"Tolong jangan pernah hukum aku macam ni!Aku janji akan jaga hati kau baik-baik macam mana aku pernah janji dulu"rayu Luqman.
Tangan Delina dipegangnya.
"Kau tak pernah rasa macam mana aku rasa,Luq.Seksa menahan hati yang sakit diluka oleh lelaki macam kau.Kau memang lelaki tak guna!"Air matanya dikesat dengan hujung lengan bajunya.Matanya tajam merenung Luqman,lelaki yang pernah dicintainya dan juga telah melukainya.
"Aku minta maaf,Del.Aku tak berniat nak memutuskan pertunangan kita.Sekarang aku harap kau dapat terima aku seperti dulu.Aku tahu bukan mudah untuk kau maafkan aku.Tapi,please!Terima aku balik sebagai bakal imam hari-hari kau."mata Delina ditatap puas.Hatinya hancur apabila melihat wanita yang pernah mencintainya sepenuh hati dulu menangis bagaikan anak kecil.
Delina menarik tangannya dari genggaman Luqman Iqbal.Langkah kakinya semakin menjauh meninggalkan jejaka itu.
hatinya remuk apabila lelaki itu merayu-rayu dengannya bagaikan tidak memahami apa yang dia rasa selama satu tahun ditinggalkan.
Tetapi,hari ini lelaki yang bernama Luqman Iqbal muncul kembali dalam hidupnya.
Iphone X nya diambil dalam beg dan terus memadam nombor si Jejaka itu.
Sekarang dia tak mahu ada apa-apa hubungan dengan lelaki yang pernah bergelar tunangnya itu.
YOU ARE READING
If you be my STAR,I'll be your SKY
RomanceIman Delina,seorang wanita yang pernah mengalami pengalaman cinta ngeri bertemu dengan Harash Rezki seorang jejaka yang ego dan tidak percaya dengan cinta. pertemuan yang tidak disengajakan membawa kesan yang mendalam dalam hidup mereka. "Aku tak pe...