12

79 7 0
                                    

Kami berdua baring pada tilam yang empuk itu. Unnie Bonghae terus mencapai phone nya yang berada di sebelahnya.

" unnie dengan oppa seokjun ada rancang nak kahwin dah ke? " aku terasa kekok apabila berduaan dengan dia jadi aku memulakan perbualan terlebih dahulu.

Aku mengambil phoneku yang berada di sebelah tilamku. Aku menekan punat on dan terpapar mesej daripada jin.

" ada rancang tapi belum pasti lagi " unnie tersebut terus menggosokkan matanya.

Aku hanya mengangguk memandakan faham. Aku meletakkan phoneku di sebelahku.

" awak dengan seokjin dah lama ke kenal?  " suara dia semakin kurang jelas di dengar.

Bilik kami berdua telah gelap dan tiada sebarang cahaya pun melainkan daripada cahaya dari luar tingkap.

" boleh la lama juga " aku memejam mataku dan tenangkan fikiran.

" unnie harap awak berdua akan bersama " kini suara dia lebih sukar di dengar dari tadi.

" unnie tidur la, unnie dah letih tu " aku menggosok mataku berkali kali.

" selamat malam " dia terus mengiring badannya ke arah kiri.

" selamat malam " suaraku juga semakin perlahan lalu aku pun tertidur seraya memeluk bantal.

Kedengaran bunyi burung yang berkicau diluar dan cahaya yang menerangi di kawasan dalam bilik.

Aku terus membuka mataku lalu merengangkan badanku. Lantas aku mencapai phone ku disebelah lalu menekan punat on. Jam pada lockscreen mununjukkan jam 7;15 pagi. Aku terus bangun dari tilam yang empuk itu.

Aku mengalih pandanganku ke arah unnie bonghae, kelihatan dia sedang tidur nyenyak. Tanpa membuat sebarang bunyi yang bising aku mengemas tilamku lalu melangkah pergi dari biliknya.

Aku mengatur langkah menuju ke bilik jin, aku memulas tombol pintu tersebut dengan perlahan lahan. Kelihatan dia juga masih tidur, lalu aku terus melangkah menuju ke katilnya.

" kim seokjin " tanganku membelai belai rambutnya.

Dia masih belum sedarkan diri. Aku menuju ke hujung katil lalu menyelit di ruang yang kosong di sebelah jin.

" cepat la bangun " aku memicit hidungnya dengan lembut.

Tanpa aku sedar, aku tertidur lagi seraya memeluk tubuhku sendiri.

Seokjin__

Aku terjaga dari tidurku disebabkan rasa pelukkan yang hangat. Rupanya si dia yang pelukku.

" yuri bangun " aku bangun dari katilku lalu duduk berada di tepi katil.

Dia masih belum bangun dari tidurnya. Aku terus menghampiri wajahku ke wajahnya.

" bangun laa " kataku lalu dia terjaga dari tidurnya.

Dia menutupkan wajahnya dengan menggunakan bantal, tetapi aku mengambil bantal tersebut darinya.

" chagi~ " kelihatan wajahnya mula kemerahan lalu dia lantas bangun.

Aku tergelak kecil lalu menyusunkan bantal tersebut.

" kau pergilah mandi dulu nanti aku kemaskan katil ni " dia terus menarik tanganku lalu menghulurkan sehelai tuala.

" kejap la " aku menarik tangannya supaya duduk bersebelahanku.

" nak apa lagi? " dia mengikat rambutnya dan terselah kecomelan dia semasa marah.

" kenapa tak balas chat aku semalam?" aku mencubit pipinya dengan lembut.

Dia hanya tersenyum lalu bangun dari katilku. Aku cuba mencapai tangannya tetapi dia terus melarikan diri menuju ke luar bilik.

Aku hanya tersenyum sinis kerana melihat perangainya.

Yuri__

" yuri-ah, lain kali datanglah sini lagi ya? " omma seokjin memelukku dengan erat.

" baik " dia terus meleraikan pelukkan tersebut.

" pakcik teruskan sihat ya " aku melemparkan senyuman ke arah appa seokjin seraya memberikan semangat kepada dia.

" kamu berdua jaga kesihatan juga dekat sana nanti, seokjin kamu jangan ajak dia pergi minum sana sini " appa seokjin memukul lengan jin berkali kali seraya tergelak kecil.

" baik, kami berdua pergi dulu ya. Bagitahu dekat hyung kami berdua takboleh tunggu mereka lama sangat "  jin terus memeluk omma dan appa dia.

" jumpa lagi " kataku seraya melambai mereka berdua.

Dalam perjalanan tiba ke seoul, aku mendapat sebuah panggilan yang tidak dikenali.

" siapa tu? " jin memandang ke arah phoneku lalu kembali fokus kepada memandu.

" aku takda simpan number dia " aku terus mengangkat panggilan tersebut.

+82 ------------
CANCEL / ACCEPT

" hello? Awak jung yuri ke? "

" ya, saya jung yuri "

" serious?! Yuri, ini saya jung yungji "

" mana awak dapat number saya?"

" awak ada masa tak hari ni? Kalau ada boleh kita jumpa "

" boleh, dekat mana kita jumpa? "

" caffe gangnam pukul 5 petang "

" baik nanti kita jumpa dekat sana "

" kau nak jumpa siapa? " jin terus menanyaku selepas aku menamatkan panggilan tersebut.

" adik aku " kataku dengan nada yang tidak jelas.

" sejak bila kau ada adik? Kenapa tak pernah bagitahu aku yang kau ada adik?  " jin membebel seraya fokus memandu.

" sebab bagi aku dia tak penting, dia cuma pandai hancurkan kebahagiaan aku. Lagi pun, dia adik tiri aku " jelasku dengan ringkas.

Selama ini aku hanya berdiam diri, semua rasa geram aku hanya pendam. Perempuan itu hanya menjadi anak angkat kepada ibu bapaku dan dia adik tiri untuk aku.

Walaupun dia mempunyai dua keluarga tetapi dia tetap tamak. Ibu bapa dia sebenar adalah sama pekerjaan dengan ibu bapaku tetapi berlainan syarikat.

" kau masih nak berjumpa dengan dia ke? " soalan jin tersebut membuat aku terasa ragu ragu untuk berjumpa dengan dia.

" jumpa je la " tanpa memikir dengan panjang aku menjawab.

Jin menghentikan keretanya di sisi jalan raya yang berhadapan dengan caffe tersebut.

" kau bolehlah balik dulu, nanti aku guna teksi balik " aku menyimpan phoneku ke dalam handbag.

" balik? Lebih baik aku tunggu kau dekat sini daripada tunggu kau dekat rumah " riak wajahnya kelihatan risau.

" tak mungkin kau nak tunggu dekat dalam kereta berjam sebab tunggu aku " bebelku

" demi kau aku sanggup " dia merenung ke arah mataku lalu menghampiriku dengan perlahan lahan.

[OG] lips | kim seokjin Where stories live. Discover now