"Percil!" Teriak Zura bila dia ternampak seorang pekerja cleaner yang memang bekerja di bangunan itu. SiPercil, nama gelaran yang diberi Zura padanya, dok buat kerja dia tak jauh dari kedai gadis tu. Terkejut jugak dia bila namanya di panggil Zura. "Mai sini!" Utur Zura sambil melambai lambai tangannya seakan akan mengeraskan pada si Percil bahwa dirinya di perlukan.
Dengan muka Percil yang sedikit keliru dan tak tahu apa apa, dibawa badannya menghampiri Zura yang sudah pun berdiri dedepan kedai. "Apa Zura?" Uturnya dengan muka penuh soalan. Ada apa lah si Zura panggil aku tetiba ni?
"Alaaa...Zura. Tak payah tanya lah," merah menyala muka si Sara yang sepertinya berdiri sebelah Zura. Tangan Zura di pegangnya ketat sambil di hayun kiri dan kanan. Ehhh, nampak manja sangat si Sara nih. Apa ke hal weh?
Si Percil yang dari tadi melihat Sara sebelah Zura hanya terdiam. Hatinya tertanya tanya apa saja yang si Zura nak darinya.
"Percil!," tegas Zura dengan melemparkan satu senyuman yang tersangat comel. Tangannya yang dari tadi dipegang Sara semakin kuat di goncang Sara. Zura yang seakan akan tidak memedulikan Sara yang memang merah menyala mukanya menyambung perkataannya,"Kau kenal Malik kan? Yang kerja hotel tu!"
Malik? Kenapa si Zura tanya pasal Malik ni? Ada apa apa ke?
"Kau kenal kan?" Di tanya sekali lagi bila tiada jawapan yang diberi.
Percil mengangguk kepalanya, memberitahu Zura dia mengenal Malik. Percil memang kenal sangat dengan Malik. Jejaka yang berdarah biru itu amat friendly orangnya. Dirinya tidak pernah mengunakan alasan pangkat dan darjat miliknya untuk hanya berbicara dengan mereka yang setaraf sahaja. Sebab perangai dia yang tidak mementingkan pangkat dan senang di bawa cakap, membuat pekerja pekerja lelaki di bangunan itu sangat senang dengannya.
"Si Malik tu..! Selalunya melintas dia sini. Ni, dah nak hampir seminggu lebih aku tak nampak dia! Kat mana dia sekarang ni?" Tanya Zura dengan matanya tajam melihat si Percil. Sara yang dari tadi bermain dengan tangan Zura dah tak kacau dah. Mata Sara turut memerhatikan Percil, hati berdebar debar menunggu jawapan si jejaka.
"Ehh...ada lah. Baru saja tadi aku jumpa dia," jawapan yang diberi Percil memeranjatkan Sara. Matanya sedikit terbeliak, jantungnya seakan akan meloncat keluar dek mendengar jawapan yang keluar dari mulut lelaki tu sendiri.
Fuh! Bila dapat je tahu Malik ada, berbunga bunga je hati si Sara nih. Gembira sangat lah tu. Si Percil yang melihat reaksi Sara bila dengar, baru lah faham apa yang sedang berlaku.
"Dah lah. Aku nak pergi kerja! Nanti kena marah aku!" Hajat sebenarnya hendak mengusik si Sara tapi dia tidak dapat bertahan disana terlalu lama. Takut takut kena marah. Jadi terpaksa lah si Percil meninggalkan lah si Sara yang melompat gembira dengan si Zura tuh. "Tak apa lah. Lain kali aku kacau kau," tawanya gembira. Haa...kalau nak tahu si Percil ni memang suka sangat mengacau orang. Entah lah... dah memang tabiat dia macam tu. Ni dia dapat tahu Sara ni crush si Malik, memang suka lah hati dia weh.
Percil ni dok ketawa sesorang, nampak macam kurang waras je. Orang tengok pun takut takut nak dekat kat dia. Ish ish ish... si Percil nih.
Diwaktu yang sama...
"Akhirnya!" Malik merebahkan dirinya di atas sofa di kedai milik Haffiz. Dia yang baharu saja balik dari urusannya terakhir dari ayahnya, merasa lega dan selesa di sofanya yang nyaman tu. Eh...bukan sofa dia tapi sofa milik Haffiz, okay!
Sepupunya yang berdiri disebelahnya hanya mengelengkan kepalanya. "Kau ni. Pergilah rehat kat rumah kau. Kenapa sofa di kedai aku juga yang kau kebas?" Tiada jawapan yang keluar dari mulut si Malik ni. Melihat sijejaka berkulit putih tu seakan akan tidak menghiraukan dirinya, dia hanya tersenyum pendek. "Kau sini sebab dia ke? Rindu sangat ke kau kat dia?" Sindir Haffiz.
Diam...
Sunyi...
Tiada jawapan dari si Malik.
"Tetidur agaknya dia ni," Haffiz memberitahu dirinya sendiri. Baru je kaki dia nak melangkah, bersuara plak si Malik ni.
"Pelik ke aku ni, Haffiz?" Ehh.. kenapa macam keluar topik je si Malik ni. Okay ke dia ni? Entah entah dia dah hilang waras sebab stress dengan kerja kot?
"Pelik? Apa yang kau cakapkan ni?" Tanya si sepupu kebingungan.
"Aku terlalu memikirkan si stalker ni...,"
"Kau suka dengan dia kot?"
Keluar tawa dari bibir si Malik, seakan akan geli hati dengan kata kata sepupunya. "Suka? Wajah dia pun aku tak tahu, macam mana aku nak suka dia?"
"Cinta tu kan buta. Cinta tak semestinya perlu kita lihat baru nak rasa. Cinta tu pelik.."
"Aku tak rasa apa yang aku rasakan ni cinta ataupun suka which for your information, is quite different. Love is love. Like is like. It's not the same," jelasnya dengan berbahasa sedikit ingrish. "Mustahil untuk aku menyimpan perasaan kat dia. Aku tak semudah itu untuk jatuh cinta."
"Jadi kenapa kau..," belum sempat jejaka hitam manis ni nak habiskan kata kata dia, Malik memotongnya dengan tegas.
"Aku tak nak pisang berbuah dua kali, Haffiz. Aku takut stalker tu sama macam perempuan tu. Aku takut..." suaranya terketar ketar untuk menyambung perkataannya. Haffiz yang melihat si Malik yang berbaring di sofanya, faham dengan apa yang di katanya. Mata Haffiz sayu...
Apakah yang dikatakan Malik? Terlalu gelap kah kisah lalunya sehinggakan membuat dirinya takut pada si stalker? Siapakah perempuan yang dimaksudkan Malik? Nampaknya dengan kehadiran Sara di dalam hidup Malik, ianya membuka balik luka lama dan memori buruk.
Sara...yang tak tahu akan seksaan jiwa Malik masih lagi bersuka ria di alam khayalannya...
YOU ARE READING
Diari Seorang Stalker
RomanceSebuah kisah yang bermula dengan Sara, seorang gadis yang berusia 21 tahun. Kebanyakkan kawannya sudah pun di dalam alam university. Berbeza pulak dengan Sara. Dirinya yang terpaksa bertahan kelas di waktu tingkataan lima meletakkan dirinya sekarang...