Bungkusan coklat Beryl yang ketiga dibukanya pula .Munirah tak nak berhenti selagi coklatnya tak habis .Dia juga tidak mahu berkongsi dengan abang-abangnya itu .Biarlah aku makan sorang .Diorang pun tak bagi aku hadiah .Lebih-lebih lagi Abang Zawani .Munirah pun nak jugak hadiah apa yang Abang Ainuddin dapat ! .Gigitannya dipercepatkan .Menandakan dia geram dengan mereka .
"Munirah ,nak ikut abang pergi jalan-jalan tak ? ."Ajak Zawani .Dia meletakkan badan Munirah di atas riba kakinya .Namun ,Munirah cuba menepisnya .Zawani mengeratkan lagi pelukkannya .Budak sorang ni lah kan .Aku sendiri tak tahu kenapa dia macam benci kat aku .
"Abang pergi soranglah .Munir nak makan coklat ."
"Amboii .Sombongnya .Macam ni lah ,abang sebenarnya keluar dengan sorang kakak cantik ni .Abang nak kenalkan dia pada Munirah .Sebab tu Munirah kena temankan abang ."Kakak cantik ? .Princess Elsa ke ? .Tu jelah Munirah yang boleh fikir .Banyak-banyak watak animasi ,cuma Puteri Elsa je yang dia tahu .
"Nak tak ? .Kalau nak,abang tunggu dekat ruang tamu ."
"Abang belikan coklat tak ? ."Zawani cepat-cepat angguk .Payah ni kalau aku tak angguk .Karang dia tak nak ikut .Munirah turun daripada katilnya .Kemudian , dia mencapai sepasang baju kurung hijau serta tudung bawal crepe merah jambu .
***
"Ni adik bongsu saya ,Munirah."Munirah bersalaman dengan Irisyah .Irisyah terpaku dengan kecomelan Munirah lalu dia turut menyambut huluran tangan kecilnya .
"Assalamu'alaikum ,Kakak .Saya Munirah ."
"Waa'alaikumusalam .Comelnya kamu !.Umur dia berapa ,Zawani ? ."Irisyah masih lagi memegang tangan Munirah .Seolah-olah dia sudah dijampi .
"Umur dia 12 tahun .Tahun ni dia ambil UPSR ."
"Ohh....dah nak UPSR lah dia ! .Belajar rajin-rajin ya ?.Kalau adik dapat 5 A,akak belanja Munirah .Nak ? ."
"Nak ,nak ! .Munir nak coklat 3 keping ."
"Munirah ! ."Pandang Zawani beralih pada Munirah .Irisyah bingung .Apa masalahnya ? .Dia minta coklat je .Bukan minta benda lain .
"Ke...kenapa ? ? ."
"Tak ada apalah .Jom ,kita pergi sana ? ."Jari tulunjuknya ditujukan pada sebuah butik pakaian tradisional .Irisyah mengangguk .
"Jom,Munirah ! ."Seukir senyuman diukir buat Munirah .Zawani pula merah padam melihatnya .Ouh Tuhan ! .Senyuman dia langsung tak berubah .
***
Coklat putih jenama Galaxy dikunyahnya Munirah .Dia tidak mempedulikan Zawani dan Irisyah yang tengah berseronok memilih pakaian di dalam butik .Bangku didudukinya juga kian terasa panas .Mungkin dia terlalu lama dia duduk di situ .Fikirnya .
"Adik ...adik suka makan coklat ke ? .Kebetulan abang pun ada coklat ."Munirah mendongakkan kepalanya .Dia ternampak susuk badan lelaki yang tidak dikenalinya .Bukan Abang Ainuddin .Abang Ainuddin kerja luar .Lusa baru balik .
"Abang tanya ,adik suka coklat ? .Kalau nak ,abang boleh bagi .Tapi ,adik kena ikut abang dulu ."Kepingan bar coklat buah dihulurkan lelaki tersebut .Munirah ragu-ragu menerimanya .Nampak sangat pemberian coklat itu seperti mahu menculik .
"Saya...saya tak boleh ambil .Abang Munir cakap ,Munir tak boleh ambil daripada orang yang bukan keluarga kita ."
"Macam tu rupanya .Hurmm...biar abang fikir .Abang nak bagi coklat ni .Sayang lah kalau adik tak nak ."
"Kalau Munir nak boleh ? ."
"Boleh tu boleh .Tapi kena ikut abang dulu ."
"Okey ."Munirah bangun daripada bangku .Dia mengikut langkah lelaki tidak kenali tersebut tanpa dia sedar dia sudah terlupa dengan Zawani dan Irisyah yang masih berada di dalam kedai .
YOU ARE READING
Adik abang suka makan coklat
Novela JuvenilHari-hari Munirah makan coklat .Tak kisahlah coklat gelap ,coklat putih,biskut coklat semua dia makan .Abangnya,Ainuddin mula risau akan keadaan adiknya yang makan coklat melebihi kuantiti biasa .