SOFIA kian resah menunggu kepulangan Jeremy.Jam sudah menunjuk angka 11.30 malam.Sejak siang tadi panggilanya tidak di balas.Hendak menghubungi Balai dia tidak berani sudahnya dia hanya mampu menunggu bersama keresahan yang semakin mendalam.
Danish sudah lama terlelap.Penat bermain bersama uncle Eyanznya siang tadi.Malam ini Sofia sengaja menidurkan Danish di bilik tidurnya sendiri.Dia sengaja ingin mencipta ruang untuk dirinya dan Jeremy.
Sofia melabuhkan punggungnya di sofa sambil melayari internet.Entah bila dia terlelap dia tidak sedar.Dia terjaga kerana terdengar tangisan kecil Danish.Sempat dia mengerling jam dinding yang menunjuk angka 3.00 pagi sebelum melangkah masuk ke dalam bilik tidur Danish.
Bersama keluhan berat dia membaringkan tubuhnya di sisi Danish.Berberapa minit mendodoikan Danish,anak kecil itu tidur semula.Terlalu banyak bermain sehingga mengingau.
Sofia bangun dan duduk di hujung katil Danish.Fikiranya menerawang jauh memikirkan kehidupanya kini.Jika dulu mereka berpisah rumah, hatinya tidaklah seresah ini.Tapi kini semuanya berlainan.Semakin dekat dirinya pada Jeremy semakin jauh Jeremy cuba pergi.
JEREMY masih duduk di dalam keretanya.Dia sengaja memberhentikan keretanya dibahu jalan tidak jauh dari rumahnya.Fikiranya bercelaru.Kepalanya di letakkan di atas stering kereta.
Kata-kata masih Bella terngiang-ngiang di fikiranya.Dia tidak sangka selama ini Bella sama sekali tidak mengharapkan apa-apa darinya.Jeremy kecewa tapi jauh di sudut hatinya dia masih belum berputus asa,dia yakin Bella masih mencintainya seperti dulu.Dia tahu satu-satunya penghalang untuk Bella menerimanya hanya kerana Sofia,isterinya.
Memikirkan Sofia pula,Jeremy terasa sebal.Hari ini sahaja sudah berpuluh kali Sofia menghubunginya.Sengaja dia tidak mengendahkan panggilan Sofia. Semakin sesak jiwanya terus-terusan di kongkong seperti itu.Sofia tidak mahu memahami dirinya.Disebabkan itu dia sengaja mahu mengelak daripada Sofia.Dia tahu Sofia sedang menunggu kepulangannya bersama seribu persoalan setelah seharian tidak membalas panggilannya.
Jam di tangan menunjuk angka 4.00 pagi.Jeremy menghidupkan enjin keretanya,perlahan-lahan kereta Nissannya bergerak menuju kearah rumahnya. Sepuluh minit kemudian dia tiba diperkarangan rumah.Bersama hati dan perasaan yang amat berat dia melangkah masuk.Dia berharap Sofia sudah tidur.
“ You baru balik?’’ tegur Sofia,lembut! Cahaya lampu hanya samar.Sofia sengaja mematikan semua lampu yang ada di dalam rumah itu kecuali lampu meja yang terletak di hadapan bilik tidur Danish.
Jeremy sedikit terkejut namun dia berlagak selamba.Sangkaan meleset sama sekali.Sehingga waktu begini Sofia masih setia menunggunya.
" Hurmm..kenapa nda tidur lagi.." Jeremy membalas selamba.Dia meneruskan langkah masuk ke dalam bilik tidur.
Sofia mengekorinya perlahan. Jeremy tidak mengendahkan Sofia namun anak matanya tidak lari dari memandang Sofia yang agak berlainan hari ini.Tidak ada asakan soalan seperti yang di sangkanya.Tapi Sofia seperti sedang mengodanya.Jeremy menahan rasa!
Memang benar Sofia sedang cuba mengoda Jeremy.Sebaik sahaja dia mendengar bunyi enjin kereta Jeremy dia segera menukar baju tidur yang sudah lama di sediakan.Baju tidur satin yang menampakkan susuk tubuhnya.Baju tidur itu cukup untuk mengoda suaminya.
Ketika Jeremy sedang sibuk membuka butang baju kemejanya,Sofia mula memainkan peranan dengan memeluk lembut tubuh Jeremy dari belakang.
Rindu! seakan sudah lama mereka tidak berkasih sayang seperti itu.Jeremy terpana namun dia masih ego dia hanya diam dan tidak menunjukan sebarang tindak balas walhal jantungnya sudah berdegup kencang.
Sofia tidak peduli dia menguatkan lagi pelukannya bersama desahan yang cukup membuatkan naluri kelakian Jeremy tergoda.
“ Sofia sudahlah..saya penat! “ Jeremy cuba menepis.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...