Aira yang disolek itu dikerling . Aura pengantin baru dia lain macam , mana tak lainnya . Aira bukan main excited lagi nak tempuhi malam pertama ! Lepas akad nikah pegang Qayyum macam tak nak lepas, excited malam pertama katanya ! Qayyum pula yang segan . Haih, buruk betul perangai si Aira ni .
"Kau mengutuk aku ke ?," serkap Aira , aku tersenyum sumbing . Macam tau - tau je !
"Mana ada ," nafi aku walaupun terang - terang Aira tahu yang dia syok mengutuk dirinya .
"Tak ada lah sangat ! Pandang aku macam nak makan macam , tu pun nak nafikan lagi ?," terjengil mata Aira . Pahanya menjadi mangsa kutil Aira.
"Sakitlah bangang! ," aduku . Perit oi ! Tangan ke ketam minah ni ?
"Padan muka ! Cari pasal lagi, you not good in lie Fiya ," bahu aku ditolaknya pula . Ganasnya minah ni ! Aira ditenung . Geram pulak aku jadinya .
"Apa tengok - tengok ? ," berani Aira bertanya. Kaki aku disepaknya pula .
Ei , makin menjadi tau dia ni!
"Kau ni---- ,"
"Sayang ? ," seruan dari suami tercinta mengalih tumpuan aku dari membalas kembali perbuatan Aira .
"I'am here abang ," laungku . Malas nak bangun . Tak balas dendam dekat Aira lagi .
Aira mengajuk cara aku menyahut panggilan Asyraf perlahan . Dengki sungguh dia ni !
"What are you doing here, hm? Nak make up sekali ke , sayang? " soal Asyraf lembut , kepala aku diusapnya .
Aira menjeling . Aku tersengih kelat. Asyraf ni pun satu, nak bersweet pulak depan orang ni !
"Kalau ya ? ," dugaku.
"Better no , sebab isteri abang ni tak pakai make up pun dah selalu sangat cantik . Tambah - tambah lagi seri bakal ibu ," bisik Asyraf rapat ditelingaku namun dapat jua didengari Aira .
Aku tersenyum malu . Alah dia ni, apa sweet sangat harini?
"Eee , menyampah gila aku tengok merpati sejoli ni ," rungut Aira . Hei, makin tak sabar pulak nak jumpa Qayyum kejap lagi .
"Pedengki betul kau ni kan ? ," bidas Safiya bersahaja . Muka memang innocent je dipamirkan .
Asyraf ketawa perlahan . Haih, macam mana boleh jadi sahabat sejati dua orang ? Iyelah, asal jumpa je gaduh !
"Kau yang --- ,"
"Enough ! Bosan tau tak kak Edah dengar korang ni gaduh . Aira cuba hang duduk diam - diam boleh tak ? Ganas sungguh , comot kang make up ni salahkan kak Edah pulak , " bebel kak Edah , jurusolek berbayar yang diupah khas untuk Aira .
Aira mecebik . Safiya menjelir lidahnya . Padan muka !
"Sayang ," kalini Asyraf pula bersuara . Aku ketawa mengekek . Nak kacau sikit pun tak boleh .
"Asy, bawak bini hang ni keluaq . Buat serabut aku ja ," rungut Aira . Aku dijelingnya sekilas .
"Sayang , jom. Kesian Aira kang tak pasal - pasal depressed di hari berbahagia dia ni ," ajak Asyraf sekali gus memerli Aira .
Aira berdecit . Cis, bini laki ni sama je !
"Apapun , selamat menempuhi pahit getir seorang isteri dan bakal ibu , Aira . Walau apapun yang jadi , aku doakan kau kuat untuk tempuhi apa sahaja ujian yang kau bakal lalui. Dan jangan lupakan aku ya ," tubuh Aira dibawa ke dakapannya . Sedih sebab Aira dah jadi isteri orang ! Sama - sama ada tanggungjawab lepasni.
"Thanks Fiya . Kau sahabat dunia akhirat aku . Kau always ada dengan aku , walaupun kau dah kahwin dengan anak majikan aku yang kaya raya ni ," seloroh Aira. Tak mau sedih - sedih ni. Kang comot make up japgi kena leter dengan kak Edah lagi .
"Kau pun sama je Aira . Kau kawan yang stay dengan aku dari kecil sampai dah kahwin ni ,"
"Kita sisters right ? Always sisters sampai bila - bila. " air mata yang bertakung di mata , dikesat .
"Aku mintak maaf selama kita berkawan , aku banyak sakitkan hati kau. Tapi percayalah, semua tu untuk tunjuk kasih sayang aku untuk sahabat macam kau ni ," Safiya tersengih . Sebak juga sebenarnya tapi ditahankan sahaja . Tak mahu drama ini dilangsungkan lama . Kejap lagi Aira nak bersanding pula .
"Sisters hugs ? ," soal Aira nakal sebelum kami berdakapan kembali . Gelak ketawa kami memenuhi hari bahagia Aira .
***
"Sayang ? ,"
Safiya menoleh sekilas . Asyraf merapatinya . Letih sangat . Tetamu tak putus - putus datang dari pagi tadi . Macam majlis kahwinnya lagaknya.
"Okey ? ," lembut Asyraf bertanya . Peluh diwajah , dilap Asyraf menggunakan tisu . Berbunga jap hati ni .
Safiya tersenyum . Hilang letih tadi , selepas orang tercinta berada dekat dengannya .
"Okey. " kepala dilentokkan manja dibahu Asyraf .
"Dah makan ? ," soal Asyraf lagi . Jari jemari mereka disulam erat .
"Belum. "
"Sayanggggg, abang dah pesan banyak kali kan --- ,"
"Harini sayang nak abang suap sebenarnya . Boleh ? ," pintas Safiya laju . Mata dikerdipkan beberapa kali .
"Kenapa tak cakap awal - awal ? Tak perlu sayang skip makan ," lembut Asyraf bersuara .
"Abang lapar ," rengek Safiya pula . Asyraf tersenyum simpul , sebelum berjalan menuju ke bufet - bufet makanan .
Tersengih Safiya . Bestnya dimanjakan ! Kalau macam ni hari - hari , penuhlah hati ni cinta buat si suami yang caring plus sweet talker ni !
***
Hai uolss! Sory late update. Busy memanjang.
Jngan lupa untuk vote and selitkan sekali komen untuk part ni!
Bye. Doakan saya dipermudahkan segala urusan ya. Amin.
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...