Wanita dihadapannya ketika ini di tatap seketika.
Kalau dahulu dia hanya melihat wajah ini sebagai adik sahaja namun kini semuanya berubah, tiada lagi tatapan sebagai abang dan adik dan sekarang seperti tatapan seorang lelaki terhadap wanita.
Bibir mungil itu diusap perlahan, kenapakah dia tidak menyedari akan kecantikan insan dihadapannya ini
Sofiea yang sedang tidur pulas ditatapnya lagi. Satu perasaan yang sukar ditafsirkannya sendiri.
Adam menelan air liurnya.
Sepertinya dia sedikit tewas dengan godaan wanita dihadapannya saat ini..
Walaupun sedang tidur wajah polos insan dihadapannya saat ini masih lagi cantik dan comel dimatanya.
Tiba-tiba satu senyuman terukir dibibirnya saat ini.
Sofiea sedikit terganggu lenanya dengan sentuhan yang entah datang dari mana.
Dia cuba mencelikkan matanya yang berat itu.
Wajah Adam yang begitu hampir didepannya ditatap seketika. Namun dia hanya melihat sahaja dan terlena kembali.
Adam yang melihat itu tersenyum melihat telatah Sofiea yang agak comel dimatanya itu.
Lantas tangan sasanya memeluk erat badan wanita dihadapannya saat itu.
Agak berkocak keimanannya saat ini. Naluri kelakiannya tiba-tiba menerpa
Dia meraupkan wajahnya berkali-kali. Cuba menenangkan dirinya sendiri.
Dia menarik rapat Sofiea dalam dakapannya dan memeluk kemas insan itu.
Dan akhirnya kedua-duanya tertidur dalam pelukan malam itu.
***
Sofiea mencelikkan matanya, terasa begitu lama dia sudah tidur.
Badannya terasa sedikit berat.
Lantas bebola mata dihalakan keatas perutnya, agak terkejut dia melihat tangan Adam yang sedang melingkar kemas pinggangnya saat itu.
Menyedari situasi itu, Sofiea perlahan-lahan mengalihkan tangan sasa itu.
"Berat betul tangan dia ni, ni tangan ke batu" Sofiea mengomel dalam hati.
Akhirnya berjaya juga tangan sasa itu dilepaskan dari pinggangnya
Tiba-tiba Sofiea terpandangkan wajah Adam yang matanya sedang menatap dirinya saat ini.
"Ya Allah..terkejut aku dibuatnya.
Adam yang menyedari dirinya sudah mengejutkan insan dihadapannya hanya tersenyum seketika dan menyambung kembali lenanya yang terganggu tadi.
Sofiea cuba bangun dari katil perlahan.
Namun pergelangan tangannya di tarik perlahan.
"Awak dah sihat ke? Pertanyaan yang tiba-tiba datang dari mulut Adam ketika itu agak memeranjatkannya.
Tangannya meraba dahi Sofiea tiba-tiba.
Agak terkesima Sofiea dengan situasi yang sedang berlaku ketika ini.
"Saya dah okey dah..tak payah awak risau..saya nak siap-siap pergi kerja ni..Sofiea menjawab laju.
Adam dilihatnya mengangguk kepala sebelum lena kembali.
Pagi itu terasa sedikit segar kepalanya selepas mandi. Cuma dia sedikit pening kepala.
Dia menuju ke meja solek dan berhias ala kadar sebelum ingin turun membuat sarapan.
YOU ARE READING
En Doktor VS Cik Nurse
Random"Kahwinlah Adam,saya izinkan!!!.Dengan sepenuh hati saya.Saya rela bermadu asalkan awak bahagia.Keputusan ditangan awak samaada awak ingin kekalkan saya sebagai isteri awak atau sebaliknya,saya redha!!-AISHA SOFIEA "Saya sudahpun memikul tanggungjaw...