Pov Ethan
Selesai sesi potong kek, aku membawa Aurel keluar daripada dewan. Tinggallah staf-staf ED Legacy menikmati sedikit sebanyak kek sempena hari jadi Aurel. Tengah hari nanti mereka akan menikmati makanan tengah hari percuma.
Dua minggu Aurel bermasam muka dengan aku bukan sehari dua dan bagi aku dua minggu tu ibarat dua tahun. Sangat seksa sebab aku tak boleh bermanja dengan dia, dia tak bermanja dengan aku, perangai manja dia, gelak tawa dia dan banyak lagi. Seksa bro!
Aku buat keputusan untuk ambil nasihat daripada along dan along bagi cadangan pada aku supaya jangan layan merajuk dan makan hati dia tu. Kena tegas, kalau boleh marah dia. Marah je. Tapi selepas itu, buat kejutan yang dia pun tak boleh bayangkan macam tadi."Sampai bila nak friendzone abang? Dah buat surprise macam tu pun masih lagi dingin dengan abang..."
Tegur aku bila keadaan dalam kereta senyap. Dan Aurel hanya duduk membatukan diri sampai seat belt pun dia tak nak pakai.
"Saya nak....nak tangan abang." Dia memandang aku dengan air mata mula bergenang dipipi. Sudah!
Aku perlahan-lahan menghulurkan sebelum itu aku memberhenti kereta di bahu jalan.
"Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tolong ampun segala dosa saya. Saya bukan yang terbaik untuk abang."
"Allah! Sayang jangan cakap macam tu. Abang akui kadang-kadang abang yang mulakan bukan sayang. Bila abang yang mulakan sayang akan terasa hati. Bukan salah sayang. Abang maafkan seikhlas hati abang. Sayang adalah yang paling terbaik pernah abang ada dalam dunia ni."
"Hadiah mana?" Dengan mata merah lepas menangis minta hadiah. Aku tersenyum. Perang dingin kami selesai.
"Ada kat rumah."
Dia buat muncung sedepa.
"Abang tak tahu pulak yang abang ni kahwin dengan cencorot."
"Awak ni..."
Dapat satu cubitan di peha.
"Dah laa tak nak merajuk. Sekarang kita pergi rumah umi dengan abah. Diorang dah lama tunggu."
Dengan segera dia memakai seat belt. Pandai! Masa merajuk bengap! Tak reti nak pakai.
******
Keadaan dalam rumah agak meriah dengan kehadiran saudara mara sebelah Aurel dan tidak lupa juga keluarga angkatnya dari penang. Baru sampai along ambil di lapangan terbang tadi. Lega bila Aurel Fatiya tersenyum lebar dengan kehadiran insan-insan tersayang.
Rancangan aku dengan along tak sia-sia. Menjadi seratus peratus. Along memang abang yang terbaik. Aku kena jadi lagi terbaik sebab aku suami dia.
Selesai sesi membawang, peluk cium semua tu. Kami beredar. Aurel Fatiya cakap dia tak sabar nak tengok hadiah yang bakal aku berikan padanya. Umi dengan mak mengeleng kepala. Aku hanya tersenyum. Nama pun budak.
*****
"Awak....hadiah?"
Aku baru tanggal butang baju.
"Bagi abang mandi dulu boleh?"
Aurel mengeleng kepala.
"Please..."
"Okay2."
Aurel turun dari katil. Muka teruja tadi sudah hilang. Rasa bersalah pulak.
Aku mengambil tuala mandi lepas tu masuk bilik air dengan pantas. Nanti merajuk sungguh. Susah aku nak pujuk.
Tak sampai 10 minit, aku keluar dan Aurel telah siap memakai baju tidur comelnya sambil meniarap atas katil.
"Sayang dah mandi?" Tanya aku untuk kepastian. Wangi semacam je.
YOU ARE READING
Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]
Romantizm"Betullah apa yang saya selalu fikir selama ni yang awak memang tak cintakan saya. Awak tak sayangkan saya pun. - Aurel Fatiya. "Yes! Kenapa? Kau rasa menyesal sekarang? Budak lembab!" - Ethan Danial. Peringatan : Under 18 kebawah tidak digalakkan...