29✨

3K 72 0
                                    

"Aku terima nikahnya Mimi Adreanna binti Azran dengan mas kahwin 300 ringgit dibayar tunai."

"Sah?"

"Sah"
"Sah"

Dengan sekali lafaz Mimi sah menjadi isteri Haikal.Saat yang pernah dirancang suatu masa dahulu ketika mereka berdua masih mentah di dalam dunia percintaan akhirnya menjadi kenyataan yang begitu diimpikan.

Haikal memandang Mimi yang anggun pada hari pernikahan mereka.Dia sungguh tidak menyangkakan bahawa pada hari itu Mimi sah menjadi miliknya..buat selama-lamanya sehingga akhir nafas.InsyaAllah jika diizinkan Allah.

"Saya rasa macam mimpi."kata Haikal.

Pap!

Mimi menampar bahu Haikal.Haaa..mimpi ke?

"Sakit lah sayang..."kata Haikal.

"Eiuwww..jangan lah panggil saya sayang.Geli lah."Dari dahulu lagi,Mimi memang sungguh geli dengan panggilan 'sayang'.

"Alah..bukan selalu."Haikal mengeyitkan matanya.

"Awak...boleh saya tanya sesuatu?"tanya Mimi.

"Nak tanya banyak pun boleh!"Haikal tersengih-sengih.Ya,..dia sangat bahagia.

"Banyak pun boleh?"

"Ya."

"Okay...erm..awak rasa cantik tak pelamin ni?Awak rasa saya cantik tak pakai baju ni?Lawa tak saya harini?Awak rasa makeup saya ni tebal sangat ke?Macam badut tak?Ke macam hantu kak limah?Ke macam hantu cina?Ke macam doraemon?Awak nampak saya gemuk tak pakai baju ni?Sesuai tak?"

Haikal ternganga.Mak oiiii!

"Awak..awak cantik sangat harini!Umpama bidadari di dalam mimpi saya selama ni!"kata Haikal.

"Yeayyy encik suami puji huhuhu.Ikhlas ke?"

"Mestilah ikhlas..."

"Sebenarnya saya ada soalan lain nak tanya.Yang tadi tu saja je main-main."

"Eiii awak ni.Saya peluk nanti baru tau!"kata Haikal.

"Eh jangan lah!Ermm..awak jujur dengan saya tau.Selepas kita putus,awak masih sayangkan saya ke?Atau..awak sudah lupakan saya?"

Haikal diam.

"Awak!Jangan lah diam."kata Mimi.Haikal mencubit pipi isterinya itu.Eiyyy geram!

"Saya tak pernah lupakan awak.Saya masih sayangkan awak sampai lah sekarang.Bertahun-tahun saya tunggu awak.Walaupun saya sedar awak pasti sudah temui cinta lain.Kan?"

Mimi mengusap lembut jari jemari Haikal."Awak tau tak selepas kita putus,tiada seorang pun yang menggantikan tempat awak.Memang lah ada yang cuba nak curi hati saya tapi saya tak layan."

"Kenapa awak tak layan?"

"Sebab saya masih sayangkan awak.Saya langsung tak boleh lupakan awak walaupun berkali-kali saya cuba untuk 'move on'.Setiap hari saya rindukan awak.Saya selalu risau kalau awak sudah tak sayangkan saya.Setiap hari juga lah saya selalu berdoa supaya suatu hari saya dan awak disatukan.Dan sekarang..."

"Dan sekarang apa yang kita impikan dulu sudah jadi kenyataan.Mimi...saya berjanji,saya akan bahagiakan awak dan jaga awak selalu.I love you so much...forever.."ucap Haikal.Dia mencium dahi dan pipi Mimi.

"I love you so much too."

"Mama..Ana minta maaf sebab tak dapat nak ikut mama dan papa pergi bercuti.Ana ada lawatan pula.."kata Ana.Alah..lagipun dia tidak mahu menganggu bulan madu mama dan papanya itu.

"Tak apa nanti kita rancang pergi bercuti lagi.Okay?"

"Okay ma!"

"Mama doakan Ana pergi dan pulang selamat.Jangan lupakan mama dan adik pula!"

"Mama..kalau Ana dah tiada nanti,mama dan papa jaga adik elok-elok tau.Nanti mama selalu lah ingatkan dia pasal arwah ibu dan kakak dia yang cantik macam Nora Danish ni!Hahahah."kata Ana.Mimi dan Haikal saling berpandangan.

"Ana..kenapa cakap macam tu?"tanya Haikal.

"Tak ada lah.Saja je.Ajal maut semua tu di tangan Tuhan kan?Eh..Ana pergi dulu ya."Ana menyalami tangan Mimi.Dia memeluk erat tubuh mamanya.Lalu dia membisikkan sesuatu.

"Terima kasih,ma.Ana sayang mama."ucap Ana.

Mimi memandang Ana yang berjalan membawa beg menuju ke basnya.Dia berasa tidak sedap hati.Sebelum Ana masuk ke dalam bas,dia sempat memandang ke arah mama dan papa serta adiknya.Dia berasa seolah-olat saat itulah saat terakhir mereka berjumpa...

Cinta Luar Biasa✨Where stories live. Discover now