PART 25

184 29 11
                                    

BELLA mengusup lembut perutnya.Anak yang bakal lahir tidak lama lagi  sedang aktif bergerak di dalam perutnya.

Entah mengapa hatinya terasa sedih di awal pagi yang cukup mendamaikan itu.Memikirkan masa depan anaknya Bella seperti tidak kuat.Apa yang harus dia beritahu pada anaknya jika anak itu bertanya tentang siapa ayahnya.

“ Jauh termenung kak..” Sarah menyapa lembut.Dia mengambil tempat duduk di sebelah Bella.

“ Tak adalah…”

“ Lama lagi tu teksi kakak datang..bagus kakak rehat di dalam dulu..”

“ Hish nda mahulah.Kakak mahu ambil udara segar pagi-pagi ni..”

“ Hurmm…! Jadi kakak nda mau share apa-apa cerita tentang semua hal yang berlaku?’’ Sarah menatap wajah kakaknya.Penjelasan tentang kedatangan Jeremy juga belum di jelaskan padanya.

“ Pasal apa? kakak okey saja pun..” Bella pura-pura tidak memahami maksud Sarah.Walhal dia tahu Sarah sudah cukup dewasa untuk menilai setiap apa yang berlaku di sekelilingnya.

“ Kak..sebenarnya apa yang terjadi? Abang Jeremy tu kenapa dia tiba-tiba datang cari kakak sampai di sini. Bertahun-tahun sudah kak kenapa dia tiba-tiba muncul tu? lagi satu kenapa kakak nda mahu mama ikut kakak balik KK..?’’ Soal Sarah,lembut suaranya bertanya.

“ Jangan bah cakap kuat-kuat Sarah nanti mama terdengar.Kakak nda mahu dia susah hati ..”

“ Mama tak ada dia keluar pigi kebun belakang tadi sama Andy cari segala macam jenis akar mandian persiapan untuk kakak lepas bersalin nanti..”

Bella terkedu! timbul rasa bersalah terhadap ibunya.Sampai bila dia harus merahsiakan semua ini dari pengetahun ibunya dia juga tidak tahu.Dia tidak mahu ibunya bersedih lagi.Cukup baginya peristiwa sepuluh tahun lalu.

“ Kakak pun nda tahu mahu cerita dari mana Sarah!kalau boleh kakak nda mahu ingat sudah apa yang terjadi! Sakit terlampau sakit! ’’  Luah Bella perlahan.

Wajahnya berubah suram.Peristiwa yang berlaku enam bulan lalu menjengah di fikirannya semula.

“ Apa terjadi kak! Kenapa kakak rahsiakan dari kami semua.We are family kan kenapa kakak pendamkan sendiri! ”

“ Tapi kakak nda mahu menyusahkan kamurang..” Bella mengela nafas berat.

“ No! bukan itu caranya kak..”

“ Kaka tahu…!”

Satu persatu di luahkan Bella.Bersama linangan airmata akhirnya dia meluahkan semuanya pada Sarah.

Bukan mudah untuknya bercerita.Apa lagi mengingatkan peristiwa hitam yang hampir membuatkan dirinya hilang kewarasan diri.Tapi di hadapan Sarah dia tidak dapat mengawal diri.Mungkin benar kata-kata Sarah,apa gunanya keluarga jika tidak saling berkongsi suka dan duka.

Sarah terpaku tidak tahu apa yang harus dia katakan pada kakaknya.Tidak sangka di sebalik senyumannya dan gelak tawanya selama ini rupanya tersimpan kisah duka yang mendalam.

Sarah  menatap wajah kakak kesayanganya itu.Dia seakan tidak  percaya apa yang terjadi. Akhirnya dia hanya mampu menangis dan memeluk Bella dan ketika itulah muncul satu perasaan benci di hatinya terhadap abang iparnya.

Lelaki itu memang tidak sedar diri.Dari awal lagi dia memang tidak pernah suka pada abang iparnya itu. Sudahlah berlagak sombong malah menghormati keluarga mereka juga sekadar melepaskan batuk di tangga.

“ Kesian kakak kan…kenapa Tuhan uji kakak sampai macam ni!’’ kata  Sarah bersama esak tangisnya di bahu Bella.

“ Its ok..kakak teda apa-apa…”

BENARKAH KERANA CINTAWhere stories live. Discover now