cerpen seram

133 9 1
                                    

CERPEN SERAM

PELET

SISKA baru seminggu pindah di kota kecil itu.  Dia berpindah atas alasan dekat dengan tempat kerjanya.  Kantornya pula hanya beberapa langkah dari taman perumahan dan kawasan itu agak kurang sibuk  atau macet.

       Namun, tanpa Siska sedari telah masuk dua hari dirinya itu sedang diperhati.  Dalam diam lelaki berkumis itu menaruh hati pada Siska. Tapi sayangnya, gadis manis itu sudah berpunya.

      Pada satu malam, sedang gadis itu menanti seseorang dia didatangi seorang lelaki asing. “Hai mbak tunggu siapa?”  soalnya sambil mendekati. Mata tajamnya menelanjangi tampang dan tubuh Siska penuh bernafsu.

      Siska pada mulanya enggan bersuara dan dia mulai berwaspada.  Makin kerap matanya mengerling jam dipergelangan tangan. “Kamu siapa?  Tak usah ganggu aku!” bentaknya sombong.

     “Mbak mengapa terlalu sombong sama saya?  Saya ingin mengenali mbak sahaja,” tukas lelaki yang masih lagi menyembunyikan kedua belah tangannya dalam saku jaket.

    “Mbak..  Ark! Ark!”   keluhnya sambil tercungap-cungap tangan yang tersembunyi dalam poket,  dengan pantas diangkat lalu memegang lehernya. Makin Siska membeliakkan mata,  makin tercekik lelaki asing itu.

      Hanya dengan memberi isyarat mata,  lelaki asing yang telah rebah ke lantai itu ditarik rambut dari arah belakang lalu diseretnya sehingga ke luar halaman dan menuju ke jalan raya oleh satu tangan ghaib.

   “Argh!..”  jeritan kedengaran bersama dengan nyaringnya bunyi hon kereta.  Tubuh lelaki malang itu masih lagi menggelupur dengan darah bersemburan dari mulutnya.

   “Waduh ada kemalangan pula,” ujar Andy sambil memusingkan stereng kereta untuk menuju ke arah timur jalan. Siska merenung dari dalam kereta dengan tersenyum mekar.

   ‘Hati aku hanya untuk Andy’  bisiknya yang masih lagi tersenyum sepanjang kereta itu melalui jalan tersebut.  Andy juga memanjangkan tengkuknya kerana mahu melihat lagi dalam kerumunan orang ramai tersebut.

    “Siska!”  seru Andy lagi dan makin kuat suaranya.  Senyuman mekar dibibir Siska kini terencat dengan pantas dia berpaling lalu menghadap muka pacarnya itu.   

   “Kamu kenapa? Saya panggil banyak kali tapi kamu diam saja.. Kenapa? Apa....  Ada masalah?” soal Andy yang memandu sambil memandang wajah Siska yang dia rasakan cukup ayu pada malam itu.

   “Tidak ada apa-apa.  Kita mahu ke mana ni?”   dalih Siska pantas. Dia tidak mahu rahasia terbongkar.  Bukan mahu mudah juga, dia mahu menjinakkan lelaki yang kini telah pun berada di sebelahnya itu.

   “Lor? kamu lupa ya sayang? kita ada parti di rumah Mika…”  ujar Andy jari telunjuknya agak nakal malam itu sengaja mencuit dagu runcing Siska.  Siska tersenyum. Ya, memang dia lupa tadi.

   “Emangnya siapa lagi pergi ya?”  soal Siska yang mengeluarkan bedak kompek dari dalam tas tangan lantas dibuka.  Lalu merenung wajahnya yang terbias dipermukaan cermin tersebut, ditarik ke tepi sedikit agar bisa dia lihat makhluk dibelakangnya itu.

   “Ramai dengarnya termasuklah Ria..”  kata-kata yang hadir dari mulut Andy terhenti seketika.  Lalu mengerling wajah Siska. Tampang gadis itu berubah ke masam.  

     Andy yang sedar dia telah terlepas kata cuba memulihkan kembali masa itu.  “Ria hadirnya bukan seorang Sis.. Dia hadir dengan pacarnya, Irwansyah.” ujar Andy menarik brek ketika disatu persimpangan.

     Kompek yang ditutup kuat kini dibuka semula.  Gincu merah pekat ditarik keluar lantas dilalukan atas bibirnya yang telah sedia mungil.  Sebelum menutup kompek sekali lagi Siska merenung tempat duduk belakangnya.

PELETTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang