CINTA HATI |#1

824 53 31
                                    

UZAIR tenung, Aira mengerling. Uzair berdeham, Aira batuk kecil. Awkward gila kot!
Berputar sampai 360 darjah kehidupan Aira sebaik sahaja menjadi suri yang tak berapa nak berseri dalam hidup Uzair.
Salah Aira? Tidak sama sekali. Uzair juga terima pernikahan aturan keluarga ini tanpa ada perkataan terpaksa di situ.
Aira juga begitu. Lagipun bukan Aira tak tahu yang Uzair kahwin dengannya sebab sakit hati ditinggalkan Uya. Uyayaya sungguh Uya tu! Tak beragak nak tinggalkan Uzair yang super duper hot tu.
"Kenapa tak makan nasi lemak yang saya buat ni?" tanya Aira. Uzair terus pacak pandangannya pada sambal nasi lemak yang merah menyala tu. Uish mahu berpesta semua cili tu dalam perut aku.
"Saya tak makan pedas, " jawab Uzair ringkas.
Aira mengangguk.
"Hmmm patutlah..." Aira terangguk-angguk.
"Apa yang patut?" Pantas Uzair mencelah.
"Cili pun awak takut jadi tak mustahillah saya ni pun awak takut. Takut sampai tidur kat bilik sebelah. Tak gagah seorang lelaki tu kalau tak menyentuh haknya sendiri dunia dan akhirat, " Sengaja Aira pacu rasa amarah Uzair.
Marah ke? Uzair cuma sengetkan bibir.
"Nampak gelojoh seorang wanita itu pabila bibir mula menyoal tentang hubungan dalam kamar pada seorang lelaki, " bidas Uzair pula.
Aira ketawa panjang lalu menggeleng lucu.
"Lelaki? Lelaki keeeeeee?" Aira bangkit lalu membawa cawannya ke sinki.
Uzair mengetuk meja makan dengan dua jarinya bersilih ganti.
"Nenek memang niat nak mendera agaknya sebab bagi bekas pendebat ni masuk dalam hidup aku. Lemah lembut apanya? Mulut bisa macam duri ikan sembilang!" omel Uzair lalu bangkit untuk ke pejabat.
Dia fikir Aira tu pekak? Aira menoleh ke belakang.
"Nak makan ikan sembilang ke?" soal Aira. Tiada sahutan.
Uzair sudahpun berlalu. Aira gigit bawah bibir.
" Selamat berkenalan dengan Aira Binti Azad wahai Ahmad Uzair. Selamat bertabah juga aku ucapkan..."
Dia tersenyum.
Penuh makna.

CINTA HATIWhere stories live. Discover now