Part 15

165 24 2
                                    

Tajuk: The Right Guy For Me (S2)
By: Ed'Lynn Vee

Part 15

Ann aka Riss

"Maafkan saya Riss, saya tiada niat mau tipu ko." bilang Ed.

Saya tidak peduli dengan cakap Ed, saya masih memikirkan keadaan Renn yang masih tidak sedarkan diri semasa dia dimasukkan ke dalam ambulan tadi.

Saya dan Ed sedang mengekori ambulan itu. Tiba-tiba saya rasa sakit dibahagian bawa perut, macam dicucuk-cucuk saja. Makin lama sakit dia makin bertambah, sampai saya rasa ada cecair mengalir dicelah kaki saya. Apabila saya melihat tempat duduk saya, ada darah saya nampak. Masa itu juga saya rasa pening terus perlahan-lahan saya rebah dan tidak sedarkan diri sudah.

Suara Ed memanggil nama saya mula saya dengar tapi perlahan sahaja, makin lama makin jelas tu suara dia. Bila saya buka mata, rupanya saya dihospital sudah sedang terbaring di katil. Ed balik-balik cakap kuatkan hati saya tapi saya tidak faham apa maksud dia tu. Belum saya sempat tanya Ed, doktor tiba-tiba masuk.

"Puan Ann. Macam mana keadaan puan?" tanya tu doktor sambil belek-belek kertas dia pegang.

"Ok doktor, saya masih pening kepala tapi saya ok. Suami saya macam mana doktor?"

Tu doktor tengok saya baru dia mengeluh. Ed pun saya tengok, sedih saja muka dia macam ada sesuatu yang dorang belum bagitahu saya.

"Suami saya doktor, saya mau tau keadaan suami saya?"

"Suami puan kami sudah bedah, mujurlah luka di perut suami puan itu tidak kena pada organ yang penting tapi..." tu doktor terus berhenti bercakap, buat saya penasaran saja.

"Tapi apa doktor?" tanya saya lagi.

"Saya harap puan tolong bertenang dulu. Macam ni, suami puan sekarang sedang koma. Akibat hentakan pada kepala dia tu mengakibatkan ada darah beku didalam otak encik Renn. Kami akan cuba sedaya upaya menyelamatkan suami puan tu, yang selebihnya kita berdoa sahaja." terang tu doktor.

Terus saya pening kepala dengar cakap tu doktor. Saya baru mau berdiri, tiba-tiba badan saya rebah diatas lantai membuatkan Ed cepat-cepat menyambut badan saya dan dia baringkan badan saya di atas katil semula.

"Riss tidak boleh jalan mana-mana sekarang. Riss baru saja... " Ed terus diamkan diri.

"Saya kenapa Ed?" tanya saya tapi Ed tetap diamkan diri.

Edward!!!

Saya tekankan suara saya sampai Ed terkejut apabila saya tinggikan suara saya.

"Puan Ann baru saja keguguran, harap puan bersabar dan kuatkan hati." sampuk tu doktor.

"Sa... Sa...Ya.. Keguguran, tidak mungkin." saya pegang perut saya

Ahhhh.........

Saya teriak sepenuh hati lepaskan beban di hati saya, Ed cuba dekat dengan saya tapi saya marah dia.

"Semua ni salah ko Ed, kalau ko tidak muncul pada mulanya semua ni tidak akan terjadi." kata saya diiringi dengan air mata yang mengalir.

"Riss, maafkan saya. Saya tiada..." belum habis Ed bercakap, saya potong cakap dia.

"Baik ko pergi dari sini Ed, sebelum saya hilang sabar dengan ko."

Riss...!!!

"Pergiii...!!!" bentak saya.

Ed mula melangkah meninggalkan saya sendiri situ bilik. Sebelum dia hilang di sebalik pintu, dia sempat menoleh melihat saya tapi saya pusingkan kepala melihat tempat lain.

Saya cuba berdiri walaupun kepala saya masih pening, saya cuba juga berdiri. Saya melangkah menuju di pintu, masa itu juga ada nurse masuk bilik saya. Dia terkejut melihat saya sedang berdiri depan dia, dengan cepat dia mengambil kerusi roda dekat pintu dan suruh saya duduk diatasnya.

"Puan pergi mana ni?" tanya tu nurse pada saya.

"Saya mau jumpa suami saya, tolong bawa saya jumpa dia." pinta saya.

Tu nurse tanya nama Renn, saya bagitaulah nama penuh suami saya lepas itu dia pergi depan tanyakan mana bilik Renn mungkin. Tidak lama lepas tu dia tolak kerusi roda saya bawa saya masuk satu bilik. Bila tu pintu dibuka, saya melihat Renn sedang terbaring dengan ada hos dimasukkan didalam mulut dia. Luluh hati saya melihat keadaan dia macam tu. Tu nurse tinggalkan saya sendiri sana bilik.  Saya dekatkan diri pada Renn terus memegang tangan dia.

"Sayang bangunlah, Ann ada sini sudah. Maafkan Ann, Renn. Saya tidak menjaga anak kita dengan baik sampai Ann kehilangannya." kata saya dengan airmata mula mengalir.

Saya mengusap kepala Renn lalu mengucup dahi dia. Saya terkedu apabila melihat airmata Renn mengalir sendiri, walaupun dia sedang koma tapi dia macam boleh mendengar kata saya tadi dan turut berduka bersama dengan saya. Saya terus memeluk tubuh Renn dengan erat.

****************

Edward

Saya kasihan betul dengan Riss apabila doktor bagitau saya yang dia keguguran. Sampai saat doktor bagitau sendiri dengan Riss, situ lah dia mula hilang kawalan. Dia berabis salahkan saya atas perkara yang menimpa diri dia dan suaminya. Saya terkesan juga dengan kata-kata Riss tapi saya tau dia tertekan sekarang jadi saya terima sahaja.

"Encik Edward."

Saya tersedar apabila ada seseorang sedang memanggil nama saya. Saya menoleh ke arah suara itu, Encik Rian memandang saya sambil tersenyum.

"Oh! Encik Rian. Apa yang encik buat disini?"

"Saya cuma nak ucapkan terima kasih sebab sudi berkerjasama dengan pihak kami masa serbuan penculikan puan Ann tapi malangnya kami tidak berjaya menangkap penculik itu. Kami sedang mencari dia sampai dapat."

"Oh memang itu tanggungjawap saya untuk menolong pihak tuan. Saya harap dia akan ditangkap cepat."

"Kami pun harap begitu juga. Bahaya bagi puan Ann jika tu penculik masih diluar sana, bila-bila masa saja dia boleh bertindak diluar jangkauan."

"Saya nak Riss dan suaminya dapat perlindungan 24 jam. Boleh tuan bantu aturkan untuk saya?"

"Sudah tentu saya akan bantu dan pastikan mereka selamat."

"Terima kasih tuan."

"Sama-sama encik Edward. Oklah saya balik dulu, apa-apa nanti call saya saja."

"Ok Encik Rian."

Kami berjabat tangan, encik Rian berjalan meninggalkan saya disitu. Saya terus teringat masa saya dapat call dari Marko, sebenarnya dia mau saya ikut sama dalam rancangan dia tapi saya tidak mau dan terus bagitau polis. Encik Rian menyuruh saya menyamar untuk berkerjasama dengan Marko tapi yang buat saya terkejut, Jeff pun ada disitu.

Saya melangkah menuju ke arah bilik. Sebelum saya memusing tombol pintu, saya nampak Riss sedang duduk, kepala di atas katil sedang memegang tangan Renn. Saya tidak jadi masuk, saya terus keluar dari tu hospital dan balik di rumah.

Saya baru saja sampai dirumah, saya ambil kunci mau buka tu pintu, saya perasaan pintu rumah terbuka sedikit. Saya perlahan-lahan masuk kedalam dan melihat sekeliling, namum tiada tanda-tanda dimasuki pencuri. Saya labuhkan punggung duduk disofa. Saya baru lelapkan mata.

"Good job Edward."

Tiba-tiba ada suara di belakang saya. Bila saya berpaling, saya melihat dia sedang tersenyum jahat memandang saya sambil memegang pisau di tangannya.

To be continued.

The Right Guy For Me(S2) CompletedWhere stories live. Discover now