Aku dan Azan Maghrib

75 1 0
                                    


Imam Abduh mundar-mandir di ruang tamu yang hanya berhiaskan tikar mengkuang buruk sementara menunggu isteri nya bersalin di kamar biliknya bersama bidan Mak Jemah. Memang jelas di telingnya mendengar rintihan bininya menyebut kalimah-kalimah tanpa henti. hendak menitis air mata Imam mendengar suara isterinya yang sakit. Handak masuk ke dalam bilik, dilarang oleh Mak Jemah, konon takut isteri malu melihat si suami bersama di salam bilik. tanpa henti mulut Imam Abduh terkumat-kamit mebaca surah-surah lazim memohon agar Maha Yang Esa memberi barakah dan kesennagan kepada dua nyawa yang sedang bertarung antara maut dan hidup.

" Kuat lagi Som! Dah nampak kepala bayi kau ni!" lantang suara Mak Jemah yang tak cukup tangan membidan Kalsom yang sudah hampir putus asa untuk bersalin. Hanya Yang Esa sahaja tahu bertapa sakitnya dia. Kalsom mengucap kalimah tanpa henti begitu juga bunyi Mak Jemah membidan Kalsom. Beberapa minit kemudian, azan maghrib berkumandang dan tidak lama kemudian, dengan takdir Tuhan Yang Esa, lahirlah seorang anak lelaki yang cukup sifatnya dan mula menangis. Mak Jemah terus membersihkannya dan membalut bayi tersebut dengan kain batik milik Kalsom. Kalsom bersyukur dan menangis terharu melihat semua kurniaan yang Tuhan bagi kepada keluarga ini.

" Alhamdulilah Som! Anak laki kau dapat! Haa! Selamat pun engkau dua beranak ni. Oh Imam Doh! Imam Doh! Kau pengsan kah kat luar bilik!" jerit Mak Jemah.

Serta merta, pintuk bilik di buka dengan ganas, muncul Imam Abduh dengan muka pucatnya. Di sambutnya anak sulungnya dengan perlahan. Di dalam hati Imam Abduh tanpa henti mengucap syukur. Sementara itu, Mak Jemah membersihkan Kalsom dengan perlahan-lahan. Al-maklumlah, baru beranak kena jaga seluruh badan.

" Abang,... tolong azankan telinga anak kita.. Kalsom hendak dengar juga..."

Maka, Imam Abduh merapatkan bibirnya ke telinga anaknya lalu mengazankan sambil berdoa mudahan anaknya menjadi orang-orang yang soleh dan senang kemudian harinya kelak. Menitis air mata Kalsom melihat peristiwa di hadapannya kerana terharu. Kalsom tahu Imam Abduh menunggu saat ini selama 7 tahun.

" Som, dengar sini baik-baik, engkau kena pantang selama 40 hari. Makan kena jaga dan satu lagi, amalkan air selawat sebelum kau bangun dan tidur. Rempah aku buat ni, baca bismillah tiga kali sebelum kau makan. Lagi satu, anak kau ni , masa maghrib kau kena dukung dia sambil baca surah-surah lazim." Pesan Mak Jemah.

" Iya Mak Jemah... Abang pun tahu pantang larang ini... Apa pengerasnya Mak Jemah? Berapa semua Mak Jemah? Lusa nanti Abang bayarkan selepas dapat hasil jualan buah pisang" bimbang Kalsom.

" Tidak payah! Imam Doh, kau bagi aku tiga paku besi panjang dan sehelai kain putih. Itu pun sudah cukup! Yang lain, itu sedekah aku kepada kamu berdua laki bini. Aku tahu kamu laki bini ini orang susah." Kata Mak Jemah. Allahuakbar, ini memang rezeki anak sulung Imam Abduh.

" Terima kasih Mak Jemah, esok hari saya hantarkan di rumah Mak Jemah." Jawab Imam Abduh yang masih mengendong anaknya.

" Kalau begitu, aku balik dahulu. Lagipun, maghrib sudah nak penghujung. 7 hari kemudian aku datang hendak menggunting tali pusat anak kau , Som! Assalamualaikum" sambil Mak Jemah menghulurkan salam kepada Kalsom

" Waalaikumusalam Mak Jemah, terima kasih" kata Kalsom selepas menyalami Mak Jemah.

" Abang... Abang solatlah dahulu... Hampir hendak penghujung waktu maghrib ini.. Janganlah terlalu leka" tegur lembut Kalsom kepada suaminya.

" Hati abang tidak puas melihatnya, Som. Betapa indahnya wajah bayi ini Som. Hidungnya sememangnya hidung kamu Som. Mancung. Aku berharap dia handsome seperti aku" usik Imam Abduh kepada isterinya. Isterinya lalu memuncungkan mulutnya tanda merajuk. Imam bergelak lalu meminta dirinya untuk menunaikan solat Maghrib.

Selepas usai solat Isyak, Imam Abduh duduk di sebelah isterinya yang sedang mendodoi anak sulungnya dengan zikir-zikir yang di ajarkan oleh Imam Abduh.

" Abang..."

" Ada apa , Som? Engkau masih sakit? Hendak aku panggil Mak Jemah lagi?"

Kalsom tersenyum melihat kebimbangan suaminya. Memang prihatin suami terhadap dirinya.

" Kalsom terfikir untuk berikan nama anak kita Azan"

" Azan? Kenapa dengan nama seperti itu? Bukankah banyak lagi nama-nama indah seperti Kassim, Soleh..." Imam Abduh hairan.

" Nama bayi ini Azan sebab dia dilahirkan memang serentak dengan azan Maghrib.. Kalau Abang tidak bersetuju, tidak mengapa... Kalsom hanya memberi pandangan" kata Kalsom.

" Hmm, memang benar katamu itu, Som.. Memang sesuai nama itu dengan bayi itu. Kebetulan, aku ini Imam. Aku suka dengan nama itu, Som" senyum Imam Abduh dengan isterinya, Kalsom.

" Kalau begitu... daftarlah nama dia Abang... Azan Bin Abduh di jabatan. Jangan lewat ya Abang.. Nanti kena denda" pesan Isterinya elok. Di catatnya kata-kata isterinya itu.

Tanggal 30 April 1907, lahirlah seorang insan bernama Azan Bin Abduh.

Erti Tulisan TerakhirkuWhere stories live. Discover now