24 0 3
                                    


Ayam tak patuk, itik tak sudu. Hani Safiya terjaga dari tidur yang lena. Tika malam, bunyi hujan membasahi bumi. Aku menatap langit yang mengeluarkan air-air kerahmatan.

Kini, aku di alam yang lain, lain daripada yang biasa. Namaku kini terpapar di hadapan pintu dan ini tidak pernahku impikan. Kejayaan demi kejayaan, kesanggupan demi kesanggupan, pengorbanan demi pengorbanan, akhirnya telah ku temui pengakhirannya.

"Hani, ayah harap anak ayah mampu banggakan ayah suatu hari nanti." Kata Encik Azman kepada anaknya, Hani Safiya.

Kini,kata-kata itu hanya terngiang-ngiang diingatannya.

"Ayah, Hani sudah berjaya. Hani harap ayah bangga dengan Hani walaupun ayah jauh disana." Kata-kata itu kini hanya mampu diucapkan di hadapan mahkam ayahnya.

"Hani sudah terlambat ayah! Hani minta maaf. Hani terlambat untuk berjaya." Hani Safiya meraung lagi.

Tiga tahun lepas, Encik Azman pergi meninggalkan dunia yang penuh dengan penipuan ini. Tika itu, mereka anak-beranak hanya tinggal di kaki lima. Kesunyian, kesedihan, kebimbangan dan ketakutan yang menyelubungi ketika itu.

Hani Safiya seorang gadis cerdik yang hidup penuh dengan kemiskinan. Berkaca mata bulat yang boleh membuat orang disekelilingnya merasa aura keyakinan dirinya, yakin itu kunci utama kejayaan.

Tiada kasih sayang dari seorang wanita atau ibu dalam hidupnya. Ayah adalah ibu, ayah adalah kakak, ayah adalah adik dan ayah adalah temannya tika suka atau duka.

Hani Safiya pulang ke terataknya, dimana bermulanya suatu permulaan kepada kejayaannya kini. Untuk 7 hari, misi demi mencari ibunya yang telah lama menghilang sejak dia di zaman persekolahan lagi.

Ibunya bukan hilang tetapi menjadi pampasan untuk "Ah Long" demi membayar hutang mereka sekeluarga. Ibu Hani Safiya sangguh menggadai nyawa demi keselamatan keluarganya.

Flashback 8 tahun lalu...

"Abang jaga anak kita." Kata terakhir yang diucapkan oleh Puan Rita kepada suaminya, Encik Azman sambil dibawa pergi oleh pekerja upahan "Ah Long".

"Ibuuu...!!!!" Hani Safiya hanya mampu meraung di sudut balkoni flat.

End flashback...

"Hani, kau betul-betul ke hendak cari ibu kau. Kau ingat lagi ke wajah dia?." Tanya Nor Syafni iaitu rakan baiknya.

"Ye betul, memang aku tidak ingat wajah ibu tapi aku ada gambar dia. Arwah ayah ada bagi sebelum dia pergi. Aku bolehlah guna untuk mencari ibu." Jawab Hani Safiya.

"Kalau ini keputusan kau, aku turutkan. Aku tolong kau cari ibu juga eh?." Nor Syafni mempelawa diri untuk membantu Hani.

"Terima kasih, kau lah kawan terbaik aku. Sebab inilah aku sayang kau." Ucap Hani Safiya ikhlas dari hatinya.

Detik ini, kita akan tahu yang mana satu sahabat dan yang mana satu musibat.

Nor Syafni, teman baik Hani Safiya sejak sekolah menengah lagi sehingga kini. Satu-satunya kawan yang menerima baik dan buruk Hani Safiya dari dulu hingga sekarang.

Hari pertama.

Hani Safiya berjalan di sepanjang bangunan yang menjadi tempat utama "Ah Long". Tiada apa-apa bukti yang dijumpai dari pagi hingga ke larut malam. Dia sanggup mengambil cuti seminggu untuk mencari ibunya yang dikasihi.

Hari ini berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hani Safiya tersandar kebingungan.

"YaAllah, dekat mana lagi harusku mencari ibuku. Engkau berilah petunjuk kepada hamba kecilmu ini." Keliru, keliru dan terus keliru yang dihadapi kini.

Hari kedua.

Kali ini, Hani Safiya pergi mencari ibunya bersama dengan rakan baiknya, Nor Syafni. Strategi mereka adalah bertanya kepada teman-teman lama ayah dan ibunya. Mungkin mereka mengetahui serba sedikit tentang ibu.

"Mak Cik Jamilah, bila kali terakhir mak cik jumpa ibu Hani?." Tanya Hani Safiya kepada rakan sekerja ibunya iaitu Puan Jamilah.

"Kali terakhir mak cik jumpa ibu Hani, 8 tahun yang lepas. Ketika itu Hani pun ada sekali dekat kedai makan tempat ibu Hani kerja itu. Itu kali terakhir mak cik jumpa dia." Terang Puan Jamilah.

"Mak cik kenal sesiapa yang tahu fasal ibu. Ibu dekat mana sekarang, dengan siapa, buat apa. Hani hendak cari ibu, Hani rindu pada dia." Sayu hati gadis Hani Safiya ini mengatakan kebenaran yang dipendam lama.

"Mak cik tidak tahu tapi mak cik ada juga dengar mulut-mulut orang yang bercerita tentang ibu Hani." Puan Jamilah memberikan satu lagi petunjuk kepada Hani Safiya.

"Siapa orang itu mak cik?." Tanya Nor Syafni yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Rakan-rakan sekerja ibu Hani yang lain." Jawab Puan Jamilah.

"Terima kasih mak cik. Hari ini juga Hani pergi tempat kerja ibu untuk bertanya. Terima kasih sekali lagi." Ucap Hani Safiya tanda menghargai.

Mereka berlalu pergi dari kediaman Puan Jamilah dan terus menuju ke kedai makan 'bersama' iaitu tempat kerja ibu Hani Safiya dahulu.

Hari kedua ini Hani Safiya mendapat pelbagai maklumat. Dia hanya tinggal untuk melaksanakan apa yang disuruh oleh kawan-kawan lama ibunya itu.

Banyak risiko yang akan berlaku jika dia tersilap langkah. Rupanya ibu Hani Safiya kini masih di dalam tahanan "Ah Long". Dia tidak boleh pergi kesana seorang diri, apatah lagi dia hanya seorang perempuan yang lemah. Tetapi apa yang mampu dia lakukan kalau tidak mengambil risiko ini.

"Nak ke tak nak, aku memang harus pergi tempat itu. Tapi, aku tak yakin yang aku berani pergi seorang diri. Aku buntu." Jujur Hani Safiya.

Untuk 7 hariWhere stories live. Discover now