MIIGB 1

54 3 1
                                    

Di dalam kereta bawah tanah yang penuh dengan penumpang, ada seorang wanita yang memakai pakaian dengan sangat tertutup, wajahnya hanya terlihat pada mata sahaja. Dia memberi perhatian kepada setiap wanita di sekelilingnya, terutama yang dianggap melakukan pembedahan plastik. Dalam fikirannya, beliau memberi komen pada mereka semua dan memberi skor berdasarkan kejayaan operasinya.

-------------------------------------------------------------

Tiba di destinasi, wanita itu keluar bersama dengan ibunya. Mereka melepasi jalan-jalan dengan banyak poster iklan untuk pembedahan plastik. Rupa-rupanya, pada hari ini, wanita itu akan menjalankan prosedur pembedahan plastik. Selepas ibu mendengar kesan sampingan dari doktor, ibu seterusnya menandatangani perjanjian itu. Selepas itu, ibu wanita itu menghantarnya sehingga di hadapan bilik pembedahan. Tiba-tiba suasana berubah menjadi emosi, ibu segera memeluk anak perempuannya dan berkata,
" semuanya akan berubah apabila awak bangun. Jadi, inilah kali terakhir ibu dapat melihat wajah kamu ini. Jangan menangis. Kamu tahu ibu sayang kamu, bukan? "
" Saya sayang ibu sangat sangat "
" Kamu boleh, Elly! "
Ya, nama wanita itu adalah Ellyna Sophiea. Bersama dengan prosedur pembedahan yang dia tinggal, kita juga melihat serba sedikit perjalanan hidupnya. Elly pada zaman kanak-kanak mempunyai badan yang sangat gemuk. Kanak-kanak lelaki sering mengejeknya dengan menjerit untuk memanggilnya bab*. Suatu hari, ketika Elly sedang bermain buaian seorang diri, kanak-kanak itu melemparkan kapal terbang kertas dan snek dengan kata-kata ejekan kepadanya. Pada satu ketika, Elly berasa malu. Dia cuba untuk melawan mereka,
"Saya dulu seorang gadis yang berani, saya tidak akan diam jika budak lain mengejek saya. Tetapi setiap kali saya melawan, mereka membalasnya dengan lebih teruk "
Keesokan harinya, kanak-kanak itu sengaja mengunci Elly di dalam tandas. Apabila Elly meminta tolong membukakan pintu, sebaliknya mereka ketawa dan memberitahunya untuk memecahkan pintu, kerana tubuhnya besar. Elly yang tidak mempunyai kawan, hanya boleh menangis sahaja.
" Kemenangan bukanlah apa yang kita inginkan. Mereka hanya mahu berhenti menjadi mangsa. Mereka hanya tidak mahu menjadi mangsa lagi. " katanya.
Sejak dari itu, Elly bertekad untuk berubah. Dia dibesarkan dengan memegang satu harapan, bahawa dia boleh menjadi perempuan yang cantik seperti yang lain,
" Perubahan yang terbaik adalah menjadi kurus. "
Dia menjadi seorang remaja dan tubuhnya tidak gemuk lagi. Dia juga belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gred tertinggi di dalam kelasnya.
" Tidak ada yang mengejek saya lagi, jadi saya ingat akhirnya saya boleh menjadi pelajar biasa "
Pada suatu hari, dia meluahkan perasaannya kepada seorang pelajar bernama Faidzal. Dia juga membuat senarai soalan yang mungkin akan keluar pada peperiksaan. Tetapi ia sangat sedih, kerana Faidzal menolaknya dengan perkataan yang sangat kejam,
" Kau gila ke? Takkan kau tak tahu budak-budak kat sini panggil kau apa? Kau bergurau, kan? Beritahu aku yang kau bergurau. Aku bunuh kau kalau kau beritahu orang lain yang kau suka kat aku. Baik kau berhati-hati "
Jadi pada masa ini, Elly sedar bahawa dia tidak akan dapat menjadi wanita yang cantik. Hari-hari berikutnya, dia terus bersikap rendah diri. Semasa sesi penggambaran kelas, dia berdiri di belakang dengan muka yang ditutupi rambutnya yang panjang. Jurugambar meminta dia senyum, tetapi Elly tidak melakukannya. Sikap itu membuatkan pelajar lain mengejeknya,
" Dia malu nak tunjuk muka dia sebab dia tu hodoh "
Kata-kata dan tingkah laku orang lain kepadanya, menjadikan Elly berasa kecewa. Dia tidak dapat mewujudkan hubungan seperti wanita lain. Sehingga pada satu masa, dia juga mempunyai niat untuk membunuh diri. Selepas pembedahannya selesai, ibunya sentiasa berada di sisi Elly. Mereka melawat bukit, di mana orang-orang yang telah membuat operation biasanya berkumpul.
" Tempat ini mesti popular. Tengoklah diorang ini. Jangan risau apa-apa lagi dah. Berfokus pada berehat di sini sebelum kamu nak mulakan sekolah balik, ya? Elly, kamu cuma perlu serap balik semua tenaga yang baik dari bukit ini dan menjadi cantik secantiknya " kata ibunya.
Beberapa hari berlalu, akhirnya Elly dapat menunjukkan wajah barunya di hadapan semua orang,
"Kalau beruang bersembunyi kat dalam gua selama 100 hari dan menjadi cantik, aku pun jadi cantik bila tinggal di sini "
Elly memiliki IC dengan wajah yang baru. Kemudian dia pergi ke sebuah kedai untuk membeli minyak wangi. Pada masa itu, pemilik kedai memujinya,
"Awak feminin dan sangat cantik, jadi ini akan sesuai dengan awak. Mesti awak akan bertemu janji hari ini "
Dengan gugup, Elly menjelaskan,
" Itu, saya kena hadiri orientasi pelajar esok "
Melihat mukanya di cermin, Elly tersenyum gembira,
" Aku jadi cantik, perbezaannya sangat luar biasa, tapi masalahnya, nampak sangat macam aku melakukan pembedahan plastik "
Ayah Elly bekerja sebagai pemandu teksi. Dia meletakkan gambar Elly di dalam keretanya, dan di hadapan penumpang dia selalu berbangga dengan anaknya,
"Anak perempuan saya belajar sendiri dan menjadi graduasi terbaik, di sekolahnya, bukan hanya di kelasnya, tetapi selalu giat belajar, selepas peperiksaan untuk masuk ke kolejnya, dia pergi ke Filipina untuk belajar Bahasa Inggeris. Yang peliknya, saya selalu fikir dia patut menjadi model. Dia tinggi dan langsing. Memanglah dia tak berapa nak cantik, tapi wajahnya comel. Ada juga yang cakap anak perempuan saya hodoh, tapi saya rasa dia lebih cantik daripada Wany Hasrita "
"Encik mesti sangat sayangkan anak perempuan encik " kata penumpangnya.
Elly melangkah ke dalam kawasan kampus,
" Wajah baru dan hidup yang baru, aku rasa sangat gembira sebagai pelajar," katanya.
Rupa-rupanya, Elly mempunyai kawan. Namanya Dian Adiyla. Mereka berkawan sejak zaman sekolah menengah, tapi sayangnya mereka tidak pernah bersama-sama, kerana Elly terlalu minder, dia merasakan mukanya semakin teruk ketika dia bergambar. Sekarang, selepas dia memiliki wajah baru, dia menjadi yakin untuk bergambar. Tapi selalunya, dia berasa gelisah, kerana dia merasakan orang sentiasa melihatnya.
" Kau tak perasan ke orang selalu melihat aku, aku harap ia bukan sebab aku masih hodoh? " dia mengeluh.
" Ya Allah, kau nak aku cakap sebab kau cantik ke? Dari aku? " Kata Dian. Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri Elly dan meminta nombor telefon bimbitnya,
" Awak adalah wanita pilihan saya," katanya.
Mendengarnya, tiba-tiba membuat Elly terkejut. Dia gelisah, dan sebaliknya menjawab bahawa dia tidak mempunyai telefon bimbit. Lelaki itu kecewa,
" Tak payahlah cakap takde handphone, kalau kau tak nak bagi sekalipon "
" Takde nombor telefon, tak masuk akal ke? " ulas Dian.
Elly berkata, " Aku tahu, itu memang tak masuk akal "
" Hei, nak tahu tak apa dia cakap kat kau tadi? Dia kata kau gadis pilihan dia "
Dian berkata, yang membuatkan Elly bertanya, " Gadis idaman yang macam mana eh? "





Agak-agak apa yang berlaku selepas ini?
Nantikan episod akan datang.
Terima kasih bagi yang membacanya.







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My ID is GANGNAM BEAUTY ?Where stories live. Discover now