Aira dipeluk . Lepasni dah buat hal masing - masing . Entah bila pulak boleh jumpa . Lepas selesai sahaja majlis Aira , aku terpaksa ikut Asyraf balik sebab ada meeting penting .
"Hati - hati tau. Jangan lupa aku yang paling penting ya ," belakang badanku ditepuknya .
"Kau sahabat dunia akhirat aku, mana boleh aku lupa ," ujarku. Pipi dilagakan .
"Aku balik dulu ya , sorry tak boleh stay lama kat sini ,"
"Its okey. Aku faham . Lagipun kesian Tengku Ahmad kena handle sorang syarikat tu kalau Asy lama dekat sini ," sengihan dilempar . Safiya dihantar ke pintu kereta .
"Thanks ,"
"Ingat pesanan aku , jaga makan , jangan skip . Jaga kesihatan kau . Jangan biarkan anak buah aku lapar ya ? ," perut Safiya diusap Aira .
"Kau ni berjangkit perangai dengan Asyraf ke ? Tak habis - habis nasihatkan benda yang sama . Bosan tau tak ? ," keluh Safiya . Asyraf tersengih . Kita risaukan dia tau !
Aira gelak. Bagi nasihat pun mengeluh Safiya ni .
"Dah - dah pergi masuk dalam . Nanti lambat gerak , lambat sampai Shah Alam . Sampai sana terus rehat ya. " Safiya membolosi ke dalam kereta . Pintu kereta ditutup Aira .
"Ya , ya ! Bosan asyik dengar benda sama . Kau pun jangan lupa proceed laju - laju boleh satu batch dengan anak aku. " bidas Safiya . Memerah muka Aira . Selamba sungguh !
"Makcik , pakcik kitaorang gerak dulu ya . Terima kasih bagi kitaorang tumpang sini ," laung Asyraf , malas melayan kerenah kedua - dua wanita tersebut . Esok pun takkan habis .
Selepas mak ayah Aira mengangguk . Hon ditekan sebelum beredar .
"Nakalnya sayang abang ni," jari jemari Safiya digapai dan digenggamnya erat .
"Menurun abang. "
"Amboi , menjawab ! ," belakang tangan Safiya dikucupnya .
"Fakta right ? ," badan disandarkan selesa . Mata dipejam . Letih .
"Yelah, sayang win ," Safiya diliriknya sekilas . Haih , kesian kena balik awal tak sempat rehat . Nak buat macam mana, kerja lebih penting sekarang ini kerana dah lama tertunggak dan terpaksa diselesaikan esok.
"Abang , Fiya nak tidur kejap boleh ? Baby aktif harini , Fiya cepat penat ," lemah sahaja suara Safiya .
"Come , tidur atas bahu abang. Sorry sebab abang, kita kena balik awal ," kepala Safiya dilentokkan diatas bahunya .
"Its okey . Fiya faham. " lengan Asyraf dipeluknya erat. Lagi selesa daripada tadi.
"I love you sayang. " dahi Safiya dikucupnya seketika.
"I love you more abang. " gumam Safiya perlahan .
××
Cermin mata yang berada dipangkal hidung , ditolak rapat . Fail yang tersusun diatas meja, dibelek satu persatu. Pening kepala tak usah cakap ,berat sangat . Dari pagi meneliti kembali masalah yang timbul .
Fail ditutup . Telefon digapai , risau jika ada Whatsapp dari Safiya tidak dibalas . Harini maid masih lagi cuti , esok baru mula kerja . Safiya berseorangan dirumah . Risau menyinggah .
Nombor Safiya didail . Lama operator memanggil . Sebelum suara operator kedengaran . Nombor Safiya didail lagi .
Sayang , please angkat .
Panggilannya tidak dijawab juga . Whatsapp dibuka. Last seen 1.00 p.m. , sekarang pukul 3 . Biasanya Safiya akan selalu online kerana sibuk membalas chat dari PA nya tentang hospital.
Risau menggunung .
Nombor Safiya didail buat kesekian kalinya.
××
Pucat wajah Safiya . Kebiasaan hari sebelumnya . Morning sickness belum reda lagi . Hanya mampu baring, Asyraf berada di pejabat dan mungkin pulang lewat . Kepala pening memikirkan hospital , dah lama tak masuk office .
Terurus atau tidak , dia memang tak pasti . Bila dia menelefon PA nya , katanya semua okey . Tak ada yang tergendala . Baru sahaja dia ingin baring.
Seketika , mual kembali . Laju kaki melangkah ke tandas walaupun kepala terlalu pening . Mata menjadi semakin kabur . Aku muntah beberapa kali , tangan berpaut pada pintu . Deringan dari IPhone ku kuat berdering .
Sebelum, aku terjatuh dan terus tidak sedarkan diri yang aku tahu aku perlukan dia .
"Abang,"
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...