Malaysia

150 7 0
                                    

Selamat Hari Kemerdekaan saya ucapkan kepada semua readers di luar sana.Sempena hari yang special ini,saya telah publishkan satu part yang berkaitan dengan negara kita iaitu MALAYSIA.


1. Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai pulau di benua Asia dan sekaligus di kepulauan Malaka.

2."TUN" adalah gelaran senior pemerintahan dan tidak lebih dari 25 orang yang menerimanya.

3. Malaysia sebenarnya bermula dengan nama Tanah� Melayu yang merujuk kepada wilayah atau kepulauan di rantau ini. Namanya popular dikalangan pedagang-pedagang asing masa dulu sehinggakan nama Tanah Melayu dikenali dengan pelbagai nama seperti I-Tsing (di kalangan negara China, India dan Barat), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis)

4. Ruang gua yang paling besar di dunia adalah Gua Nasib Bagus yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak, yang mana boleh memuatkan sebuah kapal terbang Boeing 747-200.

5.Pada tahun 1136 Kesultanan Kedah merupakan kesultanan tertua di dunia.

6.Pada tahun 31 hb Ogos,1957 adalah hari Merdeka untuk Malaya daripada jajahan British tetapi Malaysia terbentuk melalui gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Singapura. Brunei menolak daripada menyertai gabungan tersebut. Namun, pada tahun 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia.

7. Malaysia pernah menjalankan eksperimen Latihan Khidmat Negara yang pertama pada 1962, semasa Konfrontasi Indonesia. Pada ketika itu, remaja yang berumur antara 21 hingga 28 tahun diwajibkan untuk menjalani selama 2 tahun. Lebih lama berbanding latihan sekarang ini.

8.Penang Free School adalah sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara yang didirikan oleh Rev. Sparke Hutchings pada tahun 1816.

9.Malaysia mempunyai lebuhraya sejauh 65,877 km. Ini merupakan jarak yang lebih jauh daripada lilitan bumi yang sejauh 40,075 km.

10. Panggung wayang mula beroperasi di Tanah Melayu pada tahun 1933 dengan tayangan filem Melayu pertama iaitu Laila Majnun. Filem ini dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah dari India. Filem ini diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical, yang berasal dari Bombay tetapi beroperasi di Singapura. Karya ini diadaptasi dari cerita cinta klasik rakyat Timur Tengah mengenai percintaan yang tidak direstui dan dipisahkan oleh keluarga masing-masing melalui watak Laila dan Majnun.

Fakta-fakta menarikWhere stories live. Discover now