Sebelum mereka berdua ke Taman Rama,Mimi meminta Zulfaq membawanya ke kedai roti Makcik Gayah.Dia mahu memberitahu bahawa dia sudah tidak bekerja di situ kerana telah mendapat kerja tetap di sebuah hotel.
Agak berat hati dan sedih juga apabila terkenangkan kembali kenangan manis semasa bekerja di situ.Banyak pengalaman yang di terimanya semasa bekerja di bawaj arahan Makcik Gayah.
Dia pasti akan merindui para pekerja disitu,termasuklah makcik Gayah.Mimi sudah menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.
"Halalkan segala makan,minum dan ilmu yang telah makcik berikan pada Mimi.Mimi nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa atau bergurau kasar sehingga makcik terasa.Terima kasih sangat makcik kerana telah banyak ajar Mimi dan tak pernah kedekut kongsi ilmu."kata Mimi.
"Mimi tak ada salah apa pun.Segala ilmu yang makcik curahkan kepada Mimi adalah ikhlas dari makcik.Makcik doakan semoga suatu hari Mimi pun dapat buka sebuah kedai roti yang maju!"
"InsyaAllah...i love you makcik!"kata Mimi.Dia memeluk erat makcik gayah.
"I love you too jugak!"balas makcik Gayah.
Haikal bersembunyi di sebalik dinding.Hatinya sakit apabila melihat Zulfaq menemani Mimi ke kedai roti itu.Benarkah mereka saling mencintai?Apa tiada lagi peluang kedua buat dirinya?
Inilah balasan untuknya.Dahulu,dia meninggalkan Mimi sesuka hatinya.Dia membiarkan hati Mimi dilukai begitu saja tanpa memikirkan perasaan gadis itu.Sekarang,dia pula mahu kembali pada Mimi walaupun dia amat sedar bahawa untuk mendapat peluang kedua dari Mimi adalah tipis tambahan pula dengan kehadiran Zulfaq.Namun,dia tidak akan sesekali berputus asa untuk mendapatkan Mimi.
Matanya menumpukan ke arah Mimi dan Zulfaq yang sedang berjalan menuju ke arah kereta Zulfaq.Haikal segera mengekori mereka.Setelah kereta itu bergerak,Haikal mengikuti kereta itu dari belakang.Zulfaq perasan akan sebuah kereta yang mengikuti keretanya terlalu rapat.Zulfaq terpaksa memberhentikan keretanya apabila kereta tersebut menghalang laluannya.Apabila melihat gerangan yang keluar dari kereta tersebut,Zulfaq memandang Mimi.
"Awak!Saya mahu awak pilih antara saya atau Zul sekarang juga!"tegas Haikal.Dia tidak mahu tertunggu-tunggu lagi.
"Haikal!Awak jangan buat hal lagi!Malu lah !Kita ada di tepi jalan ni."
"Saya tak kisah!Awak kena pilih sekarang juga!Atau..."
"Atau apa?!"
"Atau awak akan saksikan sendiri depan mata awak saya akan mati disini juga!"kata Haikal.
"Haikal!Sudah lah!"
"Haikal..jangan buat perkara bukan-bukan."kata pula Zulfaq.
"Kau jangan masuk campur lah!Sebab kau lah aku jadi macam ni!Kau rampas dia dari aku!"
"No!Zul tak rampas saya dari awak!Awak jangan nak menuduh tanpa ada bukti!"
"Bohong!"Haikal yang seperti hilang arah cuba untuk menolak tubuh Zulfaq ke tengah jalan namun Mimi menghalang dan menyebabkan dia terjatuh.Kepalanya terhantuk kuat pada jalan tar.
Mimi antara tidak sedar dan sedar.Kepalanya berasa sakit yang amat.Darah pekat mula mengalir.Dia berasa seolah-olah dirinya melayang-layang dan akhirnya matanya tertutup.
"Mimi!"kata Zulfaq dan Haikal serentak.
✨
"Macam mana boleh jadi macam ni?!"marah Annisa.Dia agak kecewa dengan Zulfaq dan Haikal.Annisa memandang geram ke arah Haikal.
"Kau kenapa hah?!"
"Aku...aku nak tolak Zul.Tapi Mimi halang dan aku tertolak dia.Aku tak sengaja..."kata Haikal.Dia sungguh menyesal.
"Kalau jadi apa-apa pada dia,aku takkan maafkan kau!"
Seorang doktor wanita yang bernama Rozie keluar dari dalam wad kecemasan.
"Macam mana keadaan Mimi?"tanya Haikal.Dia sangat risau dengan keadaan Mimi.
"Dia dalam keadaan stabil.Jadi,cik semua sudah boleh tengok dia.Cuma,dia minta saya bagitahu cik berdua untuk masuk berjumpa dengannya."kata doktor Rozie itu.
"Baiklah."
Haikal dan Zulfaq masuk ke dalam wad tersebut.Mereka berdua melihat Mimi yang sedang terlantar di atas katil.
"Awak...saya minta maaf.Saya tak sengaja.Saya tak dapat kawal emosi saya.Maafkan saya."rayu Haikal.Mimi langsung tidak memandang wajah Haikal.
"Saya sangat kecewa dengan awak,Haikal.Kenapa awak berubah sampai jadi macam ni?Semua orang ada sikap cemburu,tapi tak seteruk awak.Kalau awak tak pandai kawal emosi,macam mana kita mahu berkahwin?Saya tak mahu nanti disebabkan sikap cemburu awak tu membuatkan saya terseksa.Saya tak mahu awak pukul saya bila perasaan cemburu awak datang.Saya mahukan seseorang yang mepercayai saya dan memahami saya.Apa yang awak buat sekarang benar-benar membuatkan saya berasa takut.Saya serik.Saya tak mahu kehidupan silam saya berulang.Cukuplah..saya tak mahu terseksa.Haikal..,saya minta maaf.Saya pilih Zul.I am so sorry.."kata Mimi.Tiap kata yang keluar dari mulut Mimi menyebabkan air mata Haikal mengalir.
"Tiadakah sedikit pun sayang dan cinta di dalam hati awak untuk saya?"tanya Haikal.
Mimi menggeleng.Padahal,sebenarnya dia masih sayangkan Haikal.Cuma dia kecewa dengan sikap Haikal.
"Apa tiada peluang kedua untuk saya?"
Mimi menggeleng.Dia memandang Zulfaq.
"Kalau ini keputusan awak.Tak mengapalah.Saya sedar ni semua salah saya.Saya minta maaf.I love you so much."kata Haikal.Dia menyapu air matanya dan keluar dari wad itu.
"Awak sudah fikir masak-masak?"tanya Zulfaq.Mimi hanya mengangguk.Dia berasa amat tertekan dengan keadaan kini.Haikal yang memburukkan keadaan.Mimi yakin dengan pilihannya.Dia yakin Zulfaq mampu membahagiakannya.Ya,dia yakin...
YOU ARE READING
Cinta Luar Biasa✨
RomanceBercinta di zaman sekolah dan masih muda ketika menyulam cinta tidak pernah dijangkakan oleh Mimi dan Haikal.Malah,mereka juga tidak menyangka akan berpisah!8 tahun tidak bersua muka dan akhirnya mereka ditemukan di dalam suasana yang mereka tidak p...