CS18 - 15

303 55 1
                                    

Mereka melihat apa yang sedang Haechan tengok sekarang ni. Mereka juga sama terkejut. Masing masing jadi patung tak berbayar disitu.

"Korang tercegat apa lagi kat situ" jerit Lua.

"Cepatlah kitorang dah lama tunggu korang" kata Hyunjin pula.

"Jadi yang kita jumpa tadi..."

Shuhua tak boleh sambung ayatnya. Dia terus lari kearah Jinyoung. Yang lain juga turut lari.

"Korang kenapa ni?" soal Jaemin.

"Bukannya korang ada diatas ke tadi" kata Xiyeon.

"Hah? Bila masa pula. Punyalah lama kami tunggu korang kat bawah ni. Nasiblah guard tak bangun. Kalau tak kantoi kita semua"

"Jiho dengan geng dia?" tanya Seungmin.

"Kitorang dah bagi dorang semua balik. Lama jugaklah. Ha telefon dorang macam mana?" tanya Hyunjin.

"Aku letak depan kelas mereka. Ingatkan mereka belum balik sebab kitorang dengar dorang tengah berbual tadi" jelas Han.

"Masalahnya kitorang nampak korang pun ada sekali di kelas tu tadi. Han siap cakap dengan Lua lagi" bagitahu Felix.

"Hah? Dengan aku? Korang ni biar betul" kata Lua dengan tak percaya.

"Betul. Aku rasa dia menyerupai korang semualah" kata Saeron.

Mereka semua berasa tak sedap hati. Takut pula dorang.

"Weh! Tadi kau cakap guard tidur kan" soal Haechan.

Jinyoung mengangguk. Memanglah. Dah dia bagi ubat tidur tadi.

"Habis tu yang sedang berdiri tu bukannya guard. Dia tengah usya kita weh. Mampuslah kita semua esok" kata Haechan.

Elok aje lelaki yang pakai uniform guard tu tengah tengok mereka semua.

"Tak kita belum kantoi. Korang tengok kaki dia. Mana pijak bumi pun" kata Yangyang selamba.

"Hah? Tak pijak bumi. Maksudnya...aaaahhhhh!" jerit Shuhua.

Yang lain pun apa lagi. Larilah jawabnya. Tak sangka sampai macam tu sekali mereka kena malam ni.

Selepas balik rumah, Hyunjin terus ke hospital. Kesian biar Freya tunggu sorang sorang di hospital. Dahlah tak ada orang jaga. Mummy dia pun perlu balik awal sebab esok perlu kerja.

"Awal kau sampai" sindir Freya sebaik saja Hyunjin masuk.

"Hihi. Biasalah. Ada kerja sikit tadi" jawab Hyunjin.

"Kerja apa? Kerja jahat"

Freya meletakkan telefonnya. Sementara tunggu Hyunjin, dia buka twitter dulu.

Ha nak cakap aku dak dak twitter lah tu.

"Kitorang bagi sikit reward dekat Jiho dengan kawan kawan dia. Dan aku berani jamin yang dia tak akan ganggu kau dah lepas ni" kata Hyunjin dengan yakin.

"Yelah tu. Tup tup nanti aku masuk hospital balik"

Hyunjin melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Muka Freya ditatap. Freya pula yang tak keruan.

"Papa kau datang tadi?"

Hyunjin cuba mengubah topik.

"Tak datang pun" jawab Freya dengan sedih.

Teruk betullah perangai Uncle Daniel ni. Anak masuk hospital pun dia tak datang jenguk. Macam manalah kalau Freya sakit depan dia. Agaknya dibiarkan macam tu aje kot. Puas hati dia.

[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00sWhere stories live. Discover now