Part 47

9.6K 240 2
                                    

Bella diamkan diri sahaja sejak tadi. "Kenapa bayar guna duit kau tadi?" soal Afiq. "Nanti aku bayar balik" sambung dia lagi. Bella diam cuma. "Bella dengar tak ni?" tanya Afiq. Bella mengangguk. Afiq fokus dengan pemanduannya. Tiba rumah, Bella bawa keluar semua barang dan simpan di dapur. Afiq hanya memandang Bella yang diam sejak balik tadi. "Kau okay tak?" soal Afiq. Bella mengangguk. Barang terakhir telah di letakkan di atas kabinet, Bella mahu naik ke bilik. Mahu sahaja dia melangkah untuk menaiki tangga, Afiq menghalang jalannya. Bella mengangkat kening. "Cakap lah kenapa" kata Afiq. Bella geleng kepala. "aku tanya elok elok" sambung Afiq. "Datang bulan je" tipu Bella dan menolak Afiq ke tepi untuk melangkah naik ke bilik. "Kenapa hari ni? Baru nak on game!" Jerit Afiq. Saja mahu mengada ngada dengan isteri aku. Eh pandai pula mengaku isteri. "Pervert!" Jerit Bella dan menutup pintu biliknya. Bella tercuit hati dengan perangai Afiq tadi. 'Sejak bila carring ni?' soal hati Bella. Bella senyum sendiri.

Malam itu, Bella terasa haus sangat. Dia turun tangga perlahan-lahan. Dalam keadaan gelap, Bella masuk ke dapur. Bella mencapai gelas kaca. Tengah minum air, dia terdengar kerusi meja makan seperti dilanggar. Bella terkejut. Terus dia duduk mencangkung dalam keadaan gelap. "Mak..." kata Bella perlahan. Tiba tiba lampu menyala. "Kau buat apa cangkung kat sini?" soal Afiq. "Ya allah! Cikgu! Saya ingat perompak mana lah yang masuk rumah tadi" kata Bella. Afiq ketawa besar. "Merepek je budak ni. Buat apa kat sini?" Soal Afiq lagi. Bella menunjukkan gelas kaca yang dia pegang tadi. "Baru nak hempuk gelas kaca ni kat cikgu tau tadi sebab ingat perompak" jelas Bella. Afiq ketawa lagi. "Siapa nak gaduh dengan kau lagi kalau kau hempuk aku" kata Afiq. Bella ketawa. "Cikgu buat apa kat sini?" Soal Bella. "Rumah aku kan ? Duduk bilik kau pun takpe" kata Afiq yang senyum nakal. "Pervert" kata Bella sambil menjulingkan matanya. Dia cakap aku pervert? Nak kena dia ni. "Jom berborak nak? Aku tak boleh tidur" kata Afiq. "Saya ikut je" balas Bella. "Jom duduk kat taman belakang rumah" kata Afiq. Bella mengangguk.

Bella memakai sweater supreme dan duduk di taman belakang rumah Afiq. Tenang. Aman. Afiq duduk di hadapan Bella. "Let's play one game" kata Afiq. Bella mengerut kening. "Pernah ke tak" kata Afiq. Bella mengangguk. "Sorang satu soalan. The rule is must be honest" kata Afiq. Bella mengangguk lagi. "Okay, aku start dulu. Pernah tak kau fikir nak pindah sekolah?" Tanya Afiq. "Pernah" jawab Bella. "Your turn" kata Afiq. "Pernah tak cikgu nak jadi orang bersederhana?" soal Bella. Afiq mulanya kerut kening. Kemudian Afiq mengangguk "pernah" . "Pernah tak kau nak lari masa kita kahwin dulu?" Soal Afiq. Bella ketawa "pernah ofc" . "Pernah tak cikgu nak ceraikan saya?" soal Bella. Afiq terdiam. "Dah malam ni, masuklah. Aku nak duduk luar kejap" kata Afiq. "Ha?" Bella tak faham. "Masuklah" kata Afiq. Bella mengeluh dam masuk ke dalam rumah. Afiq juga mengeluh dan menghayati malam penuh bintang

Cikgu Suami ku?!Where stories live. Discover now