Pov Ethan
Flashback
"Ingatan mama awak semakin pulih. Saya sebagai dokter yang merawat Puan Sri Aminah, memohon supaya awak merahsiakan perkahwinan awak."
"Tapi kenapa?"
"Semua ni Puan sri perlukan masa. Jangan terlalu cepat...saya nak dia slow2 terima hakikat. Bukan senang untuk saya ubati penyakitnya. Saya harap awak paham."
"Maksudnya saya tak boleh bawa isteri saya untuk berjumpa dengan mama?"
"Boleh tapi bukan masa terdekat ni. Bagi dia masa untuk sembuh sepenuhnya. Pergilah jumpa dia. Puan sri ada dalam biliknya."
Aku mengangguk lalu menuju ke bilik mama. Sebelum memulas tombol pintu, aku menarik nafas panjang.
"Assalamualaikum." tutur aku dan dengan kadar segera mama menoleh ke belakang lalu tersenyum.
Ya Allah! Lamanya aku tak nampak mama senyum.
"Waalaikumsalam." Mama mendepangkan tangannya dan aku terus berlari mendapat pelukannya. Akhirnya air mata aku gugur.
"Maafkan mama sebab ambil masa yang lama untuk mama ingat semula."
"Mama...abang rindu sangat dengan mama. Rindu sangat."
"Mama pun rindu abang. Abang semakin sihat sekarang. Macam orang di lamun cinta."
Aku tersenyum. Mama aku dah kembali. Ya Allah! Terima kasih Kasih. Terima kasih Ya Allah!
"Kalau abang sakit macam dulu, siapa nak jaga abang ma..."
Mama tersenyum walaupun muka masih pucat tapi mukanya nampak berseri.
"Abang sihat?" Tanya mama. Sebak.
"Abang sihat ma...ma jangan tinggalkan abang lagi, okay?"
"Mama sentiasa bersama abang. Ehh Kasih...mari sini." mama melihat kasih di depan pintu.
"Ma...kasih tak nak ganggu."
"Tak ganggu. Duduk sebelah ma." Mama menepuk tilam sebelah kanannya.
"Ma nak abang dengan kasih kahwin. Secepat mungkin."
Rasa nak gugur jantung. Ya Allah!
Aku dengan kasih sama-sama terperanjat.
"Ma..." Kasih seakan merayu.
"Ma dah fikir masak2 Kasih. Ma tunggu Abang datang sahaja. Sekarang kita bertiga dah bersua."
"Ma...kenapa tak bincang dengan abang dulu?" aku bukan tak setuju sememangnya aku tak setuju.
"Kasih banyak tolong Ma...kasih yang sembuhkan ma. Ma nak abang balas jasa ma kepada kasih. Kasih pun dah setuju. Tolong abang...kali ni je ma minta."
"Bagi abang fikir dulu. Abang minta diri dulu." Aku menyalami tangan mama lalu mengucup dahinya.
End flashback.
Aku tersedar dari lamunan bila telefon berdering. Nama si pemanggil tertera.
Selepas menjawap panggilan aku terus teringat Aurel Fatiya. Ya, aku perlu jumpa dia. Aku perlukan dia.
Aku mencarinya di pejabat. Fay cakap dia ada di pantry. Aku terus menuju pantry. Aku mengunci pintu setelah masuk ke dalam pantry. Aurel ni buat apa sampai tak perasan kehadiran aku.
"Sayang..." Aku memeluk pinggangnya dari belakang lalu meletakkan wajahku atas bahunya. Wangi.
"Ehh abang...apa ni? Nanti orang nampak laa." Aurel cuba mengeliat untuk melepaskan diri.
"Just a few minutes. Please..." aku mengeratkan lagi pelukan sehingga Aurel merelakannya.
"Abang...kenapa ni? Tak pernah pun macam ni."
"Rindu..."
"Tipu."
"Betul"
"Abang, kalau ada beban yang abang tak boleh nak tanggung sendiri. Sayang ada."
"Beban abang ni mana berat. Sekeping je."
"Sekeping?" Bulat matanya. Terkejut bila dengar beban sekeping.
"Sayang gemuk? Takkan, sekeping je ni."
"Ohh kira sayang beban abang laa."
"Yaa....beban rindu yang tak tertanggung. Lunch sekali boleh?"
"Abang...lunch dah habis laa..."
"Ya Allah! Patut la dari tadi asyik rasa lapar je. Jom teman abang makan."
"Boleh ke?"
"Ni pejabat abang. Asalkan abang yang benarkan semua benda jadi boleh. Jom."
"Abang...sayang tak sedap hati. Kenapa ni?"
"Tak ada pape. Jom teman abang."
*****
"Abang...kenapa makan tak habis?" Aurel pelik. Sebelum ni aku tak pernah pun makan tak habis walaupun masakan dia tak sedap mana. Inikan pulak makan di kafe.
"Selera lari sikit. Sayang tak nak makan sekali." sengaja aku memberi alasan. Memang selera aku hilang. Tapi aku tak kisah...jangan yang depan mata ni hilang sudah.
"Abang ni mengadalah...." Aurel mencuit tangan aku manja.
"Jom pergi shopping. Abang nak beli baju."
"Abang demam?"
"Sayang come on..."
"Baju apa? Baju pengantin? Nak nikah lagi satu?"
Tergamam seketika. Ya Allah!
"Kalau betul?"
"Abang janganlah."
"Tahu pun. Abang nak beli t-shirt. Sekali nak tengok apa2 yang menarik."
"Okayyy. Jom." Wajahnya kembali ceria.
Macam mana aku nak hadap ni. Perlu ke aku berterus terang atau rahsiakan daripada dia? Aku tak nak dia menderita sebab aku. Rumitnya. Mama dah kembali, takkan aku perlu kehilangan Aurel Fatiya.
YOU ARE READING
Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]
Romantizm"Betullah apa yang saya selalu fikir selama ni yang awak memang tak cintakan saya. Awak tak sayangkan saya pun. - Aurel Fatiya. "Yes! Kenapa? Kau rasa menyesal sekarang? Budak lembab!" - Ethan Danial. Peringatan : Under 18 kebawah tidak digalakkan...