Daniel memarkingkan keretanya di dalam garaj. Dia melihat kereta tuan kang elok parking di hadapan rumahnya. Dia menghentak kuat stereng kereta.
Dia keluar dari kereta dan terus masuk ke rumahnya. Dia melihat tuan kang duduk di salah satu sofa sambil melihatnya.
"Lambat kamu balik. Lama appa tunggu kamu."kata tuan kang.
"Apa kena mengena dengan kau? Bukan kau ada hak ke atas aku."balas daniel.
"If kau nak cakap pasal semalam lebih baik kau baik. Aku tak setuju dengan apa kau buat. AKU TAKKAN KAHWIN DENGAN DAHYUN!!!!"marah daniel. Dia melepaskan semuanya.
Tuan kang melepas nafas berat. Dia tidak sangka daniel membencinya sehingga macam ni sekali.
"Keputusan appa muktamad. Appa nak kamu kahwin dengan dahyun."balas tuan kang tenang. Dia tetap dengan keputusannya.
"Kau faham tak apa yang aku cakap? Aku takkan setuju walau apa pun kau buat kat aku."bantah daniel sambil merenung tajam ke arah tuan kang.
"Kenapa? Kamu takut ke jatuh cinta dengan dahyun?"balas tuan kang sengaja menyimbah minyak. Dia tahu daniel pantang di cabar.
"Aku? Jatuh cinta dekat dia?"
"Kalau macam itu appa cabar kamu kahwin dengan dahyun. Setahu appa kamu tak pernah kalah?"ujar tuan kang.
"Huh."sinis daniel.
"Okey aku sahut. Aku akan kahwin dengan dahyun."balas daniel tanpa memikirnya terlebih dahulu.
"Kalau macam tu appa pergi dulu. Esok kamu lawat keluarga dahyun. Faham."ujar tuan kang lalu meninggalkan daniel. Dia keluar dari rumahnya daniel.
Daniel masih tergamam di ruang tamu. Dia meraup kasar wajahnya seolah-olah menyesal dengan tindakannya. Dia terus ke biliknya lalu melompat di atas katilnya.
Dia memikir cara untuk teruskan semua ini.
'Apa aku nak buat ni?'tanyanya sendiri. Dia memikirnya cara untuk dia tidak jatuh cinta dengan dahyun. Dia memikir sehingga mata tertutup rapat lalu lena dari tidur.
~Skip~
Dahyun bangun dari lenanya bila tidurnya diganggu oleh sinaran cahaya dibalik langsir tingkap. Dia bangun dari pembaringan dan duduk memyandar. Dia harap apa yang berlaku kemarin dam semalam hanyalah sebuah mimpi ngerinya.
"Huh."dahyun melepas nafas berat. Dia bangun lalu menuju ke bilik mandi untuk ke kolej.
Setelah selesai dia keluar dari bilik lalu menuju ke ruang makan untuk bersarapan dengan tuan dan puan kim. Dia menghampiri kedua orang tuanya yang sedang menikmati sarapan.
Dahyun menarik kerusi bersebelahan dengan tuan kim lalu duduk.
"Good morning."sapa dahyun kepada tuan dan puan kim. Tuan kim yang menikamti sarapan memaling kepala memandang dahyun dengan senyuman.
"Good morning too. How your day?"balas tuan kim akan sapaan dahyun.
"Busy sikit."jawap ringkas. Dahyun menuangkan nasi kimchi di pinggannya.
"Dahyun balik apa semalam? Appa tak nampak pun kereta dahyun kat luar rumah."tanya tuan kim.
"Ohh, semalam dahyun balik dengan daniel."
"Dengan daniel? Kenapa?"tanya bertubi dari tuan kim.
"Bincang pasal perkahwinan diorang lah. Apa lagi."celah puan kim menjawap pertanyaan tuan kim.
"Jadi dahyun dah dapat jawapan?"
"Belum pasti lagi."balas dahyun menunduk kepala. Dia tidak mahu memgecewakan keluarganya.
YOU ARE READING
Mangsa atau Kasih??? [KANG DANIEL]
أدب الهواة[On going] "kau nak apa dari aku hah? " dahyun "aku nak kau jadi mangsa buli aku." daniel. Namun mereka disatukan atas sebab keluarga. "Kau ingat aku kahwin dengan kau sebab aku suka kat kau ke? Sorry lah aku buat semua ni sebab appa aku cabar aku...