Zain Amsyar terpaku melihat buah anggur yang bergantungan di pergola sepanjang Jalan Westline. Matanya terhenti apabila teksi yang dinaiki berhenti betul-betul dihadapan pagar Westline Vineyard and Resort. Layanan mesra para pekerja membuatkan Zain Amsyar yakin, Westline Resort adalah tempat yang sesuai untuknya bercuti.
Setiap pemandangan cuba disimpan di dalam memori. Nikon DSLR ditarik keluar lalu dia mula merakam beberapa keping gambar.
“Should bring them to here too.” Ingatannya melayang teringat akan rakan-rakannya yang sekelapa dengannya. Yang suka mengembara tanpa mengira risiko.
Tanpa Zain Amsyar sedar, setiap tindak tanduknya dipantau oleh seseorang.
“Orang luar. Dari mana ea?” Edlyn Athaleta memandang Theo di pembantu di sebelah.
“Alamin cik.” Theo setia menemani si gadis dari tadi.
“Should we test him? Theo?” Theo hanya menjawab soalan cik mudanya dengan senyuman.
**
Zain Amsyar membersihkan diri setelah seharian penat berjalan disekeliling Westline Resort. Westline Resort yang terletak di Forbidden City itu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas cuacanya. Sedang-sedang, sesuai untuk berehat dan bercuti.
MacBook Pro dikeluarkan daripada beg sandang Lacoste miliknya. Beg pemberian bekas teman wanitanya masih disimpan sehingga hari ini. Satu persatu gambar dipindahkan daripada Nikon DSLR miliknya menggunakan portable USB.
Gambar seorang gadis berbaring di atas buaian gantung ditenungnya. Namun sayangnya, wajah gadis itu tidak kelihatan kerana ditutupi oleh topi koboi gadis itu. Dalam diam, dia menyimpan hasrat untuk bertemu lagi dengan gadis misteri itu.
Ingatannya melayang kembali mengingatkan tragedi di ladang anggur tadi. Secara tiba-tiba langkahnya diikat oleh batang anggur yang menjalar. Bulu tengkoknya meremang apabila terdengar seolah-olah ada yang mentertawakannya.
Edlyn Athaleta menguntum senyum disebalik topi koboi yang dipakai. Seronok melihat manusia itu diujinya untuk mengenal pasti tahap kejujuran dan ilmu jejaka itu.
**
Edlyn Athaleta mengubah kedudukan pasu bunga kesayangan menggunakan kuasa yang dimilikinya.
“Cik, tiba masa untuk meronda sekeliling resort.” Sarung tangan yang digunakan semasa berkebun ditanggalkan.
Sekelip mata, dia bukan lagi Edlyn Athaleta, namun Edlyn Athaleta telah berubah menjadi seekor rubah putih. Theo si pembantu turut mengubah bentuk menjadi seekor rubah merah.
Dilahirkan menjadi salah satu makhluk suci bangsa Soren menjadikan hidup Edlyn Athaleta tidak seindah manusia biasa. Ditambah dengan tanggungjawabnya sebagai penjaga alam yang kadang-kala membuatnya berasa ingin menjadi manusia sepenuhnya.
Theo si pembantu turut merupakan makhluk suci bangsa Soren. Mereka adalah antara makhluk suci bangsa Soren yang masih tinggal di kawasan manusia. Menjadi makhluk berumur panjang dan mampu berubah dalam pelbagai bentuk menjadikan mereka sangat susah bergaul dengan masyarakat biasa.
Malah menjadi tradisi penduduk Westline, setiap tahun, upacara untuk meraikan Bangsa Soren dilakukan kerana Bangsa Soren dipercayai mampu melindungi dan memberikan kebahagian kepada manusia. Laju dua ekor rubah itu melompat dan berlari dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
**
Zain Amsyar terkejut melihat keadaan resort yang meriah dengan patung rubah putih.
“Excuse me, semua ni untuk apa ea?” bahu pekerja resort itu dicuitnya. ‘Elma.’
“Ouh… Hari ini, adalah Soren Day. Soren Day disambut untuk meraikan makhluk suci bangsa Soren yang banyak membantu dan menjaga kawasan Westline dan penduduknya. Dengarnya, makhluk suci itu hanya akan memunculkan diri setiap 20 tahun sahaja.” Kening double jerk dihadiahkan kepada si tetamu yang bertanya.
“Haa… tu Cik Edlyn Athaleta, pemilik resort ini. Keluarganya merupakan orang yang disegani di sini kerana kononnya mereka berasal daripada suku terakhir bangsa Soren. Entahlah.” Elma menunjukkan jarinya ke arah Edlyn Athaleta yang sedang berjalan dengan Theo.
Zain Amsyar merenung lama ke arah gadis yang dikatakan keturunan terakhir bangsa Soren itu.
**
Edlyn Athaleta menarik nafas panjang. Perlahan dia mengarahkan bunga seri pagi dan buah anggur yang berdekatan untuk membentuk pagar meninggi bagi menhalang manusia biasa melihatnya mengubah bentuknya.
Zain Amsyar terkejut melihat seekor rubah melompat keluar dari kawasan semak berdekatan. Beberapa keeping gambar rubah putih itu sempat dirakamnya sehinggalah Theo datang merampas DSLR kesayangan.
“It’s forbidden to take picture of that white foxy before the ceremony. Please, sila tinggalkan kawasan ini dan kembali ke main hall resort.” Theo mengiring lelaki itu menjauhi tempat persembunyian Edlyn Athaleta.
Dengan berat hati Zain Amsyar mengikut langkah Theo menjauhi kawasan itu. Namun, beberapa keeping gambar kawasan yang dipercayai Heart Garden sempat diambil menggunakan telefon bimbitnya. Pantas gambar-gambar itu dihantar kepada Panglima Lucifer yang menantinya di pusat bandar Forbidden City.
**
Perayaan Soren berlangsung dengan meriah. Setiap tetamu Westline Resort dihadiahkan patung rubah putih. Zain Amsyar terkejut apabila rubah putih yang dilihatnya semalam berada betul-betul dihadapannya. Perlahan rubah putih itu menjelma seorang gadis dihadapannya.
“Cik Edlyn.” Edlyn Athaleta memberikan senyuman manis kepada jejaka dihadapannya.
“Ea Zain? Terkejut?”
“How?”
“It’s a secret.”
Edlyn Athaleta memperlawa jejaka itu mengikut jejaknya. Langkah di atur menuju ke Heart Garden.
“Ni kan, Heart Garden. Macam mana kita boleh masuk sini?”
“Interesting, bagaimana awak tahu kewujudan Heart Garden ni?”
“Kawan saya, Wazif yang cerita. Heart Garden ini katanya mitos yang sangat cantik.” Edlyn Athaleta tersenyum mendengar pernyataan Zain Amsyar.
“Ouh.”
“Permata Hitam sakti tu sebenarnya wujud tak?”
“Dengarnya hanya dongengan, namun ada yang berkata permata itu hanya menampakkan dirinya kepada golongan yang benar-benar jujur En Zain. Berminat ke?”
“Nak tengok sahaja permata yang menjadi rebutan pemimpin-pemimpin dunia.” Edlyn Athaleta menangkat kening kirinya. Isyarat mata diberikan kepada Theo untuk memeriksa identiti sebenar jejaka itu.
**
Keadaan di Westline Resort berubah menjadi kacau bilau. Edlyn Athaleta hanya memerhati dari kejauhan. Tentera Diraja Xerox datang lagi. Habis tanaman penduduk dimusnahkan. Tujuan mereka hanyalah untuk mencari Heart Garden yang dipercayai mempunyai berbagai barang berharga.
Panglima Lucifer mengarahkan seluruh kawasan Westline Resort dimusnahkan. Theo disebelah sudah menggenggam buku lima. Wajah Edlyn Athaleta dipandang. Gadis itu kelihatan tenang. Ketenangan gadis itu diragut apabila Zain Amsyar mendedahkan kedudukan Heart Garden itu untuk menyelamatkan dirinya daripada dibunuh.
“No human can be trusted.”
“Seem you are right, Theo.” Nafas panjang dilepaskan. Tumbuhan menjalar disekelilingnya mula bergerak menyerang tentera diraja Xerox. Biarlah emas yang diambil daripada permata hitam yang diambil. Permata yang dipercayai mampu membuat pemakainya kebal daripada kematian dan mampu menyembuhkan itu adalah harta paling tidak ternilai bangsa Soren.
**
Theo menjatuhkan tentera diraja Xerox dengan memanipulasikan air terjun berdekatan. Edlyn Athaleta masih lagi cuba untuk mengalahkan Panglima Lucifer tanpa menggunakan sebarang kuasa yang dimiliki. Satu tikaman tepat mengenai dadanya. Perlahan Edlyn Athaleta berpaling ke belakang.
“Cik Edlyn Athaleta” jeritan Theo kedengaran sayup.
Edlyn Athaleta terbaring di tanah. Theo mendapatkan Edlyn Athaleta. Kepala gadis itu dipangkunya.
Zain Amsyar senyum melihat keadaan Edlyn Athaleta yang semakin tenat. “Kau.”
“Jangan muda percaya dengan orang luar cik Edlyn Athaleta. Tak sangka pulak saya cik Edlyn Athaleta cepat percaya dengan orang luar yang kelihatan polos dan lurus.”
Edlyn Athaleta tersenyum. Tanpa Zain Amsyar sedari, dia sudah lama tahu akan identiti sebenar jejaka itu. Makhluk suci bangsa Soren mempunyai kelebihan untuk sembuh sendiri daripada sebarang kesakitan yang dialami.
“Putera Xerox. Pertama Hitam itu sebenarnya tidak pernah wujud. Sekadar dongengan bangsa Soren. Manusia yang tamak pangkat dan kuasa, jatuhlah didalam kegelapan yang tiada penghujungnya.” Dengan lemah, Edlyn Athaleta mengenakan sihir terkuatnya ke atas Zain Amsyar dan tentera diraja Xerox.
Setiap akar-akar pokok mula membelit tentera Xerox. Kesemua tentera Xerox dibuang ke dalam gaung yang terbuka. Zain Amsyar yang cuba melarikan diri disambar oleh burung Pheonix merah lalu dilempar ke dalam gaung gunung berapi berdekatan.
Perlahan dengan bantuan Theo, Edlyn Athaleta mengembalikan Heart Garden dan Westline Resort menjadi seperti sedia kala.
**
“Theo, tugas kita di sini sudah selesai. Permata Hitam sudah dibawa pulang ke Soren oleh Bernadette dan Zeroun tadi.” Theo mencapai jemari Edlyn Athaleta. Jemari gadis itu dicium perlahan. Tanda kasih dan sayang kepada puteri bangsa Soren itu.
“Kita masih perlu mencari lagi 6 permata yang lain untuk dibawa pulang ke Soren. Padah jika permata sakti itu jatuh ke tangan manusia yang tamak.”
“Manusia tidak boleh dipercayai Theo.” BMW S1000R menjauhi Westline Resort dan Forbidden City. Bayangan si penjaga alam semakin hilang meninggalkan Forbidden City.
YOU ARE READING
Divine Creature
FantasyBagi manusia hanya mereka yang berkuasa sedangkan terdapat makhluk lain juga yang mampu menyaingi mereka. Mereka golongan yang Istimewa. asal dari kepulauan berdekatan australia, mereka diamanahkan menjaga batu permata yang boleh menjadi penyelamat...