LUNA tersenyum sebaik sahaja melihat Daniel melangkah masuk ke dalam rumah.Sengaja wanita itu singgah lebih awal hari ini.Sejak Daniel berubah dan melayannya lebih mesra Luna juga turut berubah.Hari-harinya mula di penuhi sinar kegembiraan.
“ Hi Dan.. saya sudah masak! Baju you pun saya dah basuh dan sidai..” beritahu Luna.Dia begitu teruja melihat Daniel.Semakin bersemangat lelaki itu sekarang.Sabarlah Luna nda lama lagi dia akan jadi milik kau juga tu! suara hati Luna berbisik.
Daniel senyum lalu melangkah menghampiri Luna. Semakin dekat Daniel menghampiri,semakin berdebar jantung wanita itu.Bersinar-sinar pandangan matanya merenung Daniel.
“ Luna ada saya mahu cakap,duduklah dulu..” kata Daniel.
Dia menarik kerusi untuk Luna lalu menyuruhnya duduk.Wanita itu hanya menurut. Sudah lama wanita itu setia di sisinya serta menjaga segala keperluanya. Berat untuknya berterus terang sebenarnya tapi dia tidak mahu Luna terus berharap.Jiwa dan raganya serta seluruh hidupnya hanya untuk Bella.
“ Hurmm..saya tahu..” Luna tersenyum.
Daniel mengerutkan dahi.Apa yang Luna tahu sedangkan dia belum cakap apa-apa.
“ tahu apa? “ Soal Daniel.
Luna tersenyum lagi.Dia bangun lalu mengajak merapati Daniel.
“ Daniel.. saya tahu you berubah demi saya kan!’’ bisik Luna perlahan!suaranya cukup mengoda! Dia cuba memaut leher Daniel namun lelaki itu menepis lembut. Daniel menghela nafas berat.Luna sudah salah sangka!
“ Luna…we need to talk..”
“ Okey ! memang kita sedang bercakap pun kan.Janganlah segan dengan saya Daniel.We love each other kan?’’ ujar Luna.
Daniel rasa bersalah!
“ Luna..i am sorry.Saya tahu you wanita baik dan saya sangat gembira ada kawan macam kau…” terasa payah untuk Daniel menyatakan kebenaran itu pada Luna.
“ You cakap apa ni Daniel? Kawan? So selama ni you pandang saya sebagai kawan you.Di mata you saya cuma kawan you saja kah?’’ dia mengundur sedikit.Terkejut mendengar pengakuan lelaki itu.Luna tidak dapat mengawal perasaan.Bagikan ada batu besar yang menghempap dadanya.Sakit!
“ Luna I am sorry.Tapi you berhak untuk cari seseorang yang baik dan sesuai untuk you…”
Daniel cuba untuk memujuk.Dia menarik Luna kedalam pelukannya.Di usap lembut belakang tubuh Luna.Dia tidak sekejam itu untuk membiarkannya saja menangis dan berlalu [ergi bersama perasaan terluka.
“ Sampai hati you kan Daniel…kenapa you nda bagi saya peluang.Kenapa you tetap setia pada isteri you yang sudah buang you dari hidup you.Kenapa? apa kurangnya saya? Saya boleh ganti tempat dia Daniel.Saya pun boleh jaga you!!’’ rintih Luna bersama airmatanya yang sudah tidak dapat dibendung lagi.
“ Saya tahu Luna.. tapi saya sayangkan Bella.Saya cintakan dia…”
“ Tapi saya cintakan you Daniel…”
“ Saya minta maaf Luna…”
“ Daniel tolonglah jangan buat saya macam ni.Saya merayu! Saya tak kisah kalau you jadikan saya yang kedua asalkan you nda buang saya dari hidup you.Saya tahu you pun ada perasaan sama saya kan…” Rayu Luna.
Semakin kuat tangisannya di bahu Daniel.Dia tidak mahu melepakkan pelukan Daniel.Malah semakin kuat dia mencengkam.Hatinya tidak keruan.
“ Luna tolong jangan buat macam ni..”
Daniel meleraikan pelukan mereka.
“ Tidak! Daniel tolonglah jangan tinggalkan saya.I am begging you..” Luna masih terus merayu.Dia bagaikan tidak dapat bernafas bila Daniel mula menjarakkan diri darinya.Sungguh kesakitan itu tidak terucap oleh kata-kata.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...