06

805 42 11
                                    

"Kakak di mana? Doktor Ariel bawak lari kakak ke apa?" Suara umi kedengaran bimbang. Aku tersenyum saja mendengarnya.

"Doktor Ariel kemalangan. Kami duduk di hospital," kelentong aku. Habis mahu cakap apa? Aku hampir jadi GRO? Mahu pensan tak bangun-bangun umi dibuatnya.

"Ya allah! Kenapa tak call umi?" Semakin resah umi dibuatnya.

"Tak sempat umi, kalut betul ni. Ariel duduk dalam wad. Teruk kata doktor. Patah kaki dengan bahu." Aku tergelak kecil, mujurlah sempat jauhkan dari telefon.

Bulat mata Doktor Ariel mendengarnya.

"Ya Allah! Kejap-kejap umi sampai! Hospital mana?"

Aku mula gelabah. Mampus lah, hospital tak sampai pun lagi! Dengar perbualan doktor dan misi tadi, kami akan dibawa terus ke hospital besar Kelantan.

"Jauh umi, Hospital Kelantan."

"Tak apa, umi boleh redah!"

"Tapi-tapi!"

"Hah, tapi apa?"

"Kakak lapar. Tak sempat nak makan tadi, rushing pergi hospital. Umi bawakan nasi ayam percik boleh? Air tangan umi? Kesian kakak, dah lah sorang-sorang, lapar pula tu. Umi masak, pastu baru umi datang, okey? Kalau tak kakak nak merajuk." Pandai aku mencipta alasan. Sampai Ariel pun tersenyum sinis.

Dengar suara umi mengumam sahaja.

"Boleh ya umi?"

"Iyalah. Umi masak cepat-cepat. Assalamualaikum." Terus panggilan dimatikan. Gigih benar nampaknya umi mahu buat ayam percik untuk anaknya yang kebuluran ini.

Aku tergelak kecil mengenangkan setiap patah kata yang aku guna untuk menipu umi. Harapnya tidak berdosa, sebab tujuan menipu ini bukanlah sebab yang jahat. Untuk kebaikan umi juga.

"Jahatlah tipu umi."

Aku mencebik mendengar kata-katanya. "Siapa umi awak? Umi saya okey. Sedap dia je."

"Umi awak, umi saya jugak, apa?" Sakitnya sudah hilang memandangkan ubat bius sudah dicucuk pada bahu dan kakinya. Buat masa ini, boleh lah dia bersuka ria dengan aku.

"Siapa kata?"

"Bakal suami awak ni lah." Matanya dikenyitkan. Aku mencebik lagi.

"Siapa kata pula?"

"Saya lah yang kata." Hati semakin berdebar-debar.

"Siapa yang setuju?" Perbualan kosong itu semakin dalam.

Kedua-dua mereka senyap tak berkutik. "Awak, tak setuju? Maksud saya... kalau betullah saya lamar awak sekarang... ehem... awak, tak setuju?" Sudah datang getar suaranya yang hilang tadi.

Aku menunduk. "Saya 17 tahun."

"Saya 26. Jadi? Ada masalah tentang umur? Ya, jauh. Tapi jauh beza umur tu buat hubungan kita terhalang ke?" Tiba-tiba saja Doktor Ariel jadi emosional. Aku tersenyum.

"Siapa cakap?"

"Siapa cakap, apa?"

"Siapa cakap saya tak setuju? Saya cuma cakap umur saya 17 je. Yang awak kepoh sangat kenapa?"

Doktor Ariel melepaskan tawa spontannya. Wajahnya merah, telinganya panas. Dia pejamkan mata kerana malu. Aduh, comel sungguh!

"Tapi semua keputusan ada dalam tangan umi. Awak berani, tanyalah dia nanti," cabar aku. Sengaja.

Dia senyum riak. "Kenapa tak berani pula? Saya dah jadi bodyguard awak nak dekat satu jam setengah, kena belasah lelaki yang kita tak tahu nama, kena reject dengan awak. Saya dah cukup berani dan cekal untuk jumpa umi."

Aku mencebik lagi, menyampah betul dengar dia riak. Tengok-tengok nanti, basah seluar bila nak cakap yang dia suka aku depan umi.

"Awak." Dia memanggil.

"Hurm?"

"Saya nak tidur sekejap, okey."

Aku sekadar mengangguk. Kesian juga dia, mesti letih melayan aku dari tadi hingga sekarang. Aku turut berbaring di kerusi yang tersedia di dalam ambulans itu.

Hari ini, sungguh banyak memori indahnya. Aku harap, hari ini kekal bahagia hingga ke malam. Bukan terhenti apabila umi muncul di depan mata.

Tunggu, pakaian aku? Bagaimana aku mahu bertemu umi dengan pakaian aku sekarang?

Aku pandang pakaian tidak senonoh aku. Mujurlah ada baju kemeja Ariel. Sanggup pula dia membuka bajunya hanya untuk aku. Nasiblah dia memakai baju di dalam, tidaklah seksi sangat untuk dilihat.

Mungkin aku sempat membeli pakaian di mana-mana. Lagipun sekarangkan kemudahan grab ada. Jadi tiada sebab dia mahu terus berpakaian begini.

Apa-apa sajalah. Buat saat ini, biarlah mata terlelap sekejap. Terlalu banyak memori indah, takut hilang pula jika diletakkan merata di dalam akal yang berserabut dan letih.

Baru sesaat terpejam, mimpi abang bodyguard selama satu jam setengah datang menerjah akal. Doktor Ariel, bukankah semua ini terlalu cepat? Bagai semuanya sudah elok teratur dan hanya menunggu untuk dilakonkan. Takdir Tuhan, mahu pertikaikan apa lagi? Aku senyum lagi, malah lebih lebar dari senyum-senyum sebelum ini.

 Takdir Tuhan, mahu pertikaikan apa lagi? Aku senyum lagi, malah lebih lebar dari senyum-senyum sebelum ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Do vote if you love it ❤
Add it to you RL if you support me ❤

Lots of love, Alli
5405 words
Antologi
TeenFic + Romance + Action
#2019

Bodyguard Satu Jam SetengahWhere stories live. Discover now