Semua bergerak ke kafe Hyunjin apabila diberitahu didalam group. Kata Chanhee, dia nak beritahu sesuatu. Kalau boleh semua member crazy Squad18 ada. Benda ni sangat penting untuk mereka semua.
Saja Chanhee pilih kafe Hyunjin sebab Freya pun ada sekali. Dah dua hari Freya mula kerja. Lagipun hari ni hujung minggu. Esok Freya dah mula sekolah seperti biasa.
Seungmin orang pertama yang datang. Kebetulan dia ada di area dekat dekat sini. Lebih baik dia basahkan tekak dulu sebelum yang lain sampai. Dia melangkah ke kaunter untuk membeli minuman.
"Hello. Tak ada orang ke? Eya! Mana kau"
Dia melihat sekeliling. Baru nak buka mulut untuk panggil Freya, seorang perempuan muncul dari belakang di bahagian bawah kaunter. Terpaku dia sekejap.
"Sorry saya..."
Perempuan itu juga turut terpaku melihat Seungmin. Mereka saling memandang antara satu sama lain.
"Ekhmm!"
Freya berdehem. Menyedarkan mereka berdua ke realiti.
"Amboi! Tahulah kawan baru aku cantik. Yang kau tengok macam nak makan dia tu buat apa" usik Freya.
"Macam biasa, chocolate shake satu"
Dan selepas itu dia terus pergi ke tempat duduk. Freya naik hairan. Kenapa tiba tiba Seungmin jadi macam ni. Tak cakap banyak pulak tu. Selalunya kalau dia datang sini dia akan ganggu Freya buat kerja.
"Kau kenal ke lelaki tadi?" tanya perempuan itu.
"Kenal sangat. Acah aje lebih. Dia salah sorang member crazy Squad18" jelas Freya sambil menjeling kearah Seungmin.
"Hah? Crazy Squad18. Apa tu?"
"Soon. You will know"
"Apa apa jelah Eya"
Mata Freya terpandang lelaki yang baru turun dari motosikal. Alamak! Matilanak macam ni.
"Ouh shit! Weh! Kalau anak tuan kedai ni datang sini, kau buat aje macam aku tak datang kafe ni"
"Hah?"
"Please"
Freya terus bersembunyi bila nampak Hyunjin sudah melangkah masuk kedalam kafe. Haraplah Hyunjin tak tahu yang dia datang kerja hari ni sebab Hyunjin dah larang dia datang kerja. Katanya dia belum lega sepenuhnya. Tapi yang namanya Kang Freya, ada ke dia ikut cakap orang tu. Memang taklah kan.
"Get out from your hidden place Kang Freya. I saw you before I came in"
Dengan selambanya Hyunjin menunggu di kaunter. Freya pula sudah menyumpah seranah Hyunjin. Macam mana dia boleh tahu ni. Hesy! Geramnya!
"So what?" tanya Freya selamba.
Dia terpaksa dia keluar dari tempat persembunyiannya.
"Tak boleh ke sekali aje kau dengar cakap aku. Sekali aje" bebel Hyunjin.
"Alerrr...titew minta maaflah. Titew bosan taw duduk dirumah sorang sorang. Awak apa tahu" balas Freya dengan suara baby tak serupa bikin dia itu.
"Hmm ada aje kan alasan kau" bidas Hyunjin.
Freya tersengih sambil mengangkat peace. Jangan harap dia nak bagi Hyunjin menang kali ni.
"Pergilah duduk sana dengan Seungmin. Aku buat kau air iced americano"
"What? Not my style you know"
"Habis tu mu nak air gapo? Air longkang?" sindir Freya.
"Buatkan aku iced chocolate. Letak krim lebih sikit" arah Hyunjin.
YOU ARE READING
[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00s
FanfictionCrazy Squad18 mengisahkan tentang 18 orang pelajar yang berumur 18 tahun dimana masing masing kepalanya masuk air. Perangai semua gila gila dan nakal tahap bangang. Bila nama kelas 8-1 meniti di bibir para guru mahupun pelajar, mulalah guru disiplin...