“ Sayang, adakah tepat perbuatan yang aku lakukan ini? Ini jalan terbaik bukan? Sekurang - kurangnya aku tidak sakit melihat harapan yang terbias pada anak mata kau. ”
➖
"Mak..." Hyuna memegang batu itu. Bunga di tangan diletakkan di atas kubur emaknya.
"Dah lama Hyuna tak jumpa mak. Mak sihat dekat sana? Mak bahagia? Mak dah tak sengsara kan?" Soal Hyuna bertalu - talu. Semakin lama masa berlalu, semakin sebak Hyuna rasakan.
"Hy-- Hyu-- Hyuna tak boleh bahagia ke mak? Kenapa setiap kali Hyuna nak rasa sesuatu kebahagiaan tu, ada sahaja yang merampas daripada Hyuna. Kenapa? Hyuna tak layak ke?" Bibirnya dikemam. Hatinya pedih.
Lama. Suasana yang diam itu membuatkan Hyuna makin sayu. Hyuna akhirnya tunduk. Tangan menggenggam tanah. Air matanya jatuh satu persatu.
"Hyuna rindu mak."
• • •
"Jungkook?" Jungkook mengerang kesakitan menahan denyutan di kepalanya. Dia mengelipkan matanya beberapa kali untuk mendapatkan pandangan yang jelas. Kelihatan wajah Jin yang kerisauan di depan matanya.
"Hyung, aku dekat mana ni?" Soal Jungkook.
"Kita masih dekat syarikat. Hyung dah panggilkan doktor peribadi kau." Jawab Jin dengan suara yang perlahan. Tahu dengan keadaan Jungkook.
Jungkook diam sebelum mengucapkan terima kasih kepada Jin. Jin hanya menganggukkan kepalanya sambil menyuruh Jungkook untuk berehat.
"Kau kena rehat. Doktor cakap kau terlalu stres." Kata Jin.
"Baik hyung."
"Hyung... Hyung dah maafkan kau. Kau pulak jangan terlalu membebankan diri kau. Hyung bukan nak kata kau kena lepas tanggungjawab. Apa - apa pun kau masih kena tanggung salah kau." Sambung Jin.
Senyuman terukir di bibir Jungkook. Matanya yang mula berair ditutupi lengannya. Dia lega namun pada masa yang sama dia rasa serabut.
Bukan ini yang dia mahukan? Untuk dimaafkan dan meminta maaf. Tapi kenapa dia rasa dia tidak layak untuk dimaafkan? Layakkah dia?
"Terima kasih hyung." Itu sahaja jawapan yang mampu dikeluarkan oleh Jungkook.
"Hyung pergi dulu. Dan sebelum tu, doktor Oh nak jumpa kau." Jin menepuk tangan Jungkook beberapa kali.
Doktor Oh yang menunggu di hadapan pintu itu tersenyum ke arah Jin yang berjalan melepasinya. Menunggu bayangan Jin hilang, barulah dia mula melangkah mendekati Jungkook.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fanfiction+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...