak kuat membuatkan kereta mengaum kuat dan berlalu pantas.

Mereka tiba di rumah sewa Han 40 minit kemudian. Ini kali pertama Teeya ke rumah sewa Han. Dilihat dari luar, Teeya terasa seperti bulu romanya menegak.

"Kawasan ni memang you seorang aje yang duduk sini ke?" soal Teeya.

"Yeap."

Teeya perhati rumah di atas tanah lapang itu. Rumah itu seperti rumah moden tapi terletak di dalam kawasan perkampungan di mana rumah jiran lain semua jauh-jauh.

"Kenapa you menyewa kat sini? Jauh daripada orang. Seorang pula tu. Bahaya tau tak?"

"Ini aje yang paling murah. Lagipun dekat aje dengan tempat kerja I."

"Nak kata dekat sangat dengan tempat kerja you pun macam tak aje. Sebab ini kawasan pendalaman, Han."

"Well.."

"You tak takut ke duduk rumah macam ni seorang diri?"

"Nak takut apa? Hantu?" Han tarik keluar tali pinggang keledar dan keluar dari perut kereta.

"Jom." Ajaknya.

"Kita nak buat apa kat sini? Lagi pun you seorang aje dalam rumah. Kalau apa-apa jadi karang, tak pasal-pasal.."

"You ingat I nak buat apa-apa kat you ke? I tahu batas."

"Tapi duduk dalam rumah macam ni berdua-duaan aje.."

"Trust me." Kata Han. Teeya teragak-agak. Jantungnya sudah agak laju berdebar.

"Teeya." Suara Han seakan memujuk. Gadis itu telan air liur sebelum mengikuti Han masuk ke dalam rumah itu.

Keluar aje dia dari perut kereta, dia rasa seperti ada orang memerhati.

"Cantik.." suara itu seakan berlalu dibawa angin ke cuping telinga Han. Han toleh ke belakang. Melihatkan Teeya sudah mula membuntutinya, dia terus menekan punat kunci kereta.

Mereka sama-sama masuk ke dalam rumah dan Teeya ambil tempat di sofa. Isi rumah bersih. Tak seperti anak bujang yang tinggal dalam ni. Elok tersusun semuanya. Hiasan juga moden. Luar macam rumah kampung, dalam macam rumah bandar.

"You duduk dulu. I buatkan air kejap." Kata Han sebelum berlalu pergi walaupun Teeya menolak niat baik lelaki itu.

Teeya perhati sekeliling. Sungguh dia rasa tak selesa duduk di dalam rumah ini. Terasa seperti diperhati. Resahnya bukan kepalang.

Han yang berada di dapur menarik pintu peti sejuk untuk mengeluarkan ais batu. Matanya terpandang bebola merah itu. Dia kerut dahi. Macam mana bebola itu ada di sini. Jiwanya resah. Sejak kematian Akil, dia jadi takut untuk menyentuh pakaian badut itu lagi. Dibiarkan aje baju itu tersimpan di dalam almari.

Tapi bagaimana pula bebola merah itu ada di sini? Han takut jika perkara lalu terjadi lagi. Lantas bola merah itu diambil dan disimpan di dalam poket. Tangannya terus laju membancuh air untuk Teeya.


Beberapa minit kemudian, Han tiba di ruang tamu dengan dua mug air.

"Terima kasih." Ujar Teeya.

Han hanya senyum tawar. Keadaan sepi selepas Teeya meneguk airnya. Dirinya diperhati Han tanpa lepas.

"So apa yang kita nak kena bincangkan lagi?" tanya Teeya.

"Banyak benda jadi lately. I need you to stand by my side, Tee."

"Macam mana I sentiasa ada untuk you kalau you sendiri tak nak ada masa untuk I? han, we talked about this dah banyak kali. I end up taking the blame. I penat macam ni. benda akan berpusing kepada punca asal kita. That stupid clothe." Rengus Teeya.

PRANGGG! Teeya terkejut bila bunyi kaca pecah di dapur. Han turut sama toleh ke belakang.

"Bunyi apa tu?" Teeya jadi takut.

"Maybe kucing terlanggar pinggan kat belakang. Kejap." Han terus ke dapur untuk melihat cebisan kaca yang sudah berderai di lantai. Tanpa berlengah dia ambil penyapu dan menyapu bersih kaca-kaca itu.

"Bunuh..."

"Bunuh..."

"Bunuh!!!" kali ketiga suara itu bersuara, ianya sekana menjerit, membingitkan gegendang telinganya. Sakit! Han menggeleng. Mana mungkin dia bunuh Teeya.

Han buat tak tahu dengan suara itu. Setelah selesai, dia terus ke ruang tamu semula.

"I dah bersihkan kat belakang." Han ambil tempat di hadapan Teeya. Mata mereka bertentangan.

"Han, I rasa I nak balik. Tak guna kita berbincang lagi. Kita takkan jumpa jalan penyelesaiannya." Teeya sudah berkira-kira hendak bangun dari sofa.

"Teeya." Han memegang lengan Teeya, agak kuat.

"I still love you." Suara itu meruntun jiwa Teeya. Dasar perempuan lemah! Sebelah tangan Teeya meraup wajahnya.

Perlahan-lahan Han menarik lengan gadis itu untuk duduk semula.

"Dulu kita selalu kalau ada masalah, mesti confront to each other. Playing tose compliments game." Han senyum nipis. Secara tak sedar, Teeya juga tersenyum.

"Let's play that game." Cadang Han.

Jarum jam sudah berganjak ke angka 9 malam.


"Tapi Han.."

"Lets try to work this thing out. Kalau tak boleh juga, then I'll let you go." Usaha Han.

Teeya berfikir sejenak. Ah dia pun bukan nak sangat putus dengan Han. Bukan ada orang lain antara mereka atau rasa cinta berkurang. Hanya beberapa salah faham yang membuatkan mereka makin menjauh.

"Okay." Teeya akhirnya bersetuju.



"Your eyes." Kata Teeya selepas setengah jam bermain permainan puji-memuji ini. Han ketawa besar.

"My eyes? Kenapa?"

"Dia nampak innocent. Baik."

"Okay. I suka bila you tak lari dari masalah." Giliran Han memuji.

Teeya senyum. "I suka hubungan you dengan adik you, Hanani."

"I suka you dengan Bee. Happy aje berdua."

"I suka you dengan Wan."

"Oh damn, dah lama I tak contact dengan Wan. Mesti dia merajuk dengan I." Han baru teringat akan kawan rapatnya itu. Semenjak masing-masing mula kerja, mereka jarang luangkan masa ataupun berhubung.

"You better give him a call. Kalau tak, banyaklah gosip you dia tabur dekat Bee." Gelak Teeya.

Han sengih dan merenung lama wajah Teeya. Lagi lama dia merenung gadis itu, lagi jauh dia tenggelam ke dasar hatinya. Bila dia terlalu bersedih, terlalu emosi, dia hilang imbangan kewarasan minda. Dia hanyut seketika. Wajah yang diagung-agung tiba-tiba membuatkan dia jadi obses. Bola merah di dalam poket digenggam kuat.

"You tahu tak apa yang paling I suka dekat you?" pancing Han.

"Apa dia?"

"Muka you. I suka sangat-sangat dengan muka you." Jujur Han.

Wajah Teeya merona merah.

"You boleh tunggu sekejap tak?" tanya Han.

"Kenapa?"

"I ada benda nak bagi dekat you."

"Apa dia?"

"Adalah. Kejap." Han bangun dan segera masuk ke biliknya.

Beberapa minit kemudian, Han keluar dari bilik dengan bebola merah di hidung. Bibirnya tersenyum lebar.

Teeya ketawa melihat hidung itu. "You dah kenapa pakai hidung badut tengah-tengah malam macam ni?"

"You gelak, kan? Kelakar kan?" Han mendekati Teeya.

"Fine. Kelakar." Teeya angkat bendera putih. Mungkin sebab ini dia terlalu sayangkan Han?

"Tutup mata." Kata Han.

"Hm? Buat apa?"

"Tutuplah." Minta Han.

Teeya mula rasa pelik.

"Untuk apa ni Han?" Teeya bangun dari sofa bila Han sudah berkelakuan pelik. Senyuman lelaki itu kian menyenget dan seram. Jantung Teeya berdegup laju.

"Trust me." Ujar Han.

"Han, you creep me out."

"Do you trust me?" soalan itu diulang. Teeya terkebil-kebil. Dia tak tahu apa yang ada di dalam kepala Han. Lelaki itu mendekatinya perlahan-lahan membuatkan dia jadi tidak tentu arah.

"Han, I nak balik." Teeya cuba mengelak dan berganjak ke arah lain. Dia menapak laju ke pintu utama sebelum pantas disekat Han. Senyuman lelaki itu.. seperti bukan.. HAN.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 31, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Red NoseWhere stories live. Discover now