Abjad

55 1 0
                                    

Tujuh Tahun Kemudian...

Tahun 1914

" Azan! oh Azan! Balik nak! Hari dah nak Maghrib!" laung Imam Abduh kepada anak lelakinya yang sedang leka bermain dengan sahabatnya daripada kampung seberang, Haffaz di hadapan rumah kayu buruk milik Imam Abduh. Azan mendongak dan melihat bapanya sudah membawa rotan kecil di tangan kanannya. Terus Azan meninggalkan sahabatnya. 

" Woi! Mana aci kau tinggal aku macam ni! " Haffaz berteriak tanda tidak berpuas hati dengan sahabat rapatnya itu. 

" Bapak aku dah bawak rotan! Kau nak aku mati !?" jawap Azan sambil berlari menuju ke arah Imam Abduh. 

Imam Abduh memang sengaja berbuat sedemikian supaya Azan patuh dengan masa. Memang dia kasihankan Azan yang masih kecil tetapi ini semua demi kebaikkan diri Azan juga. Melihat dia Azan yang tercungap-cungap sambil menyalami tangan Imam Abduh. Di tangan yang kotor dek kerana bermain lumpur tadi, Imam Abduh melihat sekeping kertas dan pensil yang sangat pendeknya.

" Azan, apakah benda di tanganmu nak? Surat apakah itu nak?" tanya Imam Abduh lembut.

" Ini abjad-abjad rumi , Bapa. Kenapa bapa bertanya?" soal Azan. 

Imam Abduh berdiam diri. Dia memang tidak mampu untuk menghantar Azan ke sekolah walaupun sekolah Melayu biasa. Mungkin, Azan dan Haffaz mendapat belajar abjad-abjad ini secara mencuri. Kesiannya nasib engkau Azan! Maafkan bapa, nak... Bapa tak mampu memberi ilmu duniawi kepada engkau. Secara tiba, menitis air mata Imam Abduh mengenang nasib anak tunggalnya. 

" Bapa minta maaf nak... Bapa tidak mampu memberi ilmu duniawi kepada engkau nak... Bapa hanya mampu memberi ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah kepada engkau." 

" Tidak mengapa Bapak... Bukankah bapa pandai membaca dan mengeja? Bapa boleh mengajar Azan dan Haffaz. " senyum Azan.

" Memang nak... tetapi bapa tidak pandai mengajar seperti cikgu-cikgu di sekolah. Bapa hanya pandai mengajar mengenali abjad dan mengeja perkataan" 

" Tidak apa Bapa. Azan menerima seadanya bapa. Asalkan Azan tahu bagaimana hendak membaca surat khabar" jelas Azan sambil tersenyum.

" Sudahlah kita berbincang, bersihkan diri dan ikut Bapa ke surau. Kita berjemaah sekali" 

" Baik Bapa" Azan terus pergi meninggalkan bapanya untuk membersihkan dirinya.

Terkenang kepada arwah isterinya, Kalsom yang meninggal akibat sakit. Som... kasihan anak kita... Hendak belajar tetapi abang tidak ada duit Som.. Duit pun cukup-cukup untuk makan itupun ada sedekah orang kampung bagi. Jualan hasil buah pisang pun tidak seberapa... Mengeluh Imam Abduh mengenang nasib dirinya dan anaknya. Mungkin... aku perlu bekerja di tempat yang lain. Tidak mengapa aku letih dan sakit, janji anak aku, Azan dapat masuk ke sekolah. 

Keesokkan harinya, Imam Abduh pergi ke rumah Mahek, yang merupakan sahabat lamanya ketika zaman bujang. Kelihatan Mahek sedang menyiram pokok bunga kemboja. 

" Assalamualaikum Mahek!" Imam Abduh memberi salam. Panas mentari begitu terik sehingga Imam Abduh rasa letih walaupun jarak rumah Imam Abduh dan Mahek hanya beberapa meter sahaja. Mahek senyum melihat sahabatnya datang melawat.

" Waalaikumusalam Imam! Allah, begitu lamanya kita tidak berjumpa! Marilah masuk ke rumah aku! Salmah! Oh Salmah! Buatkan abang kopi o! Imam datang melawat ni!" jerit Mahek.

Setelah berbual bertanyakan khabar masing-masing, Imam Abduh pun mula menceritakan tujuan datang melawat Mahek.

" Imam, kalau engkau bertanyakan kerja kosong, memang aku ada satu pekerjaan." kata Mahek selepas mendengar kisah susah Imam Abduh.

" Kalau begitu, di mana Mahek? Aku terima apa sahaja pekerjaan kau bagi. Jadi tukang kebun rumah engkau, jadilah aku sebagai tukang kebun" 

" Kerja kosong itu ada di ladang ternakan aku, tetapi banyak makan tenaga Imam! Kau sudah berusia, laratkah engkau?" soal Mahek.

" Demi anak aku... Azan hendak pergi ke sekolah... Aku kesian dengan Azan, Mahek... Siapa lagi hendak menolong dia kalau bukan aku, Mahek" jawap  Imam Abduh dengan lembut.

" Kalau begitu, engkau mulalah bekerja esok. Nanti pembantu aku mengajar apa yang kau patut lakukan di ladang itu. " kata Mahek dengan mudah. Tersenyum Imam Abduh apabila Mahek sudi memberinya satu pekerjaan.

Di luar kelas di sekolah melayu, Azan dan Haffaz masih lagi mencuri-curi dengar apa yang di ajar oleh cikgu. 

" Haffaz, hari ini mereka belajar tentang jawi lah. Kau tengok, huruf-huruf ini semua... Bapa aku sudah mengajar semua abjad-abjad jawi ini." kata Azan dengan perlahan.

" Iyalah Azan, sama lah. Kalau begitu, marilah kita balik. Kita umoan ikan hari ini. Mana tahu kita dapat ikan keli? Kita main la kat sawah terbiar tu" ajak Haffaz. 

" Jomlah" 

" Untunglah kau Azan... Otak kau memang cepat belajar!" puji Haffaz. Azan hanya senyum mendengar pujian sahabatnya.

Erti Tulisan TerakhirkuWhere stories live. Discover now