Bab 1

42 25 24
                                    

Kepala tunduk melihat lantai,cuba untuk menyembunyikan wajahnya.

Jari-jemari digenggam erat,tidak berani menentang anak mata Cikgu Haizah.Dia takut.

"Naisya,apalagi alasan kamu lambat kali ini.Kamu tahukan ini bukan kali pertama  kamu lambat?"tegas suara cikgu Haizah.

"Maafkan saya cikgu,papa saya terpaksa uruskan emergency tadi.Itu yang lambat sikit hantar saya,maafkan saya cikgu" fikirannya buntu,hanya alasan itu yang dirasakannya sesuai dan masuk akal.

Awal pagi lagi dia sudah menabung dosa . Walaupun papanya memang seorang doktor bedah tapi pagi tadi elok sahaja mereka bersarapan bersama, sempat lagi bergurau senda dengan mama.

"Ampunkan Isya papa,janji tak buat lagi"bisiknya dalam hati,rasa bersalah sebab kaitkan nama papanya sekali.

Dia terpaksa,otaknya sudah tidak berfungsi dengan baik.Ini semua angkara lelaki yang digelarnya 'mamat tak cukup akal' itu.

Tengku Eyan Mikael.

Ya,lelaki paling poyo dan menjengkelkan yang pernah Naisya Liyana kenal.

Hati mana yang tidak panas bila diejek gemuk sedangkan pada hakikatnya dia sudah terlebih kurus.

Hanya disebabkan itu,dia bergaduh besar dengan 'mamat' tersebut sampaikan terlambat untuk pergi ke sekolah.

Ucapan lelaki tersebut masih terngiang ditelinga.Hatinya yang sudah sedikit reda mula  panas kembali.

"Muka dah lawa,perfecto tapi badan macam tangki ho.Kau makan apa sampai bulat macam ni?mesti kau broken kan.Yelah,perempuan ni kalau broken je mesti kuat makan"

"Baiklah,kali ni cikgu maafkan tapi lepas ni no excuse"kepala diangguk lemah,selemah kakinya yang sudah beberapa minit terpacak dihadapan pintu kelas.

"Kamu boleh duduk dikerusi kamu sekarang"ujar cikgu Haizah.Badan dibongkokkan sedikit sebagai tanda terima kasih.

Dia menghayun langkah perlahan menuju kearah mejanya.Dapat dilihat dengan jelas wajah penuh tanda tanya Nasuha dan Diana yang sedari tadi memandang dirinya.

"kenapa lambat?" sebaik melabuhkan punggung,Nasuha memalingkan tubuh kearahnya.Soalan itu tidak diendahkan kerana dia sibuk mengeluarkan buku teks Sejarah dan peralatan tulis.

"wei jawablah" kali ini penyepit ketam Diana pula mendarat pada paha Naisya.Dia terjerit kecil,ya allah sakitnya hanya allah sahaja yang tahu.Kecil-kecil cili padi tapi sekali cubit boleh berbekas jadinya.

"Sakitlah!tak nampak ke cikgu nak mengajar tu?kang tak pasal-pasal kita kena denda.Sabar la sikit,nanti habis kelas aku cerita"aku separuh berbisik.Takut pula jika cikgu Haizah tiba-tiba terdengar perbualan meraka.

"okey class,so today-"

tok tok

Baru Sahaja cikgu Haizah ingin memulakan sesi pengajaran tiba-tiba pintu diketuk.Aku membetulkan duduk lalu menyelak helaian buku teks sejarah yang aku keluarkan sebentar tadi.Tidak berminat untuk tahu gerangan yang datang berurusan dengan cikgu,kebiasaannya pasti pengawas sekolah yang ingin menghantar laporan pagi.

"Naisya,ada orang nak jumpa dengan kamu" pantas kepala aku angkat,melihat keluar pintu. Siapa pula yang nak jumpa dengan aku,tak mungkin papa.Papa cakap tadi dia akan terus ke hospital untuk berjumpa dengan pesakit yang ada membuat temujanji bersamanya pagi ini.Mama pula memang tak akan drive sendiri kecuali ada perkara penting yang perlu diuruskan.

Along awal pagi lagi sudah keluar rumah untuk bertemu dengan clientnya di Penang manakala angah pula sudah dua hari menginap dirumah rakannya.Memandangkan tahun ini merupakan semester akhir pengajiannya jadi assignment yang perlu disiapkan juga boleh tahan susah.

Persoalan tersebut dibiar tidak berjawab.Tanpa berfikir lebih panjang dia terus berlalu keluar daripada kelas.

"Cepat sikit jalan tu,aku takleh lambat lah wahai jemok" siapa lagi yang panggil aku jemok selain.What!?mamat tak cukup akal tu dekat sekolah aku. No I mean kelas aku.How could him?

"Kau pehal ha?tak cukup ke gaduh pagi tadi sampai kau nak cari pasal dengan aku kat sekolah ni?"

Darah mula menyirap ke seluruh tubuh badanku.Sabar Naisya,tahan marah tu jangan sebabkan dia kau tambah masalah lain dekat sekolah.

"Amboi,manis betul bicara tuan Puteri Naisya Liyana kita ni-"

aku memeluk tubuh,meluat dengan panggilan si mamat tak cukup akal ni. Walaupun memang hakikatnya nama aku 'Puteri' Naisya Liyana tapi aku tak suka dipanggil sebegitu.

"Padanlah dengan badan yang jemok ni,cute sangat.Eih geramnya" aku mengetap bibir,ni memang dah melampau!

"Hoi! kau nak apa sebenarnya ha?kalau datang ni just nak ejek aku baik tak payah.Aku menyampah tengok muka kau yang tak berapa nak hensem ni!" kesabaranku sudah mulai menipis, hilang rasa hormat aku sebagai seorang manusia.

"Uish garangnya nenek kebayan pendek kita ni.Aku just nak bagi ni,bekal yang kau terlupa nak bawak.Apelah muda-muda dah pelupa,nanti tua langsung tak ingat apa-apa.Kesian"

Sesedap rasa mamat tak cukup akal tu panggil aku nenek kebayan pendek . Cantik macam ni dia boleh panggil macam tu? come on,this is Puteri Naisya Liyana . Dia tak tahu ke nenek kebayan ni la yang jadi rebutan ramai disekolah,mata dia kot yang buta tak dapat nak nilai .

"Excuse me,aku tak minta pun kau tolong hantarkan bekal aku tu.Kenapa tetiba nak main hantar-hantar ni" aku bercekak pinggang lagaknya mak-mak sambil menjelingnya.

"Kalau your mom tak minta tolong hantarkan,I memang tak nak hantarkan pun.Buang masa aku je tau,sebab kaulah aku dah lambat nak masuk office"dia mendengus geram . Peduli apa aku, sebab dia juga aku lambat hari ni jadi fair la kan.

"Thank you la ye sebab tolong hantarkan bekal saya.Awak ni sweet jugakan" timbul idea nakal aku, siapa suruh dia cakap aku nenek kebayan. Sekarang tengoklah nenek kebayan yang comel ni.Jangan dia sekali jatuh cinta sudah.

Segaris senyuman aku hadiahkan kepada Eyan.Bak kata orang segarang-garang perempuan pasti ada lembutnya.Rasa bersalah pula kerana bersikap kurang ajar dengan lelaki yang sepatutnya dipanggil abang itu.

Beza umur mereka cuma 3 tahun.Naisya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini manakala Eyan baru sahaja menamatkan zaman remajanya dan kini berumur 20 tahun.

"Eiiiiiiiii!ulat dah nak naik daunlah.I nak blahlah sebelum kena makan dengan ulat jemok gergasi depan aku ni"

Bekal tadi dihulur kasar kepada Naisya.Sebaik bekal bertukar tangan dia pantas meninggalkan kelibat naisya yang masih terpinga-pinga dengan senyuman yang sukar dimengerti.

***
[UPDATED] cerita ini telah dipublish pada tahun 2018 . Author edit balik then decided untuk re-upload . Have fun reading ! maaf jika ada kesalahan dan alur cerita yang korang rasa membosankan . Author akan cuba improve lagi, thank you for your support!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 10, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Young Bride Where stories live. Discover now